Tarikh & Jadual SPM 2024 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

jadual spm 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

INFO KPM: Jadual / Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan bermula pada 2 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025.

Persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu fasa penting bagi pelajar di Malaysia. Dengan tarikh peperiksaan SPM 2024 yang semakin hampir, mengetahui jadual penuh peperiksaan adalah langkah awal yang penting untuk pelajar dan ibu bapa bagi merancang jadual ulang kaji yang efektif.

Peperiksaan SPM 2024 akan bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 2 – 5 Disember 2024.

Bagi pelajar yang mengambil subjek Sains, perhatian khusus perlu diberikan kepada tarikh Ujian Amali Sains. Ujian ini akan diadakan pada 9, 10 dan 12 Disember 2024 untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi.

Bagi pelajar yang mengambil Sains Tambahan, ujian amali akan diadakan pada 12 Disember 2024. Pastikan anda mengulang kaji semua prosedur makmal dan konsep-konsep penting sebelum ujian ini.

Seterusnya, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula akan berlangsung dari 16 hingga 19 Disember 2024.

Satu lagi tarikh penting yang perlu diingat ialah 31 Disember 2024. Pada hari ini, Ujian Mendengar untuk kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan.

Peperiksaan bertulis SPM 2024 akan bermula pada 2 Januari 2025 dan berakhir pada 6 Februari 2025.

Berikut dikongsikan info rasmi berkaitan peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Jadual SPM 2024

Berikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk makluman semua, khususnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.

Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2024 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2024.

Tarikh rasmi peperiksaan SPM dan jadual waktu setiap subjek boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut : Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

ARAHAN AM – SPM 2024

1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.

    2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

    3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.

    4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

      Tarikh rasmi peperiksaan SPM dan jadual waktu setiap subjek boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut : Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024

      Tarikh-tarikh Penting Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia Tahun 2024 – KPM

      • Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 2 – 5 Disember 2024
      • Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi): 9, 10 dan 12 Disember 2024
      • Ujian Amali Sains Tambahan: 12 Disember 2024
      • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 16 – 19 Disember 2024
      • Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris: 31 Disember 2024
      • Peperiksaan Bertulis: 2 Januari 2025 hingga 6 Februari 2025

      Hari Tiada Peperiksaan SPM 2024:

      Berikut adalah hari-hari di antara 2 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025 yang tiada peperiksaan SPM berdasarkan jadual yang telah dikeluarkan:

      1. 6 Disember 2024 (Jumaat)
      2. 7 Disember 2024 (Sabtu)
      3. 8 Disember 2024 (Ahad)
      4. 11 Disember 2024 (Rabu)
      5. 13 Disember 2024 (Jumaat)
      6. 14 Disember 2024 (Sabtu)
      7. 15 Disember 2024 (Ahad)
      8. 20 Disember 2024 (Jumaat)
      9. 21 Disember 2024 (Sabtu)
      10. 22 Disember 2024 (Ahad)
      11. 24 Disember 2024 (Selasa)
      12. 25 Disember 2024 (Rabu) – Hari Krismas
      13. 26 Disember 2024 (Khamis)
      14. 27 Disember 2024 (Jumaat)
      15. 28 Disember 2024 (Sabtu)
      16. 29 Disember 2024 (Ahad)
      17. 30 Disember 2024 (Isnin)
      18. 1 Januari 2025 (Rabu)

      Peperiksaan Bertulis

      Peperiksaan bertulis SPM akan bermula pada 2 Januari 2025 dan berakhir pada 6 Februari 2025, dengan beberapa hari di antara tarikh tersebut juga tiada peperiksaan.

      NOTA: Pastikan untuk menyemak jadual waktu rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk sebarang perubahan atau maklumat lanjut mengenai peperiksaan.Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau portal Kementerian Pendidikan Malaysia.

        Maklumat Lanjut

        Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM), Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Laman Web Sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

        Follow eCentral di WhatsApp Channel
        Ikut