Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

tol percuma hari raya aidilfitri 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

Berita baik untuk semua rakyat Malaysia! Pemberian tol percuma selama dua (2) hari kepada kenderaan Kelas 1 (kelas persendirian) pada 8 dan 9 April 2024.

Pemberian tol percuma ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitik beratkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dan merancang perjalanan sebaiknya.

Sila rujuk maklumat terperinci melalui kenyataan media Kementerian Kerja Raya dan infografik di bawah untuk info lanjut:

tol percuma hari raya aidilfitri 2024

Tarikh & Tempoh Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024

TARIKH PEMBERIAN TOL PERCUMA AIDILFITRI 2024

  • Pemberian tol percuma bersempena Hari Raya Aidilfitri pada 8 dan 9 April 2024.
  • Bermula jam 12.01 pagi pada 8 April 2024 sehingga jam 11.59 malam pada 9 April 2024.
tol percuma hari raya aidilfitri 2024

Cara Menikmati Tol Percuma

Sempena perjalanan pulang ke kampung pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan rangkaian Lebuhraya PLUS bagi kenderaan persendirian kelas 1 sahaja (bersamaan dengan kelas 2 untuk Jambatan Pulau Pinang) akan berpeluang menikmati tol percuma selama dua hari iaitu bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa) sepertimana yang telah diumumkan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (di Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura – Linkedua) semasa ia dilaksanakan.

Ikuti infografik yang disertakan sebagai panduan bagaimana untuk menikmati tol percuma pada 2 hari tersebut oleh kelas kenderaan terbabit di rangkaian Lebuhraya PLUS. Pastikan untuk merancang perjalanan lancar dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan digital iaitu MyPLUS-TTA dengan memuat turun Aplikasi PLUS. Selamat bercuti dan berhati-hati memandu!

Pengaktifan Laluan Smart Lane Di 18 Lokasi Lebuhraya

Bagi memaksimumkan keberkesanan aplikasi MYJalan dan aplikasi MyPLUS-TTA, KKR dan PLUS telah mengintegrasikan aplikasi MyPLUS-TTA ke dalam aplikasi MYJalan dan sebaliknya.

Sebagai usaha mengurangkan kesesakan semasa musim perayaan Aidilfitri 2024, LLM dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan SMART LANE di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS.

Mengambil kira pandangan dan ulasan yang diberikan oleh pengguna lebuh raya semasa cuti Tahun Bqru Cina yang lepas, LLM telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat konsesi dan mendapatkan padangan dari MIROS mengenai penambahbaikan yang boleh diambil untuk pengaktifan SMART LANE.

Sila patuhi papan tanda trafik kami ketika berada di lokasi tersebut dan amalkan pemanduan berhemah seperti berikut:

  • Patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap menukar lorong.
  • Patuhi had laju dan memberi kerjasama demi menjamin keselamatan kenderaan-kenderaan lain.
  • Rancang penukaran lorong dengan berhati-hati apabila menghampiri penghujung laluan SMART LANE.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan tol percuma sempena Hari Raya Aildilfitri 2024 ini, sila hubungi Talian Hotline TMC LLM di nombor 1800-88-7752.

Selain itu pengguna boleh dapatkan info dari akaun Twitter @llmtrafik dan Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut