Potensi Tongkat Ali Pada Kesihatan Tubuh

Negara kita kaya dengan khazanah herba semula jadi yang sesuai dijadikan ubat tradisional.

Antara herba yang popular di Malaysia adalah Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia.

Selain Malaysia, ia juga digunakan secara tradisional di beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Vietnam bagi merawat beberapa penyakit seperti ketidaksuburan lelaki, demam, jangkitan dan malaria.

Herba yang juga dikenali sebagai pasak bumi dan Longjack ini boleh didapati di pasaran dalam bentuk supplemen pil atau dijadikan sebahagian daripada ramuan minuman herba.

Benarkah herba ini mampu menawarkan kelebihan terhadap kesihatan lelaki? Ayuh kita semak potensinya terhadap tubuh badan.

tongkat ali
Sumber : bionutriciaextract.com

Potensi Tongkat Ali Pada Kesihatan

Untuk Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Kelebihan herba ini untuk meningkatkan tahap hormon testosteron dan membaiki kesihatan seksual lelaki secara tradisional tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kadar testosterone yang rendah sering dikaitkan dengan masalah kesihatan lelaki seperti ketidaksuburan, kurang libido atau mati pucuk.

Sebuah kajian mendapati pengambilan 200mg ekstrak Tongkat Ali selama sebulan boleh meningkatkan hormon kepada paras normal bagi 90% peserta.

Kajian yang dilakukan terhadap haiwan dan manusia juga mendapati herba ini mempu merangsang keinginan seksual dan berpotensi untuk membaiki masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

Selain itu, kajian lain pula mendapati pengambilan 200 mg ekstrak Tongkat Ali selama 3 bulan dapat meningkatkan kepekatan serta pergerakan sperma.  

tongkat ali

Berpotensi Meredakan Stres

Herba ini juga dipercayai mempunyai potensi dalam merendahkan hormon stres, mengurangkan anxiety dan membaiki mood.

Sebuah kajian pada 1999 mengenalpasti fungsi pasak bumi untuk menangani masalah mood.

Kajian terhadap tikus makmal pula mendapati herba ini mempunyai potensi yang setara dengan ubat anti-anxiety.

Berpotensi Untuk Tingkatkan Kesihatan Fizikal

Herba tradisional ini juga dikatakan berpotensi untuk meningkatkan jisim otot dan membaiki kemampuan fizikal seseorang.

Ini dipercayai disebabkan oleh beberapa jenis kompaun quassinoids iaitu eurycomaoside, eurycolactone dan eurycomanone yang berpotensi untuk membantu tubuh menggunakan tenaga dengan lebih berkesan, mengurangkan rasa lebih dan menguatkan ketahanan tubuh.

Walau bagaimana pun, sebuah kajian kecil mendapati pengambilan minuman dengan tongkat ali ketika bersenam tidak dapat meningkatkan kemampuan fizikal jika dibandingkan dengan minum air kosong.

Oleh itu, kajian yang lebih mendalam diperlukan bagi mengesahkan kelebihan Longjack ini.

Amaran Penggunaan Supplemen Tongkat Ali

Pastikan anda membeli supplemen daripada pakar perubatan atau farmasi.

Sesetengah supplemen Tongkat Ali didapati mengandungi merkuri atau plumbum.

Selain itu, sildenafil (viagra) juga telah ditemui di sesetengah supplemen Tongkat Ali.

Oleh itu, pengambilan supplemen sebegini boleh mengundang kepada keracunan plumbum atau kesan sampingan lain.

Beberapa kajian telah mengenalpasti potensi herba Tongkat Ali untuk kesihatan tubuh.

Walau bagaimana pun, anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.

Ini penting bagi memastikan supplemen yang anda ingin ambil selamat dan sesuai untuk dimakan mengikut tahap kesihatan.

Tambahan pula, terdapat banyak produk kesihatan, minuman herba dan supplemen yang mencurigakan terjual di pasaran.

Sumber : myhealth.gov.my, healthline.com

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!