Yayasan Sarawak – Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku 2025

yayasan sarawak
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tawaran Laptop Percuma dan Baucar Buku Yayasan Sarawak Sesi 2025 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan laptop percuma dan baucar buku melalui Biasiswa Yayasan Sarawak 2025 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan cara-cara untuk memohon.

Insentif Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak

Terdapat dua insentif yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan iaitu :

  • LAPTOP PERCUMA
  • BAUCAR BUKU

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak ini adalah bermula pada 23 Mac hingga 30 April 2025.

Cara Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2025

Permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. SYARAT PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA
    • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak (sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan rakyat Sarawak)
    • Diploma Tahun Pertama & Ijazah Sarjana Muda di IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
    • Pelajar sepenuh masa
    • Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
    • Mendapat sokongan daripada institusi pendidikan tersebut.
  2. CARA PERMOHONAN
    • Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
    • Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
    • Isikan butiran anda pada borang permohonan
    • Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
    • Hantar Surat Pengesahan anda
    • Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
    • Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
    • Sekiranya permohonan anda diluluskan, sila muat turun aplikasi My-Yayasan Web Portal
  1. SYARAT PERMOHONAN BAUCAR BUKU
    • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak (sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan rakyat Sarawak)
    • Semua peringkat pendidikan (daripada Asasi ke PhD) di IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
    • Pelajar sepenuh masa
    • Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah
    • Mendapat sokongan daripada institusi pendidikan tersebut.
  2. CARA PERMOHONAN
    • Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my
    • Daftar dan login menggunakan Sarawak ID
    • Isikan butiran anda pada borang permohonan
    • Muat turun Surat Pengesahan dan pastikan ia ditandatangani oleh pihak institusi anda
    • Hantar Surat Pengesahan anda
    • Lengkapkan dan hantar borang permohonan anda
    • Semak status permohonan anda (e-mel juga akan dihantar kepada pemohon)
    • Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan mendapat akses RM500 kredit percuma.
    • Anda boleh membuat pembelian buku dan e-buku menggunakan baucar buku ini.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web https://myys.yayasansarawak.org.my/ atau Facebook rasmi https://www.facebook.com/sarawak.foundation

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut