Ubat senggugut seperti kapsul dan pad pemanas adalah jenis pilihan ubat yang popular digunakan oleh kaum wanita setiap bulan.
Namun lambakan jenama yang ada di pasaran menyebabkan kadang kala kita rambang mata untuk memilih produk yang terbaik dan berkesan.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan ubat senggugut yang boleh anda guna untuk merawat masalah period pain atau dysmenorrhea.
Baca juga:
Masalah sengugut ketika datang haid
Senggugut atau dysmenorrhea adalah kesakitan yang dialami oleh golonan wanita di bahagian bawah peru atau pelvis semasa datang haid.
Terdapat dua jenis senggugut yang perlu anda tahu:
- Senggugut primer: berlaku bukan disebabkan patologi di pelvis dan rahim. Ia biasa berlaku selepas 6-12 bulan akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.
- Senggugut sekunder: berlaku disebabkan patologi di pelvis dan rahim. Ia biasa berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur oleh kerana penyakit atau kesan ubat hormon tertentu.
Senarai ubat sengugut
Berikut adalah beberapa ubat senggugut yang boleh anda dapatkan di pasaran untuk kelegaan sementara:
Ubat senggugut
1. Panadol Menstrual Relief of Period Pain
Ubat senggugut pertama adalah Panadol Menstrual. Ubat ini memberikan kelegaan yang cepat dan berkesan untuk masalah ketidakselesaan semasa senggugut.
Ia mengandungi Paracetamol yang mempunyai sifat melegakan kesakitan, mengurangkan demam dan Pamabrom yang bertindak untuk meningkatkan aliran darah buah pinggang dan kadar penapisan glomerular, sekaligus menggalakkan dieresis.
Pamabrom juga membantu melegakan simptom semasa haid dan pada awal haid.
Bahan-bahan: 500mg Paracetamol, 25mg Pamabrom
Cara penggunaan: Untuk wanita di atas umur 12 tahun, makan 1-2 kapsul ubat setiap 4-6 jam. Tidak boleh melebihi 8 kapsul dalam masa 24 jam. Tidak disarankan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun.
2. Blood MenstruHeat Patch
MenstruHeat dibuat untuk memberikan kelegaan semula jadi sepanjang hari. Formulasi propretari yang digunakan dalam ubat senggugut ini membolehkan haba dibebaskan dengan cepat dan berterusan selama 12 jam, supaya anda boleh mendapatkan keselesaan dan kelegaan sepanjang hari.
Fungsinya bagi mengurangkan masalah senggugut dengan memberikan terapi haba optimum untuk menggalakkan pengaliran darah dan mengendurkan otot rahim
Bahan-bahan: Iron, Activated carbon, WaterSalt, Vermiculite (mineral)
Cara penggunaan: Koyak bungkusan dan lekatkan pada bahagian badan yang sakit. Ia akan mula beransur-ansur panas dalam 5-10 minit.
3. Hurix Menstrual Pain
Hurix Menstrual Pain dihasilkan oleh herba semulajadi berkualiti tiinggi dan digabungkan dengan teknologi canggih di bawah kualiti terkawal GMP.
Ia digunakan secara tradisional sebagai ubat senggugut untuk melegakan sakit senggugut, sakit kepala, dan mengawal senggugut.
Bahan-bahan: Radix codonopsis pilosula, flos carthamus tinctorius, herba leonurus japonicus, rhizoma ligusticum chuanxiong
Cara penggunaan: Umur di atas 12 tahun, makan 3 biji.
4. Uphamol Menstrual 500
Ubat senggugut seterusnya adalah Uphamol Menstrual.
Ubat ini digunakan untuk melegakan simptom peningkatan berat badan disebabkan air, perut kembung, bengkak, sakit kepala, sakit bahagian belakang badan, sakit otot, dan kekejangan yang berkaitan dengan prahaid dan haid.
Bahan-bahan: Paracetamol dan Pamabrom
Cara penggunaan: Makan 2 biji setiap 4-6 jam. Jangan ambil lebih daripada 8 tablet dalam 24 jam. Boleh diambil dengan atau tanpa makanan. Tidak disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
5. Yokoyoko Patch Menstrual Pain
Yokoyoko Patch Menstrual Pain mengandungi haba terapeutik semulajadi selama 8 jam dan membantu melegakan sakit senggugut.
Ubat senggugut ini berkesan meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan gejala sakit haid. Tiada pewangi atau ramuan perubatan dirumuskan.
Bahan-bahan: Serbuk besi, air, karbon teraktif, vermikulit, garam, polimer penyerap super
Cara penggunaan: Koyakkan bungkusan dan lekatkan pada bahagian badan yang sakit. Ia akan mula beransur-ansur panas dalam 5-10 minit.
6. Himalaya Evecare Capsules
Himalaya Evecare Capsules adalah salah satu ubat senggugut yang menawarkan penjagaan rahim wanita yang lengkap. Ia berasaskan tumbuhan semulajadi untuk mengimbangi hormon anda.
Tablet ini telah dibuat untuk mengawal kitaran haid dengan memperbaiki endometrium (membran dalam rahim), mengimbangi rembesan hormon endogen, mengatur kitaran haid kembali teratur, dan melegakan simptom pendarahan rahim.
Bahan-bahan: Ashoka Tree, Asparagus, Lodh Tree, Malabar Nut
Cara penggunaan: Makan 1-2 biji sehari selepas makan.
7. Synflex 275mg Tablet
Synflex tergolong dalam kumpulan ubat senggugut yang dipanggil Non-Steroidal AntiInflammatory Drugs (NSAIDs).
Ia melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan yang mungkin berlaku selepas bersalin, selepas dimasukkan IUD, gout akut, selepas pembedahan ortopedik, kecederaan tisu lembut, sakit senggugut, dan sakit kepala migrain.
Bahan-bahan: Natrium Naproxen
Cara penggunaan: Dos yang disyorkan ialah 825-1375mg sehari diambil dalam dua dos pada hari pertama. Jangan melebihi 1100mg dalam sehari.
8. Himalaya Q-DEE Cramps
Himalaya Q-DEE Cinnamon+Licorice Tablet MD ialah tablet yang berkesan memberikan kelegaan pantas dari masalah kekejangan ketika datang haid.
Bahan-bahan: Cinnamon (Cinnamomum zeylanicum), Yashtimadhu/Licorice (Glycyrrhiza glabra)
Cara penggunaan: Makan 1-2 biji apabila perlu tidak lebih 8 biji sehari. Jangan telan keseluruhan tablet. Bairkan ia larut dalam mulut tanpa mengunyah.
9. Hurix Coline Tong
Hurix Coline Tong digunakan secara tradisional untuk melancarkan perjalanan haid, kitaran haid tidak teratur, peredaran darah untuk melegakan sakit senggugut dan sakit perut.
Bahan-bahan: Rhizoma Curcuma Kwangsinensis, Radix Rheum Palmatu, Radix Curcuma longa, Radix Aucklandia lappa, radix angelica sinensis, Folium Artemisia Argyi Extract, Flos Carthamus tinctorius L, Radix Scutellaria Baicalensis, Rhizoma sparganium stoloniferum
Cara penggunaan: Makan 2 biji 3 kali sehari selepas makan dengan air suam. Ia lebih sesuai diambil ketika 1 minggu sebelum haid atau jika haid terlewat selama 1-3 minggu.
Cara legakan sengugut secara semulajadi
Terdapat juga beberapa cara lain yang boleh anda lakukan di rumah untuk melegakan gejala senggugut:
- Bersenam dengan kerap membantu meredakan senggugut bagi sesetengah wanita
- Kurangkan tekanan mampu meningkatkan risiko anda mengalami senggugut yang teruk
- Cuba suplemen pemakanan yang tinggi vitamin E, asid lemak omega-3, vitamin B-1 (thiamin), vitamin B-6 dan suplemen magnesium mungkin mengurangkan senggugut
- Gunakan haba seperti berendam mandi air panas, pad pemanas, botol air panas atau tampalan haba pada bahagian bawah perut untuk meredakan senggugut
- Akupuntur dengan memasukan jarum yang sangat halus melalui kulit pada titik strategik pada badan anda
Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan ubat senggugut dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.
Sumber:
- Senggugut. Kementerian Kesihatan Malaysia
- Dysmenorrhea (Menstrual Cramps). Cleveland Clinic