Sukan Olimpik LIVE Paris 2024 : Siaran Langsung RTM

Sukan Olimpik LIVE Paris 2024 : Team Malaysia In Action – Saksikan Siaran Langsung Aksi Atlet Negara

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal bermula tidak lama lagi. Untuk rakyat Malaysia yang tidak dapat menyaksikannya langsung di Paris, anda boleh menonton secara langsung juga melalui saluran siaran percuma dalam kualiti yang terbaik!

Baca juga:

Sukan Olimpik Paris 2024

Sukan Olimpik Paris 2024 adalah Sukan Olimpik kali ke-33 yang bakal berlangsung bermula 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024.

Malaysia akan menyertai temasya sukan ini. Menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM), mereka akan menghantar seramai 26 orang atlet dan 40 pegawai (11 kakitangan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat, 15 orang pakar teknikal dan lima orang pengurus pasukan) ke Perancis.

Antara atlet yang menjadi sandaran pingat Malaysia ialah Datuk Azizulhasni Awang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Lee Zii Jia.

Kenyataan Media Majlis Olimpik Malaysia

Tonton Sukan Olimpik LIVE Melalui RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024. Ia merupakan rangkaian televisyen PERCUMA untuk seluruh penonton di Malaysia.

Peminat sukan negara kini boleh menonton semua liputan acara Olimpik menerusi enam saluran khas yang disediakan oleh RTM.

RTM akan bersiaran 10 jam sehari bagi membawa perkembangan terus dari Paris dalam misi memburu pingat emas pertama negara.

RTM juga menyasarkan lebih 10 juta tontonan bagi memberikan sokongan kepada atlet negara.

Anda boleh saksikan rangkuman Sukan Olimpik LIVE pada saluran tersebut:

  • RTMKlik
  • Sukan TV RTM
  • Saluran TV Okey
  • MYTV111
  • MYTV110

Tonton Sukan Olimpik LIVE Melalui Astro

Astro juga dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.

Bagi anda yang melanggan Astro di rumah, anda juga boleh saksikan Sukan Olimpik LIVE 2024 secara percuma menerusi 16 saluran khas dalam HD. Enam daripada saluran tersebut boleh juga anda dapatkan melalui Astro GO.

Saluran khas dengan ulasan Bahasa Inggeris

  • Astro OLY 1 -Saluran 780
  • Astro OLY 2 – Saluran 781
  • Astro OLY 3 – Saluran 782
  • Astro OLY 4 – Saluran 783
  • Astro OLY 5 – Saluran 784
  • Astro OLY 6 – Saluran 785
  • Astro OLY 7 – Saluran 786
  • Astro OLY 8 – Saluran 787
  • Astro OLY 9 – Saluran 788
  • Astro OLY 10 – Saluran 789

Saluran khas dengan ulasan Bahasa Inggeris hanya di Astro GO dan Sooka

  • Astro OLY 11 – Saluran 790
  • Astro OLY 12 – Saluran 791
  • Astro OLY 13 – Saluran 792
  • Astro OLY 14 – Saluran 793
  • Astro OLY 15 – Saluran 794
  • Astro OLY 16 – Saluran 795

Saluran sukan tempatan dengan ulasan Bahasa Melayu

  • Astro Arena – Saluran 801
  • Astro Arena 2 – Saluran 802

Tonton Sukan Olimpik LIVE Melalui Sooka

sukan olimpik live

Bagi yang lebih selesa menonton Sukan Olimpik LIVE melalui mana-mana peranti mudah alih, anda boleh tonton melalui aplikasi Sooka.

Hanya langgan mana-mana pelan Sooka bermula dari RM13.90 untuk 16 saluran khas.

Untuk menonton acara Sukan Olimpik Paris 2024 di TV, dapatkan Sooka Premium dan nikmati tawaran web istimewa kami bermula daripada RM29.60 (hingga RM47.10 sebulan).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut: sooka.my

Tonton Sukan Olimpik LIVE Melalui NJOI

sukan olimpik live

Mana-mana pelanggan NJOI “Starter Pack” yang aktif (kecuali Pek HD), anda mempunyai akses secara percuma kepada 10 saluran khas untuk menyaksikan Sukan Olimpik Paris 2024 secara langsung.

Untuk pelanggan yang tidak melanggan “Starter Pack”, anda boleh dapatkannya bermula dari RM28.00 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut: njoi.com

Tonton Melalui UnifiTV

Platform terbesar Malaysia dalam menyediakan saluran premium dan aplikasi penstriman, Unifi TV menawarkan akses tontonan percuma TANPA HAD kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan pelanggan Unifi menerusi aplikasi Unifi TV.

Sebanyak 17 saluran HD khusus akan menyiarkan semua 32 acara sukan dan 329 acara.

sukan olimpik live
sukan olimpik live

Untuk menyaksikan Sukan Olimpik LIVE 2024, anda boleh muat turun aplikasi Unifi TV secara percuma di Android atau iOS.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut:  https://unifi.com.my/tv/promotions/paris-2024.

Unifi TV juga mengajak orang ramai untuk menyatakan sokongan kepada kontinjen Malaysia dengan hashtag #SemangatTakTerbatas di seluruh platform media sosial rasmi Unifi termasuk Facebook, Instagram, TikTok & YouTube.

Jangan ketinggalan untuk saksikan Sukan Olimpik LIVE 2024 yang bakal bermula pada 26 Julai 2024 ini!

Berikan sokongan anda dan semangat yang padu buat semua atlet kita yang sedang berjuang membawa nama negara Malaysia.

Bantu kami share artikel ini: