Takrifan Semula Pengkelasan Isi Rumah 2025 – Pendapat Pakar

takrifan semula pengkelasan isi rumah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Baru-baru ini, isu takrifan semula pengkelasan isi rumah menjadi topik hangat perbincangan. Ramai mula mempersoalkan ketepatan kategori B40, M40, dan T20 yang digunakan selama ini.

Adakah ia benar-benar mencerminkan realiti ekonomi rakyat? Kajian terkini dan pandangan pakar mencadangkan keperluan untuk menilai semula model ini agar lebih selari dengan keadaan semasa, terutamanya kos sara hidup yang berbeza mengikut lokasi dan situasi.

Dari isu kos sara hidup hingga corak perbelanjaan isi rumah, pelbagai faktor kini menjadi tumpuan dalam usaha mentakrif semula stratifikasi ekonomi. Jadi, apakah pandangan pakar mengenai langkah ini, dan bagaimana ia mampu mengubah landskap dasar ekonomi negara?

Mari kita telusuri.

Baca juga:

FOMCA Cadang Pengkelasan B40, M40, T20 Ikut Pendapatan Bersih

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan agar pengkelasan isi rumah B40, M40, dan T20 dikaji semula kerana ia hanya berdasarkan pendapatan kasar tanpa mengambil kira kos hidup, lokasi, dan tanggungan.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Dr. T Saravanan, menyarankan pendekatan berdasarkan pendapatan bersih selepas ditolak perbelanjaan asas seperti perumahan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan.

“Sebagai contoh, program bersasar seperti Kalkulator Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar (MyPAKW) yang menggunakan data menyasarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, membuktikan pendekatan lebih terperinci dan tersasar adalah lebih efektif.

“Pendekatan ini juga perlu mempertimbangkan kos sara hidup berbeza mengikut lokasi. Contohnya, sistem seperti myPAKW dapat dijadikan rujukan yang mana data isi rumah dikumpulkan dan dianalisis secara terperinci untuk menyalurkan bantuan mengikut keperluan sebenar berdasarkan lokaliti.

Beliau mencadangkan penggunaan sistem seperti MyPAKW dan PADU untuk memastikan pengagihan bantuan lebih adil dan relevan dengan realiti ekonomi semasa, termasuk kos sara hidup mengikuti lokaliti.

“Dengan pelaksanaan sistem PADU, pengkelasan isi rumah boleh disesuaikan mengikut realiti ekonomi dan keperluan setempat, memberikan hasil lebih logik dan adil.”

Kredit: Berita Harian

Kajian KRI: Pengkelasan B40, M40, T20 Tidak Lagi Relevan?

Dalam masa yag sama, Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) juga mendapati pengkelasan B40, M40, dan T20 tidak lagi mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia.

“Analisis kami menunjukkan bahawa pengkelasan semasa tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia. Penemuan ini menimbulkan persoalan penting mengenai ketepatan klasifikasi B40, M40, dan T20 yang digunakan oleh kerajaan Malaysia.

Penemuan ini mencabar ketepatan pengelasan semasa dan mencadangkan pembahagian dengan mengelompokkan isi rumah kepada B20 (20% terbawah), M50 (50% pertengahan), dan T30 (30% teratas) berdasarkan corak perbelanjaan sebenar.

Kajian ini menunjukkan M50 masih berdepan cabaran ekonomi dan menyeru pengelasan semasa disemak untuk mencerminkan keadaan semasa dengan lebih tepat.

Kredit: Astro AWANI

Kesimpulannya, perbincangan tentang takrifan semula pengkelasan isi rumah membuka peluang untuk memahami dengan lebih mendalam realiti ekonomi rakyat Malaysia.

Pendekatan baharu yang mengambil kira pendapatan bersih dan corak perbelanjaan sebenar mampu memastikan dasar ekonomi lebih adil dan relevan. Dengan input daripada pakar dan data terkini, langkah ini diharap dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan, sambil memacu pembangunan yang lebih inklusif

Sumber rujukan:

  1. Astro Awani
  2. Berita Harian
  3. Buletin TV3
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut