Advertisements

Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2021 (Jadual Bulanan SOCSO)

Advertisements

Bersempena dengan kedatangan Pesta Cahaya tidak lama lagi, PERKESO berbesar hati mengumumkan bayaran faedah berkala bagi bulan Oktober 2021 akan diawalkan ke 29 Oktober (Jumaat) ini.

Tarikh bayaran PERKESO 2021 telah diumumkan melalui Jadual rasmi di bawah.

Bil.BulanTarikh Bayaran FaedahHariCatatan
1Januari29 Januari 2021Jumaat1 Februari 2021 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan
2Februari1 Mac 2021Isnin
3Mac1 April 2021Khamis
4April30 April 2021Jumaat1 Mei 2021 bersamaan Hari Pekerja
5Mei11 Mei 2021Selasa13 Mei 2021 bersamaan Hari Raya Puasa
6Jun1 Julai 2021Khamis
7Julai15 Julai 2021Khamis21 Julai 2021 bersamaan Hari Raya Qurban
8Ogos1 September 2021Rabu
9September1 Oktober 2021Jumaat
10Oktober1 November 2021IsninTERKINI: Bayaran diawalkan ke 29 Oktober 2021 sempena Deepavali pada 4 November 2021
11November1 Disember 2021Rabu
12Disember21 Disember 2021Selasa25 Disember 2021 bersamaan Hari Krismas
bayaran perkeso 2021

Apakah Bayaran Faedah PERKESO 2021?

Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).

Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.

Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.

Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Baca juga: EIS PERKESO Login: Daftar & Mohon Elaun Kehilangan Pekerjaan (SIP)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

i) Skim Keilatan

Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

ii) Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

  • Kemalangan Semasa Kecemasan

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

  • Penyakit Khidmat

Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Contoh Penyakit Khidmat:

  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
  • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

Semua yang dinyatakan di atas ini layak untuk menerima bayaran PERKESO 2021.

Baca juga: PERKESO COVID 19: Cara Claim Faedah Jika Dijangkiti Di Tempat Kerja

Tentang PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Maklumat Lanjut Tentang Bayaran PERKESO 2021

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.

Leave a Comment