Berita baik untuk golongan bujang, anda kini boleh membuat semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2024!
Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerim sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.
Syarat Kelayakan STR Bujang
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan :
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bayaran STR 2024 Bagi Kategori Bujang
FASA 1
Bagi Fasa 1, jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.
FASA 2
Untuk makluman, penerima STR Bujang berusia 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun berpendapatan RM2500 ke bawah akan menerima amaun sebanyak RM100 bagi Fasa 2.
Manakala bagi warga emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM5000 atau kurang akan menerima RM150.
Sila rujuk jadual di bawah:
FASA 3
Penerima STR Bujang berusia 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun berpendapatan RM2500 ke bawah akan menerima amaun sebanyak RM50 bagi Fasa 3.
FASA 4
Penerima STR Bujang berusia 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun berpendapatan RM2500 ke bawah akan menerima amaun sebanyak RM100 bagi Fasa 4.
Manakala Warga Emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima RM150.
Selain itu, bantuan tunai tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2024) akan diterima sebanyak RM100 bagi penerima Bujang bukan miskin atau miskin tegar.
Kadar Bantuan Keseluruhan STR Bujang
Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
- Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
- Warga Emas Bujang
- RM600
- Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kategori Penerima | Pendapatan | Bilangan Anak | Jumlah STR (RM) | Jumlah SARA (RM) | Jumlah Keseluruhan (RM) |
---|---|---|---|---|---|
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 0 | 1,000 | 1,200 | 2,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 1-2 | 1,500 | 1,200 | 2,700 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 3-4 | 2,000 | 1,200 | 3,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | ≥ 5 | 2,500 | 1,200 | 3,700 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 0 | 500 | 300 | 800 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 1-2 | 750 | 300 | 1,050 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 3-4 | 1,000 | 300 | 1,300 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | ≥ 5 | 1,250 | 300 | 1,550 |
Warga Emas Sebatang Kara | ≤ RM5,000 | – | 600 | 150 | 750 |
Bujang (21-59 tahun) | – | – | 350 | 150 | 500 |
Bujang OKU (19-59 tahun) | – | – | 350 | 150 | 500 |
NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Ketahui lebih lanjut cara semak status SARA 2024, jumlah kelayakan dan pengkreditan bantuan melalui MyKasih.
Tarikh Bayaran STR Bujang 2024
Penerima bantuan tunai Rahmah bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:
- Fasa 3 Mulai 29 Ogos 2024
- Fasa 4 Mulai 7 November 2024
STR Bujang 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Pembaharuan ini melibatkan dana sebanyak RM 13 biliion berbanding RM 10 bilion sebelum ini dan bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.
Rakyat berstatus bujang juga tidak terkecuali untuk menikmati peningkatan sumbangan ini.
Kadar Bayaran STR 2025 Untuk Kategori Bujang
Berdasarkan pembentangan Bajet 2025, kadar baharu yang diperuntukkan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM 600 bagi setiap individu bergantung kepada kelayakan bayaran pada permohonan yang telah diluluskan.
Di samping itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.
Cara Semakan Status / Kelayakan STR Bujang 2025
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.
Contoh status LULUS akan tertera seperti paparan di bawah:
Contoh status permohonan masih DALAM PROSES :
Cara Permohonan STR Bujang 2025
Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dibuka.
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:
Tarikh Akhir Permohonan STR Bujang 2025
Sila ambil maklum bahawa permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024.
Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 : PEMOHON YANG PERLU MEMBUAT KEMAS KINI PERMOHONAN STR
Jika permohonan anda wujud di portal STR, anda perlulah :
- kemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu sepanjang perlaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan STR 2024.
- kemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu kemas kini jika tiada sebarang perubahan maklumat.
Sekiranya permohonan anda tidak wujud di portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Maklumat Lanjut STR Bujang 2025
Infomrasi lanjut mengenai STR 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Untuk dapatkan informasi terkini, sila layari saluran berikut :
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Anda juga boleh hubungi Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM