Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022 – Live / Jadual Atlet Malaysia

Selepas 13 hari Sukan Asia 2022 menutup tirai, kini tiba giliran 113 atlet ‘luar biasa’ negara bagi membuktikan kehebatan mereka apabila temasya Sukan Para Asia 2022 menyingkap tirainya secara rasmi esok.

Turun dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, hampir pasti kejutan bakal dijelmakan satu persatu atlet para negara yang akan membawa cabaran negara menerusi pembabitan dalam 14 daripada 22 sukan yang bakal dipertandingkan di bumi Hangzhou.

Saksikan siaran langsung Upacara Perasmian Pembukaan, Liputan Harian dan Upacara Perasmian Penutup Temasya Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022 secara langsung di saluran Sukan TV RTM dan TV Okey.

Ayuh tunjukkan semangat anda menyokong wira dan wirawati luar biasa negara yang sedang berjuang di Hangzhou 2022!

Berikut dikongsikan jadual acara atlet para Malaysia dan acara yang disertai oleh atlet para Malaysia dalam temasya kali ini.

Pengenalan

Sukan Para Asia dilangsungkan pada setiap empat tahun sekali khusus untuk atlet-atlet Orang Kelainan Upaya (OKU) di benua Asia. Temasya ini pada awalnya yang dikenali sebagai ‘FESPIC GAMES’ telah ditukar kepada ‘ASIAN PARA GAMES’ bermula tahun 2010 ke arah menjadikan temasya sukan ini lebih kompetetif dan berstruktur.

Setiap atlet yang akan bertanding perlu melepasi had kelayakan minima yang ditetapkan oleh Asian Paralympic Committee (APC).

Sejak sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1975, kontinjen Paralimpik Negara tidak pernah ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam temasya ini.

Pada penyertaan Kontinjen Negara di Temasya Sukan Para Asia Jakarta/Palembang 2018, Kontinjen Negara telah berjaya memperolehi 17 pingat emas, 26 perak dan 25 pingat gangsa dan merupakan pencapaian terbaik negara di luar Kuala Lumpur.

sukan para asia
Sumber: Majlis Sukan Negara
sukan para asia 2022 2023

Jadual Acara Sukan Para Asia 2022

Atlet lompat jauh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly dipilih mewakili Kontinjen Malaysia sebagai pembawa obor ke-59 pada acara Larian Obor Sukan Para Asia ke-4 Hangzhou 2022.

128 pembawa obor terlibat pada larian obor yang berlangsung di Wilayah Xiaoshan yang menjadi destinasi terakhir sebelum tiba di Stadium Olimpik Hangzhou, venue upacara pembukaan rasmi Temasya Sukan Paralimpik Asia 2022 pada 22 Oktober 2023.

Liputan Harian Atlet Para Malaysia – Malaysian In Action [ LIVE STREAMING ]

Kontinjen Malaysia in Action di Sukan Paralimpik Asia Hangzhou 2022 bagi tarikh 22 Oktober 2023 (Ahad)

Anda boleh mengikuti siaran langsung / live streaming dan liputan harian sepanjang kejohanan temasya ini melalui saluran RTM dan TV Okey :

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!