Senarai 8 Sunblock Terbaik di Malaysia Tahun 2024

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Masih lagi mencari sunblock muka terbaik tahun 2024?

Ayuh lindungilah kulit anda dari sinaran UV!

Cuaca di Malaysia memang kadang-kadang panas terik, kan? Jadi, tak hairanlah kalau ramai daripada kita sentiasa mencari sunblock yang boleh jadi penyelamat kulit dari sinaran matahari. 

Jangan risau, sebab hari ini kita akan bahas tentang sunblock terbaik di Malaysia yang bakal jadi penyelamat kulit kita dari sinaran UV yang berbahaya.

Dalam artikel ni, kami akan kongsikan beberapa sunblock yang bukan saja memberikan perlindungan maksimum, tapi juga selesa! Nak kulit cantik, kena jaga dari awal, betul tak? Jadi, teruskan bacaan anda untuk temui sunblock yang paling sesuai untuk rutin harian anda. 

3W CLINIC Intensive UV Sunblock

Sunblock yang paling bagus

Pros 

  • Mengekalkan kelembapan
  • Mempunyai estrak Aloe Vera. Red Ginseng  dan akar Mulberry
  • Tekstur yang ringan
  • Bau yang segar

Sunblock dari 3W Clinic ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan boleh juga digunakan sebelum anda bersolek! 

Malah, sunblock ini berkesan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB oleh kerana ia dilengkapi dengan SPF 50 PA+++ yang tinggi. 

Sunblock ini juga mempunyai ekstrak aloe vera yang melegakan kerengsaan kulit dan menjadikan wajah anda tampak sihat. 

Baca juga: Senarai Serum Muka Terbaik di Malaysia tahun 2024

Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel

Sunblock untuk mencerahkan kulit

Pros

  • Melembap dan mencerahkan
  • Cepat meresap
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB

Adakah inginkan sunblock yang boleh mencerahkan kulit? Jika begitu, kami syorkan anda dengan produk dari Sunplay Skin Aqua ini! 

Teksturnya diperbuat dari gel dan cepat meresap serta tidak melekit. Tambahan, ia juga boleh melembapkan kulit dari dehidrasi dek panas matahari. Rumusan estrak Cocoa Seed boleh melindungi kulit anda dari radiasi sinaran biru yang berbahaya. 

Harganya juga tidaklah terlalu mahal, jadi sesuai digunakan untuk kegunaan harian.

Cerave Hydrating Mineral Sunscreen SPF 50

Sunblock untuk kulit kering

Pros

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengandungi Niacinamide
  • Tekstur yang ringan
  • Mempunyai 3 jenis Ceramides

Cons

  • Harga yang mahal

Cerave Hydrating Mineral Sunscreen SPF 50 ini mengandungi bahan utama untuk melindungi dari sinaran UVA dan UVB iaitu, zink oksida dan titanium oksida. 

Sunblock ini juga sesuai untuk kulit sensitif kerana ia tidak memberikan iritasi pada kulit. Selain itu, formulanya mengandungi tiga Ceramide penting untuk membantu memulihkan dan memberikan penghidratan berpanjangan. Maka, anda boleh cuba menggunakan sunblock ini jika anda mengalami masalah kulit kering atau sensitif!

NIVEA Sun Triple Protect Acne Oil Control SPF50

Sunblock untuk kulit berminyak

Pros

  • Penyerapan yang cepat
  • Tidak menyumbat lubang pori-pori
  • Mengawal minyak berlebihan
  • Memberikan kesan matte sehingga 8 jam

Anda mengalami masalah kulit berminyak tetapi ingin memakai pelindung matahari? Jangan risau lagi kerana NIVEA Sun Triple Protect Acne Oil Control SPF50 dapat membantu masalah anda! 

Teksturnya yang sangat ringan memastikan penyerapan pantas agar kulit anda berasa selesa. Dengan teknologi perlindungan 3 kali ganda, pelindung matahari ini berkesan melindungi kulit anda daripada sinaran biru, UVA, UVB dan pencemaran udara. 

Malah, kandungan garam Himalaya yang terdapat dalam sunblock ini menghalang dari lubang pori-pori yang tersumbat dan mengelakkan pertumbuhan jerawat. Oleh kerana ia mampu mengawal minyak, jadi kulit akan tampak matte sehingga 8 jam!

3W Clinic Intensive Aloe Sunblock Cream

Sunblock untuk kulit jerawat

Pros

  • Tidak berminyak
  • Boleh dijadikan sebagai makeup base
  • Mengurangkan jerawat
  • Memberikan kelembapan

Cons

  • Mengandungi pewangi tambahan

Sunblock 3W Clinic Intensive Aloe ini boleh mengurangkan jerawat dan kedutan kerana ia dirumuskan dengan ekstrak Aronia Melanocarpa. 

Tambahan lagi, ia juga boleh mengekalkan kelembapan yang maksima. Yang paling penting, sunblock ini tidak meninggalkan kesan white cast

Jadi, pelindung matahari ini amat disyorkan buat mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat atau berminyak.

Neutrogena Sheer Zinc SPF 50

Sunblock untuk kulit sensitif

Pros

  • Bebas pewangi
  • Tiada paraben, phthalates, pewarna tiruan
  • Mengandungi bahan aktif mineral 

Anda suka melakukan aktiviti outdoor tetapi mengalami masalah kulit yang sensitif? Jom cuba produk dari Neutrogena ni! Pelindung matahari ini sangat ringan dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merengsakan kulit seperti paraben dan pewangi.

Selain itu, ia memberikan perlindungan UVA 2x ganda lebih baik berbanding dengan jenama sunblock mineral yang lain. 

Caranya mudah sahaja, pastikan anda sapukan di kulit anda sebelum melakukan aktivit lasak seperti berbasikal atau mendaki. 

Banana Boat Sport Ultra Sunscreen Lotion

Sunblock untuk kalis air/peluh

Pros

  • Tahan air dan peluh sehingga 80 minit
  • Tiada pewangi tambahan
  • Disyorkan oleh Yayasan Kanser Kulit 

Banana Boat Sport Ultra ialah pelindung matahari berprestasi tinggi yang direka khusus untuk peminat sukan dan individu aktif yang mahukan perlindungan yang kekal semasa mereka bermain.

Formulanya sangat ringan agar kulit anda dapat bernafas, maka, menjadikan ia sesuai untuk aktiviti luar dan lasak. Yang penting sekali, perlindungan UVA dan UVB oleh produk ini telah terbukti secara klinikal!

Kids Continuous Protection Sensitive Skin Sunscreen Lotion with SPF 50

Sunblock untuk kanak-kanak

Pros

  • Tidak merengsakan kulit
  • Hipoalergenik
  • Sesuai digunakan untuk muka dan badan 
  • Mengandungi 100% zink oksida dan oat

Formula yang terdapat dalam sunblock ini dirumus khas untuk kulit kanak-kanak. Ia mengandungi 100% zink oksida aktif dan oat, kedua-duanya kalis peluh dan kalis air sehingga 80 minit!

Seterusnya, sunblock ini tidak berminyak, hipoalergenik dan bebas paraben, phtallate serta pewangi. Tambahan lagi, ia boleh disapukan pada muka dan badan! Menarik bukan?

Gunakan pelindung matahari dengan zink oksida ini pada anak-anak anda setiap hari semasa aktiviti luar bersama keluarga untuk membantu mengelakkan selaran matahari.

FAQ Sunblock Muka Terbaik

Apakah perbezaan antara sunscreen dan sunblock?

Sunscreen dan sunblock adalah dua jenis perlindungan dari sinaran UV, tetapi perbezaannya terletak pada cara kerja dan bahan yang digunakan. Sunscreen meresap ke dalam kulit dan merubah sinaran UV menjadi haba, manakala sunblock membentuk lapisan fizikal di atas kulit untuk menghalang sinaran UV.

Adakah terdapat perbezaan dalam bahan yang digunakan untuk sunscreen dan sunblock?

Ya, terdapat perbezaan. Sunscreen biasanya mengandungi bahan-bahan kimia seperti avobenzone atau octocrylene, manakala sunblock mengandungi bahan fizikal seperti titanium dioksida atau zinc oksida.

Perlukah saya menggunakan sunscreen atau sunblock?

Pilihan antara sunscreen dan sunblock bergantung kepada keperluan kulit anda. Jika anda ingin perlindungan yang ringan dan mudah meresap, sunscreen mungkin lebih sesuai. Namun, jika anda mempunyai kulit sensitif atau mencari perlindungan fizikal yang lebih tinggi, sunblock boleh menjadi pilihan yang lebih baik.

Berapa kerap saya perlu menggunakannya?

Disyorkan untuk menggunakannya setiap hari, terutamanya jika anda terdedah kepada matahari secara berterusan. Anda perlu membaca arahan penggunaan pada produk tersebut dan sentiasa reapply selepas melakukan aktiviti di luar.

Dengan memahami perbezaan antara sunscreen dan sunblock, anda dapat membuat pilihan yang lebih baik untuk perlindungan kulit yang sesuai dengan keperluan anda. Ingatlah untuk sentiasa mengamalkan penggunaan pelindung matahari untuk menjaga kesihatan kulit anda dari kerosakan akibat sinaran UV.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut