EIS PERKESO atau Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) merupakan sistem di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diwujudkan bagi memberi perlindungan insurans pekerjaan, perkhidmatan pekerjaan serta Maklumat Pasaran Buruh (LMI) kepada pekerja. Mohon di sini: https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my/login
Melalui portal LINDUNG KERJAYA, pengguna boleh membuat pendaftaran, login akaun serta memohon pelbagai faedah dan tuntutan yang disediakan. Berikut kami kongsikan panduan lengkap dan terperinci untuk memudahkan urusan anda.
Apa itu EIS PERKESO?
EIS PERKESO (Employment Insurance Scheme) atau Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah sebuah inisiatif oleh PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) untuk pekerja di Malaysia melalui bantuan kewangan segera dan perkhidmatan carian pekerjaan.
Program ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan kepada pekerja Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba atau dalam keadaan yang tidak disangka dengan memberikan faedah insurans pekerjaan.

Faedah yang Disediakan
Berikut adalah senarai faedah yang disediakan di bawah SIP:
1. Elaun Mencari Pekerjaan
Bantuan kewangan bagi tempoh 3 – 6 bulan pada kadar menurut daripada 80%, 50%, 40% dan 30% berdasarkan purata gaji bulanan anggapan (tertakluk kepada kelayakan).
2. Elaun Bekerja Semula Awal
Insentif kewangan bagi pemohon yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh baki Elaun Mencari Pekerjaan.
3. Elaun Pendapatan Berkurangan
Bantuan kewangan bagi pemohon yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan.
4. Elaun Latihan
Menyediakan elaun latihan pada kadar harian sebanyak RM10 – RM20 berdasarkan purata gaji bulanan anggapan.
5. Fi Latihan
Pembiayaan yuran latihan yang dibayar terus kepada penyedia latihan pada kadar maksimum sehingga RM4,000.
6. Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Aktiviti carian pekerjaan dirangka bersama Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan melalui MYFutureJobs yang menyediakan padanan pekerjaan yang bersesuaian berdasarkan pelbagai faktor termasuk pengalaman dan kemahiran pencari kerja.
Siapakah yang Layak?
- Semua pekerja sektor swasta dan pekerja domestik warganegara Malaysia / pemastautin tetap / pemastautin sementra.
- Semua pekerja berumur 18 hingga 60 tahun (kecuali pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelumnya)
- Diambil bekerja menerusi kontrak perkhidmatan (COS)
- Memenuhi kriteria kehilangan pekerjaan seperti berikut:
| Kehilangan Pekerjaan | Bukan Kehilangan Pekerjaan |
|---|---|
| – Pemberhentian kerja bisa – VSS / MSS (Skim Pemisahan Sukarela) – Penutupan tempat kerja kerana bencana alam – Penutupan perniagaan atau penutupan operasi – Pembuangan kerja secara konstruktif – Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja -Peletakan jawatan apabila | – Penamatan kerja akibat salah laku pekerja – Peletakan jawatan secara sukarela – Persaraan wajib – Habisnya tempoh kontrak perkhidmatan atau penyiapan kerja atau penamatan kontrak perkhidmatan secara persetujuan bersama tanpa terma dan syarat |
Syarat-syarat untuk Memohon
Berikut adalah syarat-syarat yang melayakkan anda untuk mohon faedah dalam SIP:
- Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC) dengan minimum 12 bulan caruman dalam tempoh 24 bulan bagi permohonan yang pertama
- Bersedia untuk mengambil bahagian dalam Program Penempatan Pekerjaan Semula dan mengikut apa-apa arahan sebagaimana yang ditetapkan olej PERKESO
- Berdaftar dengan MYFutureJobs untuk membuat carian pekerjaan bagi melayakkan mendapat Faedah SIP
- Melaporkan kepada PERKESO jika telah menerima tawaran atau telah kembali bekerja secara tetap / kontrak / sambilan / sementara / perantis
Jumlah Bayaran / Faedah EIS PERKESO
Berapakah bayaran / elaun yang boleh dimohon daripada PERKESO sekiranya anda mengalami kehilangan pekerjaan?
Terdapat 3 jenis elaun berikut:
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Gantian pendapatan bagi mereka yang kehilangan pendapatan tunggalnya
- Penerima faedah yang layak akan menerima elaun untuk 3-6 bulan
- Tempoh bayaran faedah adalah berdasarkan Syarat Kelayakan Caruman
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
- Gantian pendapatan bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak kehilangan kesemua majikannya
- Dalam keadaan kehilangan kesemua pekerjaanya, pemohon layak menerima EMP dan EPB
- Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
- Dibayar secara pukal
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
- Suatu insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh EMP
- Kadar bayaran adalah sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar
- Dibayar secara pukal
Cara Tuntutan Elaun Diberhentikan Kerja EIS / SIP PERKESO
Ikuti empat (4) langkah mudah di bawah untuk menghantar permohonan anda secara dalam talian.
Langkah 1 : Pendaftaran Akaun
Daftar akaun di Portal Lindung Kerjaya menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.
Langkah 2: Lengkapkan Borang Permohonan
Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi maklumat berkaitan kehilangan pekerjaan secara lengkap, tepat dan sahih.
Langkah 3: Muat Naik Dokumen Permohonan
Muat naik dokumen berikut:
- Salinan penyata akaun bank persendirian
- Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)
- Surat atau bukti penamatan pekerjaan
- Penyata gaji bagi enam (6) bulan terakhir sebelum kehilangan pekerjaan
Langkah 4: Semak & Hantar
Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan. Status permohonan boleh disemak dengan log masuk semula ke Portal Lindung Kerjaya.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.perkeso.gov.my/lindung.html, https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my/
Atau, rujuk laman rasmi berikut:
- Laman web PERKESO
- Facebook Pertubuhan Keselamatan Sosial
- Facebook Kementerian Sumber Manusia
Soalan Lazim EIS PERKESO
Rujuk semua soalan lazim EIS PERKESO di pautan ini: https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my/faq/
Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan. SIP ini diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Kewarganegaraan: Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap atau sementara yang bekerja di sektor swasta atau domestik.
Had Umur : Pekerja berumur 18 hingga 60 tahun (kecuali individu berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum ini).
Kriteria Kehilangan Pekerjaan : Individu yang memenuhi kriteria kehilangan pekerjaan di bawah akta yang ditetapkan.
Syarat Kelayakan Caruman : Mempunyai jumlah caruman minimum yang mencukupi dalam tempoh yang ditetapkan.
Salinan Kad Pengenalan (hadapan dan belakang)
Dokumen Penamatan Kontrak Perkhidmatan
Penyata gaji bagi enam (6) bulan terakhir sebelum kehilangan pekerjaan
Salinan penyata akaun bank persendirian
Pemilik MyPR (Pemastautin Tetap) dan MyKAS (Pemastautin Sementara) layak untuk membuat permohonan di bawah LINDUNG KERJAYA.
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Elaun Latihan (EL)
Fi Latihan (FL)
Bantuan Faedah Orang Tanggungan (BFOT)
Penempatan Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya
Sekiranya semua dokumen lengkap dan kriteria dipenuhi, proses kelulusan biasanya mengambil masa 5 hingga 14 hari bekerja.
Bayaran faedah akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank persendirian pemohon yang telah didaftarkan semasa permohonan.
Peletakan jawatan secara sukarela tidak wajar dipertimbangkan sebagai kehilangan pekerjaan yang disahkan oleh Akta 800 kecuali di bawah situasi berikut:
Peletakan jawatan di bawah skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama majikan dan Orang Berinsurans (OB).
Peletakan jawatan disebabkan oleh kemungkiran terma dan syarat kontrak perkhidmatan dengan sengaja oleh majikan.
Peletakan jawatan disebabkan oleh apa-apa ugutan kepada OB atau keluarga OB atau gangguan seksual terhadap OB.
Peletakan jawatan disebabkan oleh perintah majikan untuk melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan kesihatan dan keselamatan OB.
Peletakan jawatan disebabkan oleh penutupan tempat kerja kerana bencana alam, rusuhan dan sebagainya.
Mana-mana pekerja yang berdaftar dan mencarum dengan PERKESO di bawah Akta 800 sahaja yang layak untuk membuat permohonan di bawah LINDUNG KERJAYA setelah ditamatkan perkhidmatan.
Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang rasmi LINDUNG KERJAYA (https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my).
Elaun ini menyediakan gantian pendapatan bagi individu yang kehilangan pekerjaan, di mana penerima yang layak akan menerima elaun untuk tempoh tiga hingga enam bulan. Tempoh bayaran faedah ini tertakluk kepada Syarat Kelayakan Caruman (CQC) dan pemohon diwajibkan untuk aktif mencari pekerjaan sepanjang tempoh penerimaan faedah tersebut. Tuntutan susulan hendaklah dikemukakan secara bulanan menerusi laman web rasmiLINDUNG KERJAYA (https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my)
Elaun ini merupakan insentif kewangan berupa gantian kepada baki EMP yang layak dan belum dibayar bagi OB yang telah melapor diri di tempat kerja baharu. Kadar bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak 25% daripada baki EMP yang belum dibayar dan akan dikreditkan secara pukal. Sekiranya OB telah kembali bekerja, tuntutan boleh dilakukan dengan memuatnaik salinan tawaran pekerjaan baharu menerusi laman web rasmi LINDUNG KERJAYA (lindungkerjaya.perkeso.gov.my)
EPB adalah gantian pendapatan bagi individu yang mempunyai dua atau lebih majikan tetapi kehilangan satu atau lebih pekerjaan tanpa kehilangan kesemua punca pendapatan. Walau bagaimanapun, sekiranya pemohon kehilangan kesemua pekerjaannya, mereka layak menerima kedua-dua faedah EMP dan EPB. Kadar serta tempoh bayaran bagi faedah ini adalah selaras dengan syarat EMP, namun ia akan dibayar secara pukal.
Faedah ini merupakan insentif yang dibayar pada kadar harian antara RM10 hingga RM20 berdasarkan gaji yang diterima. Bagi melayakkan diri untuk menerima bayaran ini, Orang Berinsurans (OB) diwajibkan untuk menghadiri sesi latihan yang telah ditetapkan.
Penerima EMP dan EBSA yang layak boleh dirujuk untuk mengikuti latihan kemahiran vokasional tertakluk kepada khidmat nasihat daripada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO). Kos bagi latihan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh SIP melalui Fi Latihan sehingga had maksimum RM4,000. Fi Latihan ini akan dibayar secara terus kepada Pemberi Latihan setelah tamattempoh latihan yang diberikan.
Merupakan bayaran baki faedah kepada Orang Tanggungan (OT) sekiranya Orang Berinsurans (OB) telah mati/koma/tidak sempurna akal.
Semakan kes yang telah didaftarkan boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal Sistem Insurans Pekerjaan (https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my)
Pemohon perlu segera memaklumkan kepada PERKESO dengan mengemukakan surat tawaran pekerjaan yang baharu kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan.
Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk Portal Lindung Kerjaya (https://lindungkerjaya.perkeso.gov.my)
Sebarang kes permohonan Sistem Insurans Pekerjaan (LINDUNG KERJAYA) yang ditolak, anda boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan JR1 ke alamat berikut:
Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.




