iBAKIPT: Bantuan Awal Kemasukan IPT Kedah 2024

iBAKIPT: BANTUAN/SUMBANGAN RM300 DARI KERAJAAN NEGERI KEDAH UNTUK KEMASUKAN PELAJAR KE IPT

Rakyat negeri kedah boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan One-Off Kemasukan Ke IPT ini.

Bantuan One-Off Kemasukan Ke IPT Kerajaan Negeri Kedah (iBAKIPT) 2024

Sistem Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat permohonan secara online untuk memohon bantuan awal kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi.

Ia diuruskan oleh Seksyen Pembiayaan Negeri Kedah.

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon/ibu/bapa lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran sekolah/IPT).
  2. Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan).
  3. Permohonan dibuka bagi peringkat :
    – STPM
    – STAM
    – Sijil Politeknik
    – Sijil Kolej Komuniti
    – Sijil Matrikulasi
    – ASASI
    – Diploma
    – Ijazah Sarjana Muda
  4. Pengajian mestilah secara sepenuh masa bagi semester pertama kemasukan baharu tahun 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah/IPT dalam negara atau luar negara (bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency) 
  6. Pemohon hendaklah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian atau mengemukakan resit bayaran/surat pengesahan penerimaan tawaran masuk sekolah/IPT.
  7. Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  8. 8. Pelajar kategori berikut tidak layak memohon :
    a) Pelajar pascasiswazah
    b) Pelajar separuh masa
    c) Pelajar luar kampus
    d) Pelajar di Institut Perguruan (IPG)
    e) Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
    f) Sijil selain Politeknik dan Kolej Komuniti

Dokumen Sokongan

Dokumen Sokongan yang wajib disediakan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa / Penjaga (Salah seorang sahaja)
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan / Pengesahan Pengajian IPT

Baca juga: Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM 2024

Cara Memohon iBAKIPT 2024

Pengguna boleh mengakses iBAKIPT dimana sahaja dan menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke pejabat mengisi atau menghantar borang permohonan.

Berikut adalah cara-cara membuat permohonan dalam sistem iBAKIPT:-

  1. Log masuk sistem permohonan iBAKIPT di pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt.
  2. Daftar akaun Pengguna Baru.
  3. Isi Maklumat pemohon dengan lengkap.
  4. Hantar permohonan.

Jumlah Kadar Bantuan iBAKIPT 2024

Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM300.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2024

Soalan Lazim

Soalan lazim mengenai bantuan ini boleh dirujuk seperti di bawah:

Saya pelajar semester pertama kemasukan baru pada Februari 2024. Adakah saya layak mohon bantuan dan bilakah tarikh permohonan akan dibuka?

ayak.
Tarikh Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) untuk semester pertama kemasukan baharu adalah seperti berikut:
– Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2024 – Jun 2024:
(1 MAC 2024 – 30 JUN 2024)
– Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 – November 2024:
 (1 Julai 2024 – 31 Oktober 2024)

Bagaimana saya ingin menyemak status DUN Kawasan saya?

Pemohon mestilah menyemak status DUN di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my  sebelum membuat permohonan.

Saya telah memohon BAKIPT pada tahun 2023 bagi kategori Diploma, adakah saya layak memohon BAKIPT 2024?

Tidak layak. Permohonan hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Anak saya lahir di Perak/Pulau Pinang/Perlis, tapi kami menetap serta bermastautin di Kedah. Adakah anak saya layak memohon bantuan?

Layak, sekiranya menetap dan bermastautin di Kedah serta mengundi seperti berdaftar dalam SPR. Bagi Pengesahan Penempatan, pihak tuan perlu mengisi Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah (Bagi Pemohon / Ibu / Bapa yang  LAHIR Di Kawasan Bersempadan Dengan Negeri Perlis, Perak Dan Pulau Pinang Sahaja). (BPPSPPNK/09)

Bagaimana cara pembayaran dibuat kepada pemohon?

Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon. Sila semak maklumat Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan setelah status pemohon “WANG TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN DUN”.

Saya dilahirkan di Kedah tetapi saya dan keluarga telah berpindah dan menetap di luar Kedah, adakah saya layak?

Tidak Layak. Anda mestilah bermastautin DAN menetap di Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran IPT).

Ibu atau Bapa saya bukan berasal dari Kedah, tetapi saya lahir dan bermastautin (menetap) di Negeri Kedah. Adakah saya layak?

Layak. Bagi pelajar MUSLIM yang berkelayakan, anda boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui pautan zakatkedah.com.my untuk permohonan Bantuan Awal Pengajian.

Saya pelajar Semester Kedua Tahun Pertama Pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda, adakah saya layak?

Tidak Layak.

Saya telah memohon BAKIPT pada tahun 2023, adakah saya layak memohon BAKIPT 2024?

Tidak Layak.

Adakah permohonan saya boleh dibatalkan oleh Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah?

Permohonan anda boleh dibatalkan sekiranya anda didapati mengemukakan maklumat PALSU atau anda tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Bilakah permohonan saya akan diluluskan?

Anda boleh menyemak status permohonan BAKIPT di ruangan Status Mohon dalam Sistem iBAKIPT. Status permohonan LAYAK DIPERTIMBANGKAN bermaksud permohonan anda telah disemak dan dipertimbang Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah.

Seterusnya, permohonan anda diproses oleh SPPNK untuk pertimbangan YB Exco Pendidikan Negeri Kedah. Status permohonan DALAM PROSES BAYARAN bermaksud permohonan anda telah diluluskan oleh YB Exco Pendidikan Negeri Kedah dan bayaran akan dikredit ke akaun Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan anda. Kaedah bayaran bergantung kepada setiap Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon.

Sila hubungi Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon melalui pautan Pusat Kidmat/Penyelaras DUN untuk maklumat lanjut kaedah bayaran (setelah status permohonan PROSES BAYARAN).

Dokumen yang dimuat naik terdapat kesilapan. Adakah saya perlu buat permohonan baru?

Anda tidak boleh membuat permohonan baru selepas anda menghantar permohonan. Bagi pelajar MUSLIM yang berkelayakan, anda boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui pautan zakatkedah.com.my untuk permohonan Bantuan Awal Pengajian.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Kemasukan IPT Kedah 2024, sila hubungi:

Bantu kami share artikel ini: