Sukan Olimpik Paris 2024: Tarikh, Jadual & Acara Atlet Malaysia

Kejohanan Sukan Olimpik 2024 pastinya temasya sukan yang paling ditunggu-tunggu oleh atlet-atlet daripada pelbagai cabang sukan antarabangsa.

Malah, atlet daripada Malaysia juga bakal bertanding dalam kejohanan ini sekiranya mereka telah melepasi pelbagai syarat kelayakan yang ditetapkan berdasarkan sukan masing-masing.

Sukan Olimpik dianggap sebagai pertandingan sukan terulung di dunia dengan lebih daripada 200 pasukan mewakili negara dan wilayah berdaulat mengambil bahagian.

Sukan Olimpik biasanya diadakan setiap empat tahun dan sejak 1994, telah bergantian antara Sukan Olimpik Musim Panas dan Musim Sejuk setiap dua tahun dalam tempoh empat tahun.

Setelah Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun tibalah pula giliran untuk Sukan Olimpk 2024 di Paris, Perancis.

Tarikh Kejohanan

Penganjuran Sukan Olimpik 2024 di Paris akan berlangsung dalam tempoh berikut:

Tarikh: 26 Julai 2024 – 11 Ogos 2024

Maskot Sukan Olimpik 2024

maskot sukan olimpik 2024

Nama: Phryges

Maskot yang sama juga akan digunakan untuk Sukan Paralimpik 2024.

Phryges adalah simbol yang sangat kuat untuk Republik Perancis.

Bagi orang Perancis, ia adalah objek yang sangat terkenal yang merupakan simbol kebebasan, objek yang akan mewakili maskot di seluruh dunia.

Hakikat bahawa maskot Paralimpik mempunyai kecacatan yang boleh dilihat juga menghantar mesej yang kuat: untuk menggalakkan “kebersamaan”.

Maskot Sukan Olmpik 2024 ini diumumkan dalam sidang akhbar di Paris pada 11.30 pagi CET pada 14 November oleh presiden Paris 2024 Tony Estanguet, juara beregu lelaki tenis kerusi roda Beijing 2008 Michael Jeremiasz dan Gwladys Epangue, pemenang pingat gangsa dalam taekwondo dari Beijing 2008.

Lokasi Kejohanan Sukan Olimpik 2024

Laman web rasmi bagi Sukan Olimpik 2024 adalah https://www.paris2024.org/en/

Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan di Paris, Perancis.

Terdapat sejumlah 35 lokasi pertandingan dengan empat belas tapak menganjurkan 24 sukan Olimpik yang terletak dalam jarak 10km dari perkampungan Olimpik.

Sukan yang dipertandingkan akan berlangsung di beberapa lokasi sekitar Paris seperti les Yvelines, Hauts-de-Seine, Seine-et-Marne dan Seine-Saint-Denis.

Walau bagaimanapun, Sukan Paris 2024 akan dilanjutkan ke banyak kawasan lain di Perancis, dengan kejohanan bola sepak dimainkan di enam bandar lain (Bordeaux, Nantes, Lyon, Saint-Etienne, Nice dan Marseille), pelayaran berlangsung di Marseille dan luncur air diadakan di tapak Teahupo’o di Tahiti.

Sejarah Penganjuran

Penciptaan Sukan Olimpik moden telah diilhamkan oleh Sukan Olimpik kuno zaman Yunani Purba yang diadakan di Olympia, Greece dari abad ke-8 SM hingga abad ke-4 Masihi.

Penganjuran Sukan Olimpik telah melalui banyak fasa dan penganjurannya pada zaman moden telah dihidupkan semula pada akhir abad ke-19.

Sebelum 1970-an Sukan secara rasmi terhad kepada pesaing yang berstatus amatur tetapi pada 1980-an banyak acara dibuka kepada atlet profesional.

Pada masa ini, Sukan ini terbuka kepada semua, malah atlet profesional terkemuka dalam bola keranjang dan bola sepak.

Sukan Olimpik purba turut mempertandingkan beberapa sukan yang kini menjadi sebahagian daripada program Sukan Musim Panas yang kadang-kadang telah mmpertandingkan sebanyak 32 sukan yang berbeza.

Pada tahun 1924 Sukan Musim Sejuk telah diperkenalkan untuk sukan musim sejuk.

Senarai Negara Tuan Rumah Sukan Olimpik 1896-2016

TahunBandar / Negara Tuan Rumah
I1896Athens, Greece
II1900Paris, France
III1904St Louis, USA
1906Athens, Greece
IV1908London, England, UK
V1912Stockholm, Sweden
VI1916Berlin, Germany (tidak diadakan)
VII1920Antwerp, Belgium
VIII1924Paris, France
IX1928Amsterdam, The Netherlands
X1932Los Angeles, USA
XI1936Berlin, Germany
XII1940Tokyo, Japan / Helsinki, Finland (tidak diadakan)
XIII1944London, England, UK (tidak diadakan)
XIV1948London, England, UK
XV1952Helsinki, Finland
XVI1956Melbourne, Australia
XVII1960Rome, Italy
XVIII1964Tokyo, Japan
XIX1968Mexico City, Mexico
XX1972Munich, Germany
XXI1976Montreal, Canada
XXII1980Moscow, USSR
XXIII1984Los Angeles, USA
XXIV1988Seoul, South Korea
XXV1992Barcelona, Spain
XXVI1996Atlanta, USA
XXVII2000Sydney, Australia
XXVIII2004Athens, Greece
XXIX2008Beijing, China
XXX2012London, England, UK
XXXI2016Rio, Brazil
XXXII2021Tokyo, Japan
XXXIII2024Paris, France
XXXIV2028Los Angeles, USA
XXXV2032Brisbane, Australia

Senarai atlet Malaysia

Berikut merupakan senarai atlet Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik 2024 dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan:

  • Bertrand Rhodict Lises: Terjun (Men’s 10m Platform) – Debut
  • Nur Dhabitah Sabri: Terjun (Women’s 3m Springboard)
  • Khiew Hoe Yean: Renang (Men’s 400m Freestyle) – Debut
  • Tan Ruoxin: Renang (Women’s 100m Breaststroke) – Debut
  • Nur Shazrin Mohamad Latif: Sukan Pelayaran (ILCA 6)
  • Khairulnizam Mohd Afendy: Sukan Pelayaran (ILCA 7)
  • Jonathan Wong: Menembak (10m Air Pistol)
  • Ariana Nur Dania: Memanah (Women’s Individual and Women’s Team) – Debut
  • Syaqiera Mashayikh: Memanah (Women’s Team)
  • Nurul Azreena Mohamad Fazil: Memanah (Women’s Team) – Debut
  • Nur Aisyah Mohamad Zubir: Berbasikal (Road) – Debut
  • Dato’ Azizulhasni Awang: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Muhammad Shah Firdaus Sahrom: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Nurul Izzah Izzati Mohd Asri: Berbasikal (Sprint and Keirin)
  • Mohamad Aniq Kasdan: Angkat Berat (Men’s 61kg) – Debut
  • Aaron Chia and Soh Wooi Yik: Badminton Men’s Doubles
  • Pearly Tan and Thinaah Muralitharan: Badminton Women’s Doubles – Debut
  • Chen Tang Jie and Toh Ee Wei: Badminton Mixed Doubles – Debut
  • Goh Jin Wei: Badminton Women’s Singles – Debut
  • Lee Zii Jia: Badminton Men’s Singles
  • Gavin Kyle Green: Men’s Golf (Men’s Golf)
  • Ashley Lau Jen Wen: Women’s Golf (Women’s Golf) – Debut
  • Azeem Fahmi: Men’s 100m Olahraga

Jadual Atlet Malaysia

27 JULAI 2024 (SABTU)

sukan Olimpik 2024
sukan Olimpik 2024
sukan Olimpik 2024
sukan Olimpik 2024

Berikut merupakan jadual atlet Malaysia bagi pusing awal di Sukan Olimpik 2024 mengikut masa Malaysia:

TarikhMasaSukanAcara
Peringkat
Atlet
25 Julai3:30PMMemanahWomen’s Recurve Individual
(Pusingan Awal)
Ariana Nur Dania
Nurul Azreena
Syaqiera Mashayikh
27 Julai2:30PM
3:20PM
BadmintonMixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:20PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
4:10PMMen’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
4:10PM
5:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
5:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
4:30PMMenembakMen’s 10m Air Pistol
Kelayakan
Jonathan Wong
5:00PMRenangMen’s 400m Freestyle
Heats
Khiew Hoe Yen
28 Julai1:30PMBadmintonWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
4:00PMMemanahWomen’s Team Recurve 1/8
Elimination Round
Ariana Nur Dania
Nurul Azreena
Syaqiera Mashayikh
5:00PMRenangWomen’s 100m Breast Stroke
Heats
Tan Rouxin
29 Julai1:30PMBadmintonWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
30 Julai1:30PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
31 Julai1:30PMWomen’s Single
Kumpulan
Goh Jin Wei
1:30PM
2:20PM
Men’s Doubles
Kumpulan
Aaron Chia
Soh Wooi Yik
2:30PM
3:20PM
Mixed Doubles
Kumpulan
Chen Tang Jie
Toh Ee Wei
3:10PM
4:00PM
Women’s Doubles
Kumpulan
Pearly Tan
Thinaah Muralitharan
4:00PMMen’s Single
Kumpulan
Lee Zii Jia
1 Ogos3:00PMGolfMen’s IndividualGavin Green
3 Ogos5:45PMOlahragaMen’s 100m
Kelayakan
Azeem Fahmi
4 Ogos8:00PMBasikal
Lebuhraya
Women’s Road RaceNur Aisyah
7 Ogos6:45PMBasikal
Trek
Men’s Sprint
Kelayakan
Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus
7:26PMWomen’s Keirin
Pusingan 1
Nurul zzah Izzati
3:00PMGolfWomen’s Individual
Pusingan 1
Ashley Lau
9:00PMAngkat BeratMen’s 61kgAniq Kasdan
9:00PMTerjunWomen’s 3m springboardNur Dhabitah Sabri
9 Ogos8:00PMBasikal
Trek
Women’s Sprint
Kelayakan
Nurul Izzah Izzati
4:00PMTerjunMen’s 10m platform
Preliminary
Bertrand Rhodict Lises
10 Ogos11:20PMBasikal
Trek
Men’s Keirin
First Round
Azizulhasni Awang
Muhammad Shah Firdaus

*Ambil maklum bahawa jadual di bawah adalah hanya untuk pusingan awal bagi atlet Malaysia. Untuk senarai penuh jadual Sukan Olimpik 2024, layari di sini.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: