UASA – Gred & Markah Lulus Ujian Akhir Sesi Akademik 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Format, Gred, Markah Lulus & Tarikh Pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) KPM Sesi 2024/2025

Pada 28 April 2021, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah pada tahun tersebut.

Di samping itu, Mesyuarat Jemaah Menteri turut memansuhkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 1 Jun 2022 dan memperkenalkan perlaksanaan PBS.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk memperkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.

Bagi sesi 2023/2024, ia telah diperkemas lagi dengan beberapa pembaharuan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai format dan gred peperiksaan baharu dalam UASA.

Baca Juga : PAJSK KPM : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

Apakah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)?

Dalam Ujian Akhir Sesi Akademik, Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai.

UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya.

Murid Yang Terlibat Dengan UASA

Murid-murid yang terlibat dalam UASA adalah seperti berikut :

  • Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
  • Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3

Sementara itu, pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan menduduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

Untuk makluman, terdapat 20 mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA bagi peringkat Menengah Rendah iaitu :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Maharat al-Quran
  • Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  • Al-Syariah
  • Usul Al-Din
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tambil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Semai
UASA

Peperiksaan UASA bagi peringkat sekolah Rendah (Tahap Dua) pula melibatkan 5 mata pelajaran iaitu :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
UASA

Nota :

  • Mata pelajaran adalah tertakluk kepada yang ditawarkan/disediakan di sekolah.
  • Peperiksaan mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan di sekolah.
  • Tempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

Penyataan Tahap Penguasaan UASA 2024 (Sistem Gred)  

3 info penting berkenaan UASA 2024/2025 yang ibu bapa perlu tahu:

  1. Set soalan disediakan oleh pihak sekolah.
  2. Tarikh pelaksanaan dari 4 November hingga 19 Disember 2024.
  3. Menggunakan markah dan gred.

Julat peratus dan gred UASA adalah seperti jadual berikut:

Peratus (%)GredTafsiran Gred
82 – 100ACemerlang
66 – 81BKepujian
50 – 65CBaik
35 – 49DMemuaskan
20 – 34EMencapai Tahap Minimum
0 – 19FBelum Mencapai Tahap Minimum

Sebelum ini, prestasi murid-murid akan diukur berdasarkan enam Tahap Penguasaan iaitu TP1 hingga TP6 serta deskriptif bagi setiap tahap seperti berikut:

  • TP1 : Tahu
    • Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
  • TP2 : Tahu dan faham
    • Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
  • TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
  • TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    • Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
  • TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    • Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  • TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    • Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
UASA

Namun, bermula sesi persekolahan 2024/2025 ini, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua mata pelajaran murid di sekolah akan ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan TP sebelum ini.

Bagaimanapun, penggunaan TP masih digunapakai dalam pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) namun, bagi pelaporan UASA ia dikeluarkan dalam bentuk peratus dan gred.

Tarikh Pelaksanaan

Antara info penting berkenaan UASA 2024/2025 yang ibu bapa perlu tahu:

  1. Tarikh pelaksanaan bermula dari 4 November hingga 19 Disember 2024.
  2. Menggunakan markah dan gred.
  3. Set soalan disediakan oleh pihak sekolah.
  4. Markah lulus kini adalah 20%, berbanding 40% sebelumnya.
    Moga bermanfaat.

Rujuk garis masa jadual kerja di bawah:

Garis Panduan Pentadbiran UASA

ujian akhir akademik 2023 uasa 2024
ujian akhir akademik 2023 uasa 2024
ujian akhir akademik 2023 uasa 2024
ujian akhir akademik 2023 uasa 2024
ujian akhir akademik 2023 uasa 2024
ujian akhir akademik 2023 uasa 2024
ujian akhir akademik 2023 uasa 2024
ujian akhir akademik 2023 uasa 2024

Muat Turun Dokumen Pengurusan Ujian Akhir Sesi Akademik 2023/2024

Video : Pengenalan UASA

Topik: Pengenalan Ujian Akhir Akademik

Guru: Dr. Ibrahim Mohamed Zin

Pentaksiran Sumatif menyediakan maklumat mengenai format dan instrumen dalam Ujian Akhir Sesi Akademik bagi setiap mata pelajaran.

Format Pentaksiran Bagi Setiap Subjek Sekolah Rendah & Menengah

Format pentaksiran bagi setiap matapelajaran telah diperbaharui.

Sila rujuk format bagi setiap subjek di bawah:

UASA Sekolah Rendah : Tahun 4,5 dan 6

1) Format UASA SAINS (Tahun 4,5,6)

Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Sains

Guru: Salinah Maskan

2) Format UASA Bahasa Melayu Tahun 4,5,6

Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Melayu

Guru: Dr. Rohani Abdul Aziz

3) Format UASA Matematik Tahun 4,5,6

Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Matematik

Guru: Romzi Anwar

4) Format UASA Bahasa Inggeris Tahun 4,5,6

Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Bahasa Inggeris

Guru: Nur Farhanna Aidid

5) Format UASA Sejarah Tahun 4,5,6

Topik: Format Pentaksiran Instrumen Peringkat Sekolah Rendah: Sejarah

Guru: Azlina Mat Isa

UASA Sekolah Menengah Rendah : Tingkatan 1-3

Bagi melihat video penuh bagi penerangan format UASA setiap subjek peringkat Sekolah Menengah Rendah, sila rujuk pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=8SzxC0MEfKE&list=PLL9CnO8V-9tv1Jly4_ip7riZM7CgezYJu

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui informasi terkini dan gred berkaitan UASA, sila ikuti laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan DidikTV KPM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut