Tanda Depression, Ujian & Cara Mengatasi Kemurungan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tanda Depression & Cara Mengatasi Kemurungan

Depression atau kemurungan merupakan gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang berasa sedih yang berpanjangan, ketiadaan tenaga, cepat marah, keletihan dan hilang minat dalam aktiviti harian.

Ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina mahupun bangsa.

Ditambah pula dengan keadaan hidup masa kini yang padat dengan cabaran dari segi ekonomi, sosial dan tekanan hidup, masalah depression bukanlah sesuatu perkara yang baharu.

Masalah kemurungan juga mungkin sering disalah anggap oleh masyarakat sehingga ada yang berpendapat ia tidak boleh dirawat, sesuatu yang memalukan dan menjadi petunjuk seorang mempunyai karakter yang lemah.

Hakikatnya, ia adalah satu penyakit mental yang perlu diberi perhatian serius.

Sekiranya tidak ditangani, ia boleh berlarutan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

tanda depression

Punca Depression

Terdapat beberapa faktor atau punca yang boleh menyumbang kepada depression atau kemurungan antaranya :

  • Perubahan atau keseimbangan kimia dalam otak iaitu neurotransmitter serotonin dan neropinephine.
  • Seseorang dalam keluarga pernah menghidapinya.
  • Persitiwa hidup atau kekurangan sokongan sosial daripada keluarga.
  • Sesetengah jenis ubat darah tinggi boleh mencetuskan kemurungan, namun ia boleh beransur hilang apabila ubat tersebut diberhentikan.
  • Penyakit-penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidism,
  • Corak pemikiran yang boleh mempengaruhi persepsi seseorang terhadap diri sendiri, persekitaran dan kehidupan secara menyeluruh.
  • Stressor atau punca stres yang berbeza-beza mengikut individu.  
  • Penyalahgunaan dadah atau ketagihan arak.
  • Kehilangan orang tersayang
  • Baru melahirkan anak.

Tanda Depression dan Gejala Kemurungan Kemurungan Yang Anda Perlu Tahu

Seseorang yang mengalami depression mungkin akan menunjukkan beberapa tanda seperti berikut :

  • Rasa kosong atau kesedihan yang berpanjangan.
  • Hilang rasa minat terhadap aktiviti atau hobi yang digemari
  • Tidak bertenaga dan mudah rasa letih
  • Rasa mudah putus asa
  • Sering rasa bersalah
  • Selalu rasa diri tak berguna dan terlintas di fikiran ‘lebih baik mati’. Ini mungkin disertai dengan percubaan bunuh diri.
  • Alami gangguan tidur (tidur berlebihan atau bangun terlalu awal)
  • Hilang selera makan dan berat badan makin susut
  • Hati rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Sukar untuk tumpukan perhatian dan sering lupa
  • Susah untuk membuat keputusan
  • Alami beberapa simptom fisiologi seperti sakit badan, gangguan penghadaman dan sering sakit kepala.
  • Nafsu seksual berkurang.
  • Mudah cemas atau fobia
tanda depression

Ujian MyMinda

Bermula 22 Oktober 2023 lalu, Aplikasi MySejahtera telah dimasukkan aplikasi MyMinda. Ia aplikasi untuk mengukur tahap depresi dan kebimbangan.

MyMinda adalah satu komponen baharu dalam aplikasi MySejahtera yang terdiri daripada saringan minda sihat, sumber psiko pendidikan dan akses kepada talian bantuan psikososial.

Instrumen yang digunakan adalah PHQ9 & GAD7.

Saringan adalah percuma dan dapat dilakukan dengan mudah secara kendiri.

Hasil saringan ini nanti akan sampai ke Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, KKM dan akan dikendalikan Kaunselor / Pegawai Psikologi terlatih di sana.

tanda depression
tanda depression

Sebarkan info ini buat semua dan semoga ia dapat membantu banyak orang membuat analisa dan lebih peka terhadap masalah kemurungan yang dialami.

Cara Mengatasi Kemurungan

Meskipun sesetengah pesakit mungkin merasakan tiada harapan untuk kembali kepada kehidupan asal, sebenarnya terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini antaranya :

  • Patuh kepada pengambilan ubat yang telah diberikan oleh doktor dan ikuti rawatan susulan mengikut saranan pakar. Lebih daripada 80% pesakit dapat sembuh sepenuhnya menerusi sesi rawatan yang teratur dan insentif.
    • Jenis-jenis rawatan yang boleh disarankan kepada pesakit kemurungan adalah penggunaan ubat ‘anti-depressant’, terapi elektrokonvulsif (ECT), psikoterapi dan kaunseling.
  • Sentiasa bersikap positif dan bertenang.
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Sertai aktiviti yang membuat kita rasa gembira seperti bersenam, menonton wayang atau sertai aktiviti sosial atau keagamaan.
  • Urus rutin harian dengan melakukan jadual dan cuba sebaik mungkin untuk patuhi. Rancang dan beri keutamaan kepada tugas yang penting terlebih dahulu.
tanda depression

Sekiranya anda rasa terbeban dengan rutin harian dan menunjukkan banyak gejala kemurungan, percayalah bahawa anda tidak sendirian.

Jangan tunggu sehingga terlambat. Sekiranya anda malu untuk berkongsikan masalah kemurungan kepada rakan atau keluarga, anda boleh rujuk kepada doktor.

Dapatkan nasihat serta diagnosa yang tepat supaya anda mampu tanganinya dengan baik.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut