Surah Ar-Rahman: Bacaan, Terjemahan & Ringkasan Intipati

Surah Ar-Rahman: Terjemahan, Ringkasan Intipati & Fadhilat Membacanya 

Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 di dalam Al-Quran. Surah ini mengandungi 78 ayat, 387 perkataan dan 1589 huruf. Ia merupakan surah Makkiyah kerana diturunkan di Makkah. 

Berikut dikongsikan ringkasan intipati Surah Ar-Rahman, bacaan & terjemahannya serta beberapa kelebihan membaca surah ini. 

BACA JUGA: Surah Al Waqi’ah: Panduan Bacaan Rumi Beserta Makna

Surah Ar-Rahman

Ar-Rahman adalah merupakan salah satu sifat Allah yang bermaksud Maha Pemurah. Tidak terhitung berapa banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada hamba-hambanya dengan sifatnya Maha PemurahNya. 

Secara umumnya, surah ar-Rahman ini mengingatkan sekalian manusia agar sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah.

Terdapat satu ayat dalam teks ini yang diulang beberapa kali menunjukkan bahawa tiada nikmat Allah yang dapat didustakan. 

Ayat tersebut ialah; “Fabi ayyi aalaaa’i Rabbikumaa tukazzibaan” yang bermaksud “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan”.

Ringkasan Intipati Surah Ar-Rahman

Berikut adalah antara intisari penting yang ingin disampaikan dalam surah Rahman:

  • Menggambarkan kekuasaan Allah Taala yang mencipta seluruh alam, dan yang mengurniakan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung kepada sekalian makhluk Nya.
  • Mengingatkan kepada kita sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.
  • Mengingatkan kepada kita agar tidak kufur nikmat. 
  • Tidak ada siapapun yang akan dapat melepaskan diri dari kekuasaanNya.
  • Segala yang ada di muka bumi ini akan binasa dan yang akan kekal hanya Dzat Tuhanmu 
  • Menegaskan kesucian nama Allah, Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Bacaan & Terjemahan

Bacaan MP3 (Audio):


Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

A002

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

A003

Dia lah yang telah menciptakan manusia; –

A004

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

A005

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

A006

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

A007

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

A008

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

A009

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

A010

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

A011

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

A012

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

A013

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

A014

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

A015

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

A016

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A017

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

A018

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A019

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

A020

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

A021

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A022

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

A023

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A024

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

A025

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A026

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

A027

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

A028

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A029

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

Surah Ar-Rahman

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

A032

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Surah Ar-Rahman

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

A034

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A035 Surah Ar-Rahman

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

A036 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A037 Surah Ar-Rahman

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

A038

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A039

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

A040

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A041 Surah Ar-Rahman

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

A042 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A043

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.

A044 Surah Ar-Rahman

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

A045

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A046

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, –

A047 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A048

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; –

A049 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A050

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; –

A051

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

A052 Surah Ar-Rahman

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

A053

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A054 Surah Ar-Rahman

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

A055

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A056 Surah Ar-Rahman

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

A057

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A058

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

A059 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A060

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?

A061

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A062

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

A063 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A064

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

A065

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A066

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

A067 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A068

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

A069

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A070 Surah Ar-Rahman

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

A071

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A072 Surah Ar-Rahman

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

A073 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A074

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

A075 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A076 Surah Ar-Rahman

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

A077 Surah Ar-Rahman

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

A078

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Rujukan: https://www.surah.my/55 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!