Alif Satar: Biodata Ikon Anak Muda Untuk Karier & Akhirat

Alif Satar
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

#GengSubuhMacamJumaat telah memberi impak yang sangat besar kepada nama Alif Satar.

Beliau telah membuka peluang dan ruang yang kepada semua lapisan masyarakat khususnya anak-anak muda untuk bersama-sama mengimarahkan masjid.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Alif Satar.

Baca juga:

Latar Belakang

Kredit Instagram @nasikandardatosagor
NamaMuhammad Alif Bin Mohd Satar
Nama GelaranAlif Satar
Tarikh Lahir19 September 1990 (34 tahun pada 2024)
Tempat LahirKuala Lumpur
PekerjaanPenyanyi, pelakon, usahawan, atlet sukan, brand ambassador
Nama BandAlif Satar & The Locos
Ketinggian173 cm
Berat Badan72 kg
Akaun Media SosialInstagram @alifsatar
Facebook @alifsatarmy
Twitter @alifsatar_
TikTok @itsalifsatar

Kehidupan Peribadi

Alif Satar mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia muda iaitu 23 tahun dengan mendirikan rumah tangga bersama Sha Dila Halid yang berusia enam tahun lebih tua daripanya pada 15 September 2014.

10 tahun melayari bahtera bahagia, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang diberi nama Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.

alif satar
Kredit Instagram @shadilahalid
alif satar
Kredit Instagram @shadilahalid

Kerjaya & Profesional

Kredit Harian Metro

Alif Satar memulakan karier sebagai penyanyi menerusi Rancangan Realiti TV One In a Million Musim 1 di usia 17 tahun.

Yang mana pada ketika itu, rancangan tersebut juga melahirkan barisan penyanyi terkemuka hari ini seperti Faizal Tahir, Dayang Nur Faizah, Suki, Farah Asyikin, Azfar dan Datin Alyah.

Sejak memenangi tempat ke-3 rancangan itu, namanya terus berkembang sehingga dikenali ramai.

Sebagai seorang penyanyi, pelakon, hos berkebolehan, Alif Satar juga telah melakukan penjenamaan semula sebagai penyanyi utama kumpulan “old school” yang dinamakan Alif Satar & The Locos bermula tahun 2018.

Kumpulan ini dianggotai Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Rajwan Juni (dram), dan Faliq Auri (saxophone).

Album/Single

  • Khayal (2009)
  • Kau Pergi (2009)
  • Cukup Indah (2009)
  • Akan Tiba (2009)
  • Jangan Nakal (2009)
  • Lelaki Seperti Aku (2011)
  • Pendusta (2011)
  • Definisi (2013)
  • Kesempatan Kedua (2013)
  • Bila (2013)
  • Akhiri Penantianku (2013)
  • Jangan Menghina, bersama Inteam & Nocturnal Voice (2016)
  • Selamanya Cinta, bersama Shila Amzah (2016)
  • Jatuh Cinta (2017)
  • Sesungguhnya Aku (2017)
  • Sebenarnya, bersama Siti Nordiana (2018)
  • I Want You To Love Me (2019)
  • Sesunggunya, bersama Raihan (2019)
  • Damba Cinta Mu, bersama Raihan (2020)
  • Anugerah Terindah (2021)
  • Toxic (2022)
  • Bismillah, bersama Raihan (2022)
  • 25 Rasul, bersama Raihan (2022)
  • Puji Pujian, bersama Raihan (2022)
  • Assolatuwassalam, bersama Raihan (2022)
  • Rayuan Rindu, bersama Raihan (2022)
  • LebihXSempurna (2022)
  • Isteri (2022)
  • Hey (2022)
  • Kau Aku Satu (2023)

Lagu-Lagu Lain

  • Balik Kampung, bersama Alif Aziz (2010)
  • Senyum, bersama PU Yeop (2014)
  • Sehari Sejiwa, Lagu tema rasmi Hari Kebangsaan 2015-2017
  • Malaysia Prihatin, Lagu tema rasmi Hari Kebangsaan 2020
  • Bangkit Semangat Ku, Lagu tema CIMB Liga Super Malaysia 2020
  • Janji Happy, bersama Naim Daniel (Lagu tema TV9)

Filem

  • Aku Masih Dara (2010)
  • Usin UFO (2016)
  • Aliff Dalam 7 Dimensi (2016)
  • Sa Balik Baju (2021)
  • Rasuk (2022)
  • Seratus (2022)
  • Pulau (2023)
  • Anak Perjanjain Syaitan 2 (2024)

Drama

  • Dendam (2008-2009)
  • Suria Di Cardob (2011)
  • Syukur Allah (2012)
  • Destinasi G4 (2015)
  • Tundukkan Playboy Itu (2016)
  • Dia Semanis Honey (2016)
  • Dia Semanis Honeymoon (2016)
  • Suri Hati Mr.Pilot (2016)
  • Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017)
  • Ben 10 (2017)
  • Red Velvet (2017)
  • Klik! Pengantin Musim Salju (2018)
  • PIA (2019)
  • Family Spy (2020)
  • Penjara Janji (2021)
  • Risik Pada Hati (2022)
  • Bukan Sekadar Lafaz

Telefilem

  • Lari Sayang Lari (2011)
  • Mat Gedebe (2014)
  • Husin Peninglah (2015)
  • Dia Semanis Honey Raya (2016)
  • Memori Pajeri Nanas (2017)
  • Inayah (2017)
  • The Hantus (2018)
  • Geng Big Stage Beraya (2019)
  • Derita Pia (2019)
  • Geng (2019)
  • Rindu Cinta Zulaika (2020)
  • Kerana Binti Abdullah (2022)
  • Town Mall 2 (2024)

Teater

  • Peter Pan The Lost Boys (2004)
  • Dia Semanis Honey Muzikal (2017)

Pencapaian Alif Satar

Kredit Instagram @shadilahalid

Sepanjang 18 tahun bergiat aktif dalam dunia seni, Alif Satar menjaya mengukir nama dalam pelbagai anugerah dan penghargaan.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Aliff Satar sepanjang menjadi penyanyi, pelakon dan pengacara di televisyen:

  • Tempat ke-3 One In A Million Musim 1
  • Pelakon Lelaki Popular (Dia Semanis Honey) Anugerah Telenovela 2017
  • Pelakon Utama Terbaik (Dia Semanis Honey The Musical) BOH Cameronian Arts Awards 2018
  • Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
  • Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 (Sesungguhnya Aku) ERA Digital Muzik Awards 2018
  • Hos MeleTOP (Big Stage 2) Anugerah MeleTOP Era 2020
  • Penyampai Televisyen Untuk Berita & Ehwal Semasa Paling Dipercayai Reader’s Digest’s Trusted Brand Awards 2020
  • Penyampai Televisyen Untuk Berita & Ehwal Semasa Paling Dipercayai Reader’s Digest’s Trusted Brand Awards 2023
  • Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 37 (Anugerah Terindah)
  • Penyampai Televisyen Untuk Berita & Ehwal Semasa Paling Dipercayai Reader’s Digest’s Trusted Brand Awards 2024

Fakta Menarik Mengenai Alif Satar

  • Merupakan Ironman Langkawi pada tahun 2019 setelah berjaya menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya 3.8 km akberenang, 180 km berbasikal dan larian sejauh 42 km.
  • Tidak pernah menghadiri ‘after party’ mana-mana anugerah sepanjang berkecimpung dalam dunia seni.
  • Merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
  • Semua adik-beradiknya diberi nama dari huruf hijaiyah iaitu Alif, Mim, Ain, dan Jim.
  • Dikenali sebagai selebriti bersih gosip.
  • Dia bersama isteri sudah bergelar Haji dan Hajah selepas berangkat menunaikan haji pada 2023.
  • Mempunyai beberapa cabang perniagaan iaitu Iktikaf Alif, Alif Satay, Pasta Panas, dan Buranku.
  • Pernah dipilih oleh Aznil Nawawi untuk mengacarakan rancangan MeleTOP bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012.
  • Memiliki gold bar sendiri berbentuk “Alif” atas pelantikan sebagai duta GB Gold.
  • Menyertai Rancangan Realiti TV One In Million kerana ingin mendaftar di sekolah penerbangan.
  • Bercita-cita untuk menjadi seorang pilot.
  • Mewujudkan kempen #GengSubuhMacamJumaat di media sosial.
  • Aktif menyebarkan informasi berkaitan Gaza Palestin dan hal-hal agama Islam.

Tahniah Alif Satar! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Instagram @alifsatar
  2. ‘Jutawan’ Senyap. Harian Metro
  3. Alif Satar Bersih Gosip. Harian Metro
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut