Zikir Tidurkan Anak yang Membantu Melenakan Si Kecil Anda

zikir tidurkan anak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tidur merupakan satu aktiviti penting dalam pertumbuhan kanak-kanak. Namun begitu, untuk menidurkan seseorang bayi bukanlah perkara mudah. Berikut kami kongsikan beberapa zikir yang dapat membantu tidurkan anak-anak anda dengan lebih mudah.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang zikir-zikir ini dan petua lain yang boleh anda amalkan bagi si kecil mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, pastikan anda terus bersama artikel ini sehingga ke penghujung artikel ini.

zikir-tidurkan-anak

Senarai Zikir Tidurkan Anak

Berikut merupakan 5 zikir tidurkan anak yang boleh anda amalkan sewaktu ingin menidurkan si Kecil anda:

1. Zikir La ilaha illallah

Zikir tidurkan anak yang pertama merupakan zikir mudah yang boleh diulang-ulang sehingga anak anda tertidur. Berikut adalah bacaan rumi bagi zikir La Illaha Illallah beserta maksudnya dan video bacaan zikir ini:

La illaha illallah
La illaha illallah
La illaha illallah
Muhammadur rasullah

Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah.”

    2. Zikir Penenang Hati

    Zikir tidurkan anak yang sangat membantu dalam menenangkan bayi anda bagi memudahkan mereka untuk tidur adalah zikir penenang hati seperti di bawah:

    Hasbi rabbi jallallah
    Mafi qalbi ghairullah
    Nur muhammad sallallah
    Lailahaillalla

    Maksudnya:

    “Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku, melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah,”

    3. Zikir Hasbiallah Wa Ni’mal Wakil

    Hasbiallah wani’mal wakil
    Fa ni’mal maula wani’man nasir

    Hasbiallah wani’mal wakil
    Fa Ni’mal maula wani’man nasir

    Maksudnya:

    “Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung. Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung.”

    4. Zikir Tasbih Fatimah

    Subhanallah (33 kali)
    Walhamdulillah (33 kali)
    WaLaillahaillallah (33 kali)
    Wallahuakbar
    (33 kali)

    Maksudnya:

    “Maha Suci Allah. Segala puji hanya untuk Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar. “

    5. Zikir bismillahillazi

    Bismillahilazi la yadurru maasmihi shaiun fil ardi wa la fis samaaie, Wahuwas samiul alim

    Maksudnya:

    “Dengan nama Allah yang bersama Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit.”

    Cara Lain Tidurkan Anak

    Selain membaca zikir tidurkan anak yang telah kami senaraikan di atas anda juga boleh mengamalkan 10 cara dibawah untuk menidurkan anda dengan lebih mudah:

    1. Sediakan ruang tidur yang selesa dan bersih untuk anak anda.
    2. Amalkan membedung bayi dengan kemas untuk memberi rasa selesa seperti di dalam rahim.
    3. Pastikan suhu bilik tidur sejuk agar anak anda tidak kepanasan.
    4. Mandikan anak anda dengan air suam 1atau 2 jam sebelum tidur untuk membantu mereka merasa lebih relaks dan selesa.
    5. Matikan semua gadget sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur untuk mengelakkan rangsangan.
    6. Hindari bertentang mata semasa ingin tidurkan anak untuk mengelakkan mereka terangsang.
    7. Pastikan waktu tidur siang anak tidak terlalu lewat untuk membantu mereka tidur lebih nyenyak pada waktu malam.
    8. Tidurkan anak anda dalam keadaan gelap untuk menggalakkan pembebasan melatonin.
    9. Tukar lampin anak dengan berhati-hati untuk mengelakkan mereka terjaga.
    10. Penuhkan pagi anak-anak anda dengan aktiviti yang mampu membakar tenaga mereka agar mereka lebih mudah tidur.

    Baca juga: Doa Untuk Anak Perempuan – Agar Menjadi Anak Soleh/Solehah

    Doa Halau Gangguan Syaitan

    Jika anak anda masih menangis dan tidak dapat tidur setelah anda melakukan semua petua di atas, anda boleh baca doa-doa ini, kerana ada kemungkinan terdapatnya gangguan syaitan.

    • Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya
    • Membaca Ayat al-Kursi
    • Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
    • Membaca doa berikut sebanyak 3 kali:

    بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

    Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

    Sumber: Mufti WP

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut