35 Tempat Menarik di Taiping, Perak [2025]

35 Tempat Menarik di Taiping | Jom Jalan-jalan Perak!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

35 Tempat Menarik di Taiping | Jom Jalan-jalan Perak!

Taiping, Perak adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib ada dalam bucket list anda. Ada banyak tempat menarik di Taiping yang anda boleh terokai. 

Lokasi pelancongan di Taiping boleh dibahagikan kepada enam kategori utama iaitu pelancongan eko, rekreasi, kembara, warisan & sejarah, agro, serta kraf & produk tempatan. 

Secara keseluruhannya, terdapat lebih kurang 35 tempat menarik di Taiping yang anda boleh lawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan.  

Setiap tempat mempunyai keistimewaan tersendiri dan pastinya menawarkan pengalaman percutian yang bermakna. 

Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan membaca!

BACA JUGA: 10+ Aktiviti Outdoor di Gopeng, Perak

35 Tempat Menarik di Taiping

A. Pelancongan Eko

1. Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping adalah antara destinasi pilihan yang utama di Taiping. 

Ia merupakan taman awam pertama dan tertua di Malaysia. Taman ini telah berusia lebih 130 tahun!

Sumber: Taman Tasik Taiping 

Apa yang membuatnya unik ialah landskap semula jadinya yang terdiri daripada sepuluh tasik dan kolam. 

Tasik-tasik ini merupakan bekas lombong bijih timah yang telah diubahsuai menjadi kawasan rekreasi yang indah.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di taman ini. Antaranya ialah, berjalan-jalan sambil menghirup udara segar, bersenam, berjoging, berbasikal, mengambil gambar pemandangan dan macam-macam lagi. 

Pengunjung juga boleh menikmati aktiviti air seperti berkayak dan menaiki bot. Taman ini juga mempunyai taman permainan kanak-kanak dan bulatan kasut roda. 

Masuk pun free je. 

2. Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit Larut adalah salah satu destinasi wajib dilawati apabila anda berkunjung ke Taiping, Perak. 

Ia merupakan bukit peranginan tertua di Malaysia yang terletak pada ketinggian 1,036 meter di atas paras laut. 

Sumber: Tourism Perak Malaysia

Pengunjung boleh menaiki jip khas untuk sampai ke puncak sambil menikmati panorama bandar Taiping yang memukau. 

Selain itu, terdapat juga trek pendakian menuju puncak disediakan bagi mereka yang ingin mendaki. 

Suhu di sini boleh mencapai serendah 10°C. Tengoklah kabus tu, memang sejuk! 

3. Taman Botani Perak

Taman Botani Perak satu lagi tempat menarik di Taiping yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. 

Dengan keluasan lebih 56 ekar, taman ini dipenuhi pelbagai jenis flora unik, termasuk tumbuhan yang jarang ditemui.

Apa yang menarik, taman ini bukan sahaja untuk rekreasi tetapi juga berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pemuliharaan. 

Jika anda ingin melarikan diri daripada kesibukan harian, Taman Botani Perak adalah antara lokasi pilihan terbaik di Taiping untuk bersantai sambil menghargai keindahan alam. 

Masuk pun free je, so boleh la pergi bila-bila masa.

4. Kelip-kelip Kampung Dew

Tempat menarik di Taiping seterusnya ialah, Kelip-Kelip Kampung Dew. 

Terletak di Sungai Sepetang, destinasi ini terkenal dengan kelip-kelip Pteroptyx tener yang menghasilkan cahaya serentak. Hasilnya, terciptalah suasana malam yang sangat indah.

Sumber: Firefly @ Kampung Dew

Pengunjung boleh menaiki bot kecil untuk menyusuri sungai dan melihat ribuan kelip-kelip yang berkelip-kelip di pokok-pokok bakau. 

Kawasan kelip-kelip ini sebenarnya boleh dilihat sepanjang lebih 7 kilometer di Sungai Sepetang, bermula dari Jeti Kelip-kelip.

Sumber: Kuala Selangor

Waktu terbaik untuk menikmati pemandangan ini adalah pada waktu malam selepas hujan. Hal ini kerana kelip-kelip akan memancarkan cahaya yang lebih terang. 

Jangan lupa bawa kamera dan elakkan guna flash okay!

5. Taman Tasik Kamunting

Taman Tasik Kamunting adalah lokasi santai yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah. 

Ia terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Taiping dan sering menjadi lokasi pilihan untuk berkelah atau bersenam.

Taman ini dilengkapi dengan kemudahan seperti trek jogging, taman permainan kanak-kanak, stesen senaman, wakaf, kawasan berehat dan banyak lagi. 

Suasana di sini cukup tenang dan kurang sesak berbanding Taman Tasik Taiping. Masuk adalah percuma. 

6. Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

Hutan Paya Laut Matang antara destinasi yang seronok diterokai di Taiping terutamanya bagi mereka yang suka alam sekitar. 

Di sini anda boleh belajar macam-macam pasal ekosistem hutan paya laut secara praktikal. 

Kawasan ini terkenal sebagai salah satu ekosistem hutan paya bakau terbaik di dunia tau. Ia meliputi keluasan lebih 40,000 hektar.

Anda boleh meneroka kawasan ini dengan berjalan di laluan kayu yang disediakan sambil menikmati pemandangan pokok bakau yang menjulang tinggi. 

Selain itu, anda juga boleh menaiki bot untuk menyusuri sungai dan memerhati burung-burung di sekitarnya. 

7. Dapur Arang Kayu, Kuala Sepetang

Dapur Arang Kayu Kuala Sepetang juga destinasi menarik di Taiping yang tidak boleh dilepaskan. Di sini anda berpeluang melihat cara tradisional pembuatan arang kayu. 

Selain itu, lokasi ini juga menyediakan peluang untuk mempelajari tentang sejarah dan keunikan industri arang kayu.

Perusahaan ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 1930, jadi sudah hampir 100 tahun lamanya. Arang yang dihasilkan memang berkualiti tinggi dan digunakan secara meluas.

Jangan lupa beli cenderamata arang mesra alam sebagai tanda kenangan selepas lawatan anda ke sini.


B. Pelancongan Rekreasi & Kembara

8. Zoo Taiping & Night Safari

Satu lagi tempat menarik di Taiping yang wajib dikunjungi adalah Zoo Taiping & Night Safari. Zoo ini terkenal dengan koleksi haiwan yang pelbagai daripada pelbagai pelusuk dunia. 

Sekiranya anda belum pernah merasai pengalaman melihat haiwan pada waktu malam, inilah masanya. Ambil peluang ini untuk berkunjung ke sini untuk merasai pengalaman Night Safari, di mana anda boleh melihat haiwan aktif pada waktu malam.

Sumber: Escape Anytime

Tiket masuk boleh dibeli melalui laman web rasmi Zoo Taiping

9. Taiping Lake Ride & Cruise

Apabila berkunjung ke Taiping, pastikan anda luangkan masa untuk berkunjung ke Taiping Lake Ride & Cruise. 

Di sini anda boleh menaiki bot sambil menikmati pemandangan alam. Yang best sekali, suasana di sini memang tenang dan menenangkan. 

Sesuai sangat kalau nak lepaskan tekanan atau sekadar nak enjoy view yang cantik. Ramai orang suka datang waktu petang sebab cuaca sejuk dan berangin. 

Jangan lupa masukkan Taiping Lake Ride & Cruise dalam itinerary anda ye!

10. Kolam Renang Kemahkotaan

Bagi yang ingin menikmati aktiviti air yang lebih santai di Taiping, Kolam Renang Kemahkotaan adalah pilihan yang tepat. Kolam ini sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Kolam renang ni bukan kolam renang biasa tau. Ia merupakan kolam renang buatan manusia yang pertama di Malaysia dan sudah berusia lebih kurang 151 tahun!

Yang paling menarik, kolam ini menggunakan air semulajadi dari air terjun Bukit Larut. Jadi, airnya bebas klorin dan sangat bersih serta menyegarkan. 

11. Air Terjun Sempeneh Batu Kurau

Air Terjun Sempeneh Batu Kurau juga antara destinasi menarik di Taiping yang harus ada dalam senarai anda. 

Keindahan air terjun yang dikelilingi hutan tropika menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati alam dan keindahan air terjun yang menakjubkan.

Kalau anda suka cabaran, boleh cuba hiking ke air terjun ni. Pemandangan sepanjang jalan memang cantik.

Kalau nak mandi-manda pun boleh, air dia sejuk gila! Di sini juga ada chalet disediakan bagi mereka yang ingin menginap. 

Apa apa pun, jangan lupa check cuaca dulu sebelum datang.

12. Kolam Burma

Kolam Burma, atau lebih dikenali sebagai Burmese Pool adalah salah satu tempat menarik di Taiping yang anda mesti singgah. Nama Kolam Burma berasal daripada sepasukan tentera Burma yang menemui kawasan ini pada tahun 1920-an.

Kolam ini sebenarnya merupakan kawasan sungai semula jadi yang mempunyai air yang jernih dan dingin. 

Daya tarikan utama di sini termasuk air terjun mini, di mana airnya mengalir dan jatuh ke bawah membentuk kolam semula jadi. 

Lokasinya juga sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk aktiviti riadah keluarga.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk menikmati keindahan di sini. Memang sesuailah untuk percutian yang mesra poket. 

Satu pesanan ikhlas, jaga kebersihan okay!

13. Ulu Tupai Rimba Alam

Ulu Tupai Rimba Alam di Taiping menawarkan pengalaman luar biasa untuk sesiapa yang sukakan aktiviti lasak seperti mendaki dan trekking. 

Selain aktiviti lasak, di sini pengunjung juga boleh menginap di Chalet Ulutupai Rimba Alam yang dikelilingi kehijauan tropika. 

Lokasi ini juga sesuai untuk mereka yang ingin menghayati keunikan hutan hujan tropika yang lebih tua daripada hutan Amazon!

14. Kolam Air Panas Trong

Kolam Air Panas Trong merupakan kolam air panas perubatan yang pertama di Taiping. Ia  mula beroperasi pada tahun 2002. Jadi, kalau anda ada rasa sengal-sengal badan, sakit otot, dan seumpamanya, bolehlah datang berendam ke sini. 

Ada beberapa jenis kolam yang anda boleh pilih iaitu, kolam Puteh, kolam Jepun atau kolam khas yang boleh muat sampai 10 orang. Bilik mandi tertutup dan bilik VIP pun ada. 

Kemudahan lain yang disediakan termasuk kawasan letak kereta yang luas, tandas, bilik persalinan, dan warung makanan. 

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan urut yang ditawarkan oleh tukang urut berpengalaman di tepi kolam. 

Kolam ni buka dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah malam termasuk hari cuti. Tapi ingat, hari raya tutup tau. 

15. Spritzer Eko Park

Spritzer EcoPark adalah destinasi mesra keluarga yang menarik. Taman eko ini menggabungkan alam semula jadi dan aktiviti fizikal yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. 

Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah sambil melakukan pelbagai aktiviti. Tiada bayaran masuk dikenakan dan ada tempat letak kereta percuma disediakan. 

16. 5D Art Taiping

5D Art Taiping adalah antara tempat menarik di Taiping yang anda boleh kunjungi. 

Galeri seni ini menawarkan pengalaman interaktif dengan karya seni 5D yang membolehkan anda berinteraksi dengan seni dalam bentuk yang sangat realistik dan menyeronokkan.

Sumber: 5D Taiping

Galeri ini juga menyediakan latar belakang yang menakjubkan untuk sesi fotografi yang kreatif. Bolehlah anda ambil gambar kenangan bersama keluarga atau rakan-rakan.

17. Bazar Cross Street Taiping 

Kalau anda nak cari cenderamata dan barang menarik serta rasa makanan tempatan yang sedap-sedap, Bazar Cross Street Taiping adalah destinasi yang tepat. 

Sumber: Bazar Cross Street Taiping

Lokasi ini sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong. Jadi, memang meriah sangat. Bazar ini  beroperasi setiap hujung minggu iaitu dari hari Jumaat hingga Ahad. 

18. Kuala Sepetang Eco Tourism

Untuk pengalaman ekopelancongan yang lebih menyeronokkan, anda boleh berkunjung ke Kuala Sepetang Eco Tourism.  

Di sini, anda boleh menaiki bot untuk menerokai kawasan hutan bakau yang kaya dengan ekosistem semulajadi serta belajar lebih lanjut tentang kepentingan kawasan ini. 

Sumber: Kuala Sepetang Eco Tourism

Pelayaran sungai selama 90 minit membolehkan anda meneroka perkampungan nelayan, hutan bakau, dan mempelajari bagaimana pengurusan hutan bakau yang terbaik memperkaya ekosistem. 

Terdapat pelbagai pakej lawatan dengan harga bermula dari RM250 yang anda boleh pilih. 

Lawatan ini biasanya merangkumi pelbagai aktiviti seperti pemerhatian burung, lawatan ke kilang arang kayu, industri penternakan kerang, dan lawatan ke sangkar ternakan ikan. 

19. ATV Adventure Park Larut 

Untuk merasai pengalaman  menunggang ATV di kawasan hutan, anda boleh singgah di ATV Adventure Park Larut. 

Taman ini menawarkan pelbagai pakej dengan tempoh yang berbeza dan sesuai untuk pelbagai tahap kemahiran.

Selain trek yang mencabar, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Yang best sekali, anda boleh pilih nak ride siang ke malam. Bayangkan la ride ATV dalam hutan waktu malam, best gila kan? 

Tapi jangan risau, ada instructor yang akan guide peserta sepanjang perjalanan untuk pastikan keselamatan terjamin. 


C. Pelancongan Warisan dan Sejarah

20. Galeri Perbandaran Taiping

Untuk memastikan percutian anda di Taiping cukup memuaskan, anda boleh berkunjung ke Galeri Perbandaran Taiping terlebih dahulu sebelum memulakan perancangan anda. 

Selain berfungsi sebagai pusat informasi pelancongan, galeri ini juga menjadi lokasi jualan cenderamata menarik untuk kenangan. 

Bangunan bersejarah yang siap dibina pada tahun 1891 ini mencerminkan seni bina unik, hasil rekaan arkitek Australia, G.A. Lefroy. Sangat instagrammable!

21. Muzium Sejarah Matang

Seterusnya, anda boleh singgah ke Muzium Sejarah Matang. Muzium ini telah dibuka sejak tahun 1985 lagi. 

Dahulu, bangunan ini adalah kediaman Ngah Ibrahim, seorang tokoh penting dalam sejarah Larut. Selain itu, bangunan ini juga pernah menjadi pusat pentadbiran British serta Jepun. Bukan itu sahaja, ia juga pernah menjadi sekolah dan institut perguruan. 

Sumber: Muzium Matang

Kini, ia berfungsi sepenuhnya sebagai muzium yang memaparkan pelbagai koleksi menarik seperti dokumen lama, artifak dan juga makam Ngah Ibrahim yang dibawa dari Singapura. 

22. Muzium Perak

Jangan lepaskan juga peluang mengunjungi Muzium Perak iaitu muzium tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1883.

Antara koleksi menarik di sini termasuk artifak etnologi, spesimen zoologi dan koleksi masyarakat asli yang berusia lebih 100 tahun!

Seni bina dan reka bentuknya yang menggabungkan unsur Moorish, Neo-Classical, dan Victorian menjadikan muzium ini sangat unik. Satu fakta menarik yang anda perlu tahu,  muzium ini telah diiktiraf sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada tahun 2009. 

23. Muzium Telegraf

Muzium Telegraf salah satu muzium yang sangat unik di Malaysia. Muzium ini membawa anda menyusuri sejarah komunikasi dari zaman penjajahan British hingga era moden.

Pelbagai koleksi alat seperti telegraf, kod Morse dan teknologi komunikasi lama dipamerkan di sini. 

Berkunjung ke muzium ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberikan perspektif tentang bagaimana teknologi mempengaruhi pembangunan Malaysia.

24. Galeri Kraftangan Penjara

Tahukah anda bahawa hasil kerja banduan juga boleh menjadi cenderamata? 

Sumber: Galeri Penjara Taiping

Di Galeri Kraftangan Penjara Taiping, pelbagai hasil kerja tangan seperti seramik, barang besi, rotan, dan bantal dijual pada harga berpatutan. Inilah tempat untuk anda mendapatkan cenderamata unik sambil menyokong usaha pemulihan banduan.

Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan khas sekiranya ada permintaan tertentu untuk reka bentuk dan jenis barang yang diingini. 

25. Tugu Peringatan Perang Taiping

Lawatan ke Taiping tidak lengkap tanpa mengunjungi Tugu Peringatan Perang Taiping. Tugu ini memperingati tentera bersekutu yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. 

Sumber: larut hillview kabin

Sumber: Fascinating Perak

Dengan 866 pusara dari pelbagai negara seperti Australia, India, dan Malaysia, tugu ini adalah lokasi yang sarat dengan emosi dan sejarah.

Tugu ini turut diselenggara oleh Commonwealth War Graves Commission untuk memastikannya kekal terjaga.


D. Pelancongan Agro

26. Ethno Valley

Ethno Valley adalah salah satu tempat menarik di Taiping yang menjadi lokasi ideal untuk anda yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota. 

Destinasi ini menawarkan suasana perkampungan yang damai dengan keindahan flora dan fauna. Dusun buah-buahan pun ada di sini. 

@ethnovalley4

Salam dan hi semua !! 😍 dekat sini boleh buat family day tau boleh spendtime dengan family yg tersayang dengan aktivit-aktiviti outdoor untuk buat kenangan & memori, yg penting harga berpatutan & murah 🤗✨ 📍Ethno Valley, Perak Untuk booking dah sebarang pertanyaan boleh call pejabat 05-8551104 (9am-6pm/setiap hari) 🫶🏻 #familytime #familyday #taipingperak #ethnovalley #foryoupage #malaysia

♬ Mama – Jonas Blue & William Singe

Selain melawat taman herba yang penuh dengan tanaman ubatan tradisional, anda juga boleh  membeli produk herba dan mencuba sendiri aktiviti menanam tanaman hiasan. 

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, memanah, menunggang kuda, jungle trekking dan sebagainya. Jika anda peminat memancing, anda juga boleh memancing di tasik yang ada di sini. 

27. Trong Leisure Farm

Trong Leisure Farm & Resort adalah taman riadah bertemakan itik yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada bulan Januari 2011.

Di sini terdapat kira-kira 60,000 ekor itik Pekin yang comel dalam keluasan kawasan sekitar 70 ekar. 

Selain memberi makan itik, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik di sini. Salah satu pengalaman unik yang ditawarkan ialah Sesi Teh Petang bersama itik-itik comel ini. Bayangkan menikmati teh sambil dikelilingi itik-itik yang lucu!

Trong Leisure Farm & Resort juga menawarkan penginapan, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk percutian keluarga yang ingin merasai pengalaman unik bersama haiwan ternakan. 

28. Ladang Dhabsinai

Jika anda ingin mengetahui lebih banyak tentang haiwan padang pasir yang jarang ditemui, Ladang Dhabsinai adalah destinasi ideal untuk dikunjungi. Ladang ini terletak di Kampung Pak Dollah, Kamunting iaitu kira-kira 5 kilometer dari Tol Taiping Utara. 

Di sini terdapat kira-kira 180 ekor dhab, termasuk induk tertua berusia 21 tahun. Ladang ini bukan sahaja sesuai untuk pencinta haiwan, tetapi juga untuk mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan tentang spesies eksotik ini.

29. Figtopia Taiping

Bagi anda yang menggemari buah tin, Figtopia Taiping di Jalan Parit Menteri, Changkat Jering adalah destinasi yang anda wajib singgah. 

Ladang ini hanya terletak 2 kilometer dari Tol Changkat Jering dan menawarkan pengalaman memetik buah tin segar terus dari ladang. 

Selain aktiviti memetik buah, Figtopia juga menyediakan kursus penanaman pokok tin untuk pengunjung yang berminat. Anda boleh belajar A hingga Z tentang penanaman pokok buah tin daripada pakar yang berpengalaman. 

Yang menariknya, Figtopia juga menawarkan pelbagai produk berasaskan buah tin seperti Fig cookies, Fig Lemonade, Fig Leaf Tea, Fig Jam, dan pelbagai jenis popsicle. 


E. Pelancongan Kraf dan Produk Tempatan

30. Batik Tanuntaya

Batik Tanuntaya terletak di Kampung Asam Kumbang, Taiping. Ia adalah sebuah pusat seni batik yang mempamerkan keindahan warisan batik Malaysia. 

Diasaskan oleh Bismi Intanti, tempat ini menawarkan koleksi batik tangan eksklusif yang sesuai untuk peminat seni dan budaya. 

Sumber: Batik Tanuntaya

Pengunjung boleh melihat proses pembuatan batik secara langsung serta berpeluang mencanting batik apabila berkunjung ke sini.  

31. Labu Sayong Warisan Anak Utara

Labu Sayong terkenal sebagai tembikar ikonik Malaysia. Di Warisan Anak Utara ini, pengunjung boleh menyaksikan proses pembuatan labu sayong yang penuh seni. 

Sumber: Going Places by Malaysia Airlines

Selain itu, terdapat aktiviti membuat labu sayong di bawah bimbingan pakar untuk mencipta hasil tangan anda sendiri.

Labu sayong di sini turut dijual sebagai hiasan rumah atau hadiah istimewa.

32. Kelarai Bertam Batu Kurau

Kelarai Bertam, kraf tangan tradisional yang dihasilkan daripada daun bertam, adalah satu lagi daya tarikan unik di Taiping.

Sumber: Loka.my

Terdapat pelbagai produk seperti bakul, tikar, dan beg yang diperbuat daripada daun bertam untuk dibeli di sini. Bukan itu sahaja, aktiviti interaktif seperti sesi bengkel kraf tangan turut ditawarkan.

33. Kilang Kopi Antong

Kilang Kopi Antong adalah kilang kopi tertua di Malaysia, terletak di Taiping. Ia menawarkan pengalaman melihat proses pembuatan kopi tradisional serta peluang membeli kopi segar sebagai ole-ole.

Sumber: PREBIU.com 

Kilang ini bukan sahaja menghidangkan aroma memikat tetapi juga memberikan pengalaman nostalgik tentang budaya kopi tempatan.

34. Wonderfarm Mushroom

Wonderfarm Mushroom adalah destinasi agro-pelancongan menarik untuk mereka yang gemar menikmati hasil tanaman segar.

Di ladang ini, pengunjung dapat melihat pelbagai jenis cendawan yang ditanam, termasuk cendawan tiram dan shiitake. 

Anda juga boleh mencuba menu berasaskan cendawan yang segar dan lazat di kafe ladang. Produk seperti cendawan segar dan snek berasaskan cendawan turut dijual untuk dibawa pulang.

35. Kelulut House Batu Kurau

Kelulut House di Batu Kurau adalah destinasi yang wajib dikunjungi untuk mereka yang gemar makan  madu kelulut asli. 

Selain membeli madu segar, pengunjung boleh melihat sarang lebah kelulut dari dekat dan belajar tentang proses penghasilan madu.

Sumber: MARDI

Aktiviti mencuba madu segar terus dari sarangnya pasti memberikan pengalaman istimewa untuk anda. 

Lokasi ini adalah pilihan terbaik untuk pengunjung yang mencari pengalaman edukatif sambil menikmati manfaat madu kelulut.

Penutup

Sama ada anda bercuti bersama keluarga, rakan, atau sekadar bersantai seorang diri, Taiping sememangnya destinasi yang tidak akan mengecewakan. Ada banyak sangat tarikan menarik dan unik untuk dinikmati serta dirasai di Taiping ini.

Jangan lupa masukkan tempat-tempat menarik di Taiping yang disenaraikan di atas ke dalam senarai percutian anda yang seterusnya okay!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut