Bagi penumpang bas yang turun atau naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), maka jangan lupa untuk menggunakan aplikasi TBS Online.
Dengan kemudahan secara dalam talian ini, segala urusan pembelian tiket bas boleh dilakukan dengan sangat mudah melalui peranti mudah alih anda!
Maka, anda tidak perlu lagi memandu jauh ke Terminal Bersepadu Selatan semata-mata untuk membeli tiket anda.
Setiap pembelian tiket secara online ini akan didatangkan dengan kod QR yang anda boleh scan untuk memasuki platform bas anda.
Kemudahan Semak Jadual Perjalanan & Beli Tiket Bas Dengan TBS Online
Melalui kemudahan TBS Online ini, penumpang bas boleh membeli tiket melalui salah satu kaedah berikut:
- Laman web eTicketing
- Aplikasi mudah alih TBS-BTS
Artikel menarik: Ujian Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing – Bajet 2023
Cara Pembelian Tiket Bas Melalui Web eTicketing
Untuk membeli tiket melalui laman web TBS Online, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web eTicketing_TBS di alamat https://eticketing.tbsbts.com.my/
- Klik “Sign Up” di bawah borang log masuk
- Pengguna pertama dikehendaki mendaftarkan akaun bagi memudahkan anda melihat dan menyimpan segala transaksi pembelian tiket
- Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk
- Pilih tarikh perjalanan
- Pilih lokasi perlepasan
- Pilih destinasi
- Pilih bilangan penumpang
- Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik)
- Pilih tempat duduk
- Lakukan bayaran secara dalam talian
Artikel menarik: Bas Muafakat Johor: Khidmat Bas Percuma Untuk Orang Johor
Secara alternatifnya, anda boleh membeli tiket bas dari TBS_Online melalui aplikasi TBS-BTS.
Anda boleh memuat turun aplikasi TBS-BTS secara percuma melalui pautan di bawah:
- Google Play (Bagi pengguna Android)
- App Store (Bagi pengguna iOS)
Kemudian, ikuti langkah-langah berikut:
- Daftarkan akaun anda (bagi pengguna pertama)
- Pilih tarikh perjalanan
- Pilih lokasi perlepasan
- Pilih destinasi
- Pilih bilangan penumpang
- Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik)
- Pilih tempat duduk
- Lakukan bayaran secara dalam talian
Fungsi Menarik Aplikasi TBS-BTS
Selain urusan pembelian tiket bas, aplikasi TBS_Online ini juga didatangkan dengan ciri-ciri menarik yang berikut:
- Semak status bas anda
- Sejarah pembelian
- Pas perlepasan kod QR
MAKLUMAT LANJUT
Perkhidmatan talian TBS +603-90512000 boleh dihubungi jika terdapat pertanyaan.
Sebarang laporan dan aduan boleh dihantar terus melalui e-mel ke [email protected]
Kesabaran dan kerjasama anda amatlah kami hargai. Terima kasih.