PENGUMUMAN TARIKH AKHIR POS BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2024 & WAKTU OPERASI / PENUTUPAN SEMPENA AIDILFITRI – POS MALAYSIA
Tentunya menjelang Hari Raya kali ini, lebih ramai yang suka membeli barang persiapan dan pelbagai keperluan untuk Hari Raya Aidiladha secara online.
Menjelang Hari Raya, peniaga juga bertungkus-lumus menyiapkan tempahan dan barangan yang dibeli oleh pelanggan.
Namun, perlu diingat bahawa terdapat tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh Akhir Pos Barang Yang Disyorkan Untuk Memastikan Barang Tiba Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2024
Notis Tarikh Akhir Penghantaran Sebelum Hari Raya dan Penutupan Operasi Sempena Cuti Aidilfitri POS Malaysia Berhad telah dikemas kini!
Untuk makluman, bungkusan yang dipos dari dalam Semenanjung Malaysia ke bandar utama di dalam Semenanjung Malaysia boleh dihantar selewat-lewatnya pada 6 April 2024 (Sabtu).
Bagi bungkusan Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke bandar-bandar utama dalam Sabah & Sarawak boleh dibuat sehingga 5 April 2024 (Jumaat).
Bagi bungkusan dari Semenanjung Malaysia ke lokasi-lokasi lain, tarikh akhir penghantaran adalah pada 4 April 2024 (Khamis), manakala dari Sabah & Sarawak ke lokasi-lokasi lain, tarikh akhir adalah pada 3 April 2024 (Rabu).
SILA RUJUK JADUAL DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI TARIKH AKHIR BAGI PENGHANTARAN POS SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2024 DAN PENUTUPAN OPERASI AIDILFITRI POS MALAYSIA
Sementara itu, waktu operasi bagi Pos Malaysia semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah seperti dalam jadual di bawah:
Rancanglah tarikh penghantaran barangan dan urusan anda agar selamat sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Selain maklumat daripada POS Malaysia Berhad ini, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi syarikat kurier lain melalui media sosial mereka, iaitu seperti pautan yang berikut:
- Ninjavan : https://www.facebook.com/ninjavanmalaysia/
- J&T : https://www.facebook.com/jntexpressmalaysia
- Poslaju / Pos Malaysia Berhad : https://www.facebook.com/posmalaysia
TARIKH AKHIR POS BARANG BAGI SYARIKAT KURIER LAIN DI MALAYSIA
Berikut adalah senarai penuh cut-off date bagi syarikat kurier J&T, NinjaVan, DHL, CityLink dan Shopee Express.
NOTA: J&T masih dibuka untuk penghantaran pada Hari Raya Aidilfitri
Baca juga:
- Shopee Express Malaysia: Check Tracking No & Harga Penghantaran
- Senarai Harga Postage J&T Terkini Dan Semakan No Tracking
- Cara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat
Semoga notis yang dipaparkan ini dapat membantu pembeli dan termasuklah para peniaga untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk membuat pengeposan barang dengan tepat.
Jadi, jangan tunggu saat akhir ya.
Hantar bungkusan anda segera sebelum tarikh yang dinyatakan ok!