Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia atau SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.
Program digerakkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai unik.
Baca juga: Pakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40
Perdana Menteri berkata, pelajar bukan sahaja dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama dan diberikan mentoring sehingga mereka berjaya mendapat pekerjaan.
“Menjadi harapan saya supaya dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian.
“Kejayaan mereka ini nanti bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.
“Justeru, saya mengambil kesempatan ini mengajak dan menyeru badan-badan korporat di luar sana untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program ini,” katanya.
Baca juga: Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam, IPTS Terpilih / Politeknik
Apakah Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia ?
Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) bertujuan membantu pelajar B40 dengan membantu memberikan pendidikan yang baik agar dapat keluar dari kitaran B40 seterusnya mengubah nasib keluarga mereka.
Lebih tepat lagi, SULUNG akan memfokuskan terhadap usaha untuk membantu pelajar B40 yang ahli keluarga mereka belum ada seorang pun yang pernah menjejakkan kaki ke menara gading.
Ia merupakan inisiatif oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Jenis Bantuan Yang Disediakan
- Tawaran Biasiswa Suung
- Asrama
- Program mentoring sehingga mendapat pekerjaan
Cara Permohonan & Kelayakan
KPT memainkan peranan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang fokus membantu pelajar B40.
Untuk maklumat lanjut tentang program bantuan ini, sila rujuk dengan pihak pengurusan IPT masing-masing.
Sumber: BERNAMA TV, https://www.bharian.com.my/