Barang Keperluan Bersalin, Jangan Lupa Siapkan Terus Dalam Kereta!

barang keperluan bersalin
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apabila menghampiri tarikh akhir untuk bersalin, ia bermakna anda perlu menyediakan barang keperluan bersalin dengan secukupnya untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Sekiranya anda tidak membuat persiapan awal, ia akan menyebabkan anda berada dalam keadaan kelam kabut dan barang-barang yang penting boleh ketinggalan. 

Barang Keperluan Bersalin

Untuk para ibu yang baru pertama kali mahu melahirkan, sudah pasti akan merasa teruja dalam masa yang sama turut gemuruh serta bingung untuk membuat persiapaan barang keperluan bagi menghadapi pengalaman pertama kali tersebut. 

Oleh itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bersalin yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan para ibu membuat persiapan. Tak perlu susah-susah, semua barang keperluan ini boleh didapatkan di Shopee.

Tunggu apa lagi, jom baca! 

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu

1. Tuala

Bawa satu tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital. Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya. Sediakan satu tuala jenis lembut dan ringan. 

Tuala: https://shopee.com.my/imoreonline/2045164910

2. Pad Bersalin / Pad ‘Overnight’ 

Jangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad ‘overnight’ untuk digunakan selepas bersalin. Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor. Sekiranya perlu, pilih saiz yang lebih besar dan sediakan beberapa keping tambahan pad untuk persediaan. 

Maternity pad: https://shopee.com.my/pureenmalaysia/256938944

3. Baju + Kain Batik/Skirt 

Walaupun di hospital anda akan diminta untuk menukar baju & kain yang disediakan, namun sebaiknya, sediakan sahaja satu set baju dan kain batik atau skirt yang boleh digunakan sekiranya baju anda basah akibat ketuban pecah semasa dalam perjalanan atau waktu menunggu. Anda boleh dapatkan di Shopee pelbagai pilihan kain batik yang menarik. 

Kain batik: https://shopee.com.my/misssandra.my/11307184336

4. Jaket/Sweater

Suhu di wad hospital sememangnya sangat sejuk sehingga boleh membuatkan anda menggigil kerana kesejukan. Oleh itu, jangan lupa bawa satu jaket tebal ataupun sweater untuk dipakai sepanjang berada di wad terutamanya pada waktu tidur malam. 

Jaket: https://shopee.com.my/dianastephen/8790082179

5. Stokin Tebal

Selain itu, stokin tebal juga sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan sehingga boleh menyebabkan masuk angin. Terdapat pelbagai pilihan stokin tebal dan comel-comel yang anda boleh dapatkan di Shopee. 

Stokin tebal: https://shopee.com.my/simplehealth.my/8245782579

6. Getah Rambut

Biasanya getah rambut akan sukar untuk ditemui apatah lagi selepas bertarung kesakitan untuk melahirkan. Oleh itu, sebaiknya bawa getah rambut tambahan di dalam beg anda untuk keselesaan anda kelak. 

Getah rambut: https://shopee.com.my/hnv_online.store/8199504553

7. Tudung Sarung

Sediakan satu atau dua tudung sarung untuk digunakan sepanjang berada di wad bersalin. Sekiranya anda berhasrat untuk membawa tudung jenis lain seperti selendang (shawl) pun boleh. Namun, tudung sarunglah yang paling praktikal kerana ia sangat mudah dipakai (tidak perlu menggunakan pin) dan tidak perlu digosok. 

Tudung sarung: https://shopee.com.my/mm.hijab/10462437883

8. Telekung

Pastikan juga anda membawa telekung untuk digunakan apabila waktu solat tiba. Jadi anda tidak perlu tercari-cari telekung lagi apabila ingin solat. Ingat, solat adalah kewajipan semua muslim.

Telekung: https://shopee.com.my/zaraawliya/407706559

9. Seluar Dalam Pakai Buang Ibu Bersalin

Seluar dalam pakai buang sangat sesuai untuk persediaan ibu lepas bersalin sepanjang berada di wad hospital. Hal ini kerana, ia boleh terus dibuang tanpa perlu membasuhnya, dan anda tidak perlu bersusah payah menjemurnya kerana di hospital sudah pasti tidak ada tempat untuk menjemur pakaian basah. 

Maternity Panties: https://shopee.com.my/lakoemalaysia/15696084717

10. Nursing Bra

Nursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi. Jadi, anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah lagi.

Nursing bra: https://shopee.com.my/nursingbra520/4646378734

11. Kit Penjagaan Diri

Sediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya. Anda tidak perlu membawa dalam kuantiti yang banyak, hanya masukkan ke dalam botol/bekas kosong khusus agar tidak membazir.

Travel kit bottle: https://shopee.com.my/1428ecstore/16378160562

12. Makanan Pemberi Tenaga (Energy Bars)

Antara makanan pemberi tenaga yang anda boleh bawa ialah kurma ataupun Snickers/Mars. Makanan ini akan membantu memberikan anda tenaga sepanjang proses bersalin dan selepas bersalin. 

Energy Bars: https://shopee.com.my/mylgcycling/21858656872

13. Selipar

Bawa sepasang selipar baru untuk dipakai di wad hospital. Jangan bawa selipar lama yang sudah licin tapaknya tau. Berbahaya untuk anda. Sebaiknya, beli sepasang selipar baru untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anda.

Selipar: https://shopee.com.my/mjswholesale/9556557684

14. Minyak Angin

Minyak angin jangan lupa bawa. Ia sangat penting untuk membantu melegakan pening kepala, loya, muntah, sakit perut dan sebagainya. 

Minyak angin cap Kapak: https://shopee.com.my/megakulim/4536611044

15. Tisu

Sediakan juga tisu kering dan tisu basah untuk pelbagai kegunaan kelak. Ia boleh digunakan untuk keperluan ibu dan juga bayi. 

Kesimpulan

Pastikan anda menyediakan beg khusus di dalam kereta apabila sudah menghampiri waktu untuk bersalin. Penyediaan barang keperluan ini bergantung kepada keperluan diri anda sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut