SPGA: Sistem Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa Online (eSPGA)

SPGA adalah Sistem Semakan Potongan Angkasa dalam slip gaji.

SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).

Potongan gaji melalui Biro Angkasa kini boleh disemak dengan cepat. Tak perlu lagi melalui e-mel.

Boleh semak ketepatan dan pecahan potongan setiap bulan dan juga sejarah potongan terkebelakang.

Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan potongan gaji, mana tahu kalau-kalau ada potongan Koperasi yang sepatutnya boleh ditamatkan.

Jika ada, maka langkah seterusnya anda boleh berhubung dengan pihak Koperasi untuk hentikan potongan atau mohon refund semua potongan.

spga

Apakah SPGA?

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA).

Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.

Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan.

Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.

SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).

Baca juga: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Angkatan Tentera

Koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru atau meminda / menghentikan tuntutan semasa.

Pengguna SPGA perlu ada perkakasan “MYKAD Reader” untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti pengguna sistem.

Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya “SPeKAR” menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan juga kes litigasi atau saman mahkamah.

Maklumat kredit yang lengkap dapat membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit seseorang pemohon kredit (individu).

5 Cara Membuat Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa

Untuk membuat semakan potongan gaji, anda boleh menggunakan 5 kaedah berikut:

  1. Melalui e-mel:
  2. Melalui surat:
    • Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan
      Wisma Ungku A.Aziz
      Jalan SS 6/1, Peti Surat 8797
      Pejabat Pos Kelana Jaya
      46798 Petaling Jaya, Selangor
  3. Melalui kiosk
    • *Sila rujuk senarai kiosk Angkasa dan cara membuat semakan di bawah.
  4. Melalui telefon: 03-7802 2400
  5. TERKINI: Secara online melalui laman web SISTEM e-SEMAKAN SPGA (rujuk cara semakan di bawah).

Cara Semakan SPGA Online

SISTEM e-SEMAKAN SPGA

Klik link di bawah dan daftar keahlian https://www.sola.my/…/pages/espga_semakanDS/spga_SLGN.aspx

Untuk Pendaftaran dan Log Masuk

  1. Tab Daftar Keahlian
  2. Masukkan NOKP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera : T-Tentera Biasa, F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat)
  3. Tekan butang Semak Status Keahlian
  4. Masukkan nombor telefon bimbit
  5. Masukkan nama ibu
  6. Tekan butang Daftar
  7. Kata Laluan dihantar ke telefon bimbit
  8. Tab Log Masuk
  9. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkan
  10. Masukkan Kata Laluan
  11. Tekan butang Log Masuk
  12. Pilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semak
  13. Tekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinci
  14. Tekan butang Cetak untuk cetak atau simpan laporan
  15. Tekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem

Untuk Tukar Kata Laluan

1. Tab Log Masuk
2. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera
3. Tekan butang Lupa/Tukar Kata Laluan
4. Masukkan Nama Ibu
5. Masukkan Kata Laluan Baru
6. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru
7. Tekan butang Tukar Kata Laluan

*Contoh maklumat semakan Potongan Gaji Angkasa akan dipaparkan seperti di bawah:

spga

Semakan Penyata Potongan Bulanan Melalui Kiosk SPGA

Bagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013.

Melalui perkhidmatan kiosk ini, semua anggota koperasi boleh mendapatkan penyata potongan bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (BPKP) secara layan diri.

Anggota koperasi (pelanggan) hanya perlu memasukkan kad pengenalan (MYKAD) yang dilengkapi dengan cip maklumat peribadi dan perlu disahkan dengan cap jari.

Perkhidmatan ini diberi secara PERCUMA sebagai usaha berterusan ANGKASA memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga koperasi seluruh Malaysia.

Berikut adalah lokasi kiosk SPGA di seluruh negara:-

Bil.LokasiBil.Lokasi 
1. ANGKASA,Wisma Ungku A. Aziz,Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,46798 Petaling Jaya, Selangor 13.Bank RakyatCawangan Indera Mahkota,No B 56 & B 58,Persiaran Sultan Abu Bakar,Bandar Indera Mahkota,25200, Kuantan Pahang.
2.Kompleks Kementerian Kewangan,Aras 2, Presint 2,62590 Putrajaya. 14. Bank RakyatCawangan Simpang Tiga,No 9 & 10, Block 16, KCLD,Jalan Tun Jugah,93350, Kuching, Sarawak.
3.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kedah,No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota,05000 Alor Star, Kedah. 15.Bank RakyatCawangan Kota Kinabalu,Lot 20 & 21 Blok B, Harbour City,Jalan Pantai Baru, Sembulan,88000 Kota Kinabalu, Sabah.
4.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Johor,No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak,Susur 6, Taman Suria Muafakat,80200 Johor Baru, Johor. 16.Bangunan Persekutuan PerlisTingkat Bawah, Persiaran Jubli Emas01000 Kangar,Perlis
5.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kelantan,Lot 321, Seksyen 12,Jalan Pengkalan Chepa,15400 Kota Baharu, Kelantan. 17.Wisma Persekutuan Mua’dzam Shah Negeri KedahAnak Bukit, 06550 Alor Setar,Kedah
6.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perak,No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2,Medan Meru Bestari (Zon 5),Bandar Meru Raya,30020 Ipoh, Perak. 18.Bangunan Persekutuan Pulau PinangAras 3, Jalan Anson10400 Pulau Pinang
7.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sembilan,No.21, Tingkat 1, Jalan PPP2,Pusat Perdagangan Paroi,Off Jalan Kuala Pilah,70400 Seremban, Negeri Sembilan. 19.Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri Selangor,Bangunan Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah,40500 Shah Alam, Selangor.
8.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Melaka,No. 48-1, Jalan KF 4,Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh,Melaka. 20.Hospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil75400 Melaka
9.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Pahang Zon 1,B-268, Tingkat 1,Jalan Darat Makbar,25000 Kuantan, Pahang. 21.Bangunan Gunasama Persekutuan Batu PahatJalan Bakau Condong83000 Batu Pahat, Johor** Dalam proses pemindahan ke Pejabat  Perhubungan ANGKASA Johor (Muar)
10.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Terengganu,Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1,(Blok C) Dataran Emas,Jalan Sultan Sulaiman,20200 Kuala Terengganu,Terengganu. 22.Hospital Universiti Sains MalaysiaKubang Kerian,16150 Kota BharuKelantan
 11. Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sabah,Lot 13, Lorong Grace Square 1,Jalan Pantai Sembulan,88582 Kota Kinabalu, Sabah. 23.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perlis,No 17 & 18, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah,Kangar, Perlis.
 12.Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sarawak,Aras Bawah, Lot 433 S.L2Seksyen 65, KTLD93050 Jalan MatangKuching Sarawak 24.Bank Persatuan,41,43 & 45, Wisma BankPersatuan, Jalan Selat,Taman Selat, 12000 Butterworth,Pulau Pinang.

Moratorium Angkasa

Pemakluman Berkenaan Moratorium Kepada Yang Membuat Ansuran Bayaran Balik Melalui Sistem Potongan Gaji Angkasa

Merujuk kepada pelaksanaan Moratorium bayaran balik pinjaman seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah PEMULIH pada 28 Jun 2021, ANGKASA akan menguruskan moratorium bermula gaji bulan Ogos 2021 selepas menerima data arahan daripada pihak pembiaya.

Sila rujuk notis makluman di bawah:

spga potongan gaji angkasa

Sebarang pertanyaan mengenai potongan gaji atau moratorium, sila hubungi:

  • Telefon +603 – 7806 1977 dan tekan nombor satu (1) untuk pilihan potongan gaji atau
  • Menghantar e-mel ke [email protected]. (E-mel yang dihantar akan menerima maklum balas dalam tempoh lima hari waktu bekerja.) atau
  • Membuat semakan secara atas talian melalui www.sola.my/espga_semakan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan Potongan Gaji Angkasa e-Semakan SPGA, sila dapatkan info terkini atau hubungi:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!