PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA MARA @ YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP) 2023
Permohonan Young Talent Development Programme (YTP) dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2022 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang ditetapkan.
Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan dan cara semakan permohonan.
Apakah Young Talent Development Programme @ YTP MARA?
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar
cemerlang lepasan SPM 2022 bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar
negara.
Ujian psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP MARA.
Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometrik tersebut sebelum menghantar permohonan.
SYARAT UMUM
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
SYARAT KHUSUS
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2022.
- Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan di bawah:
Garis Panduan Permohonan, Syarat Kelayakan & Maklumat Program Pengajian
Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Jumlah Pinjaman Yang Akan Diterima
- Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.
- Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.
- Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Baca juga:
- Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 SBP – KISAS & SMAP LABU
- Program Asasi TVET 2023 – Syarat, Lokasi & Permohonan
- Permohonan Tingkatan 6 Online 2023 – Semakan & Rayuan
Tarikh Permohonan YTP MARA 2023
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 8 Jun 2023 hingga 19 Jun 2023.
Cara Permohonan
- Layari Portal MARA http://www.mara.gov.my
- Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ sebagai
pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. - Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
- i. Maklumat peribadi dan keluarga
- ii. Cadangan Pengajian
- iii. Ujian Psikometrik
- iv. Perakuan keterangan
NOTA:
Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.
Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Semakan Keputusan YTP MARA 2023
Semakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2023 akan diumumkan secara online mulai 17 Julai 2023, jam 3.00 petang hingga 21 Julai 2023, jam 11.59 malam.
Link keputusan permohonan :
https://myeduloan.mara.gov.my/v2
Bagi calon yang memohon, sila ambil maklum dan buat semakan pada hari keputusan diumumkan kelak.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk pautan yang disediakan atau emelkan kepada [email protected]
>>> Garis Panduan Permohonan
>>> Syarat Kelayakan Program ( pdf / infografik )
>>> Soalan Lazim
>>> Panduan Permohonan
>>> Manual Pengguna Sistem
>>> Pautan Permohonan Dalam Talian
Baca juga: Institut Kemahiran MARA : Senarai Lokasi IKM, Kursus, Syarat & Permohonan