Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)

Tahukah anda Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) untuk wanita yang berkelayakan.

Apakah tujuan dan kelebihan skim ini?

Jom ketahui lebih lanjut.

Pengenalan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)

Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utamanya adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas.

Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.

Syarat Kelayakan

  1. Wanita warganegara Malaysia berumur 50 tahun ke atas; DAN
  2. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor; DAN
  3. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
  4. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)    
    *Pemohon perlu mendapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pengesah yang dibenarkan dan berdekatan dengan tempat tinggal sahaja    
    **Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk cop pengesahan adalah seperti berikut:
    • Ahli Parlimen Selangor
    • ADUN Selangor
    • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
    • Penghulu/Ketua Kampung
    • Pengerusi Taman Perumahan/Ketua Blok
    • Ketua Komuniti/Nazir Masjid
  5. Semua pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan mammogram terlebih dahulu
  6. Pemeriksaan ultrasound dan biopsi hanya akan dijalani apabila peserta mendapatkan rekomendasi oleh pihak doktor/pakar perubatan sahaja

Baca juga: i-Suri KWSP: Daftar & Semak Status Kasih Suri Keluarga Malaysia RM480

Cara Permohonan kim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS / MammoSel)

Berikut dikongsikan cara permohonan Skim Kesihatan Wanita Selangor (SKWS) secara online untuk mendapatkan pemeriksaan mammogram secara PERCUMA .

1) Permohonan SKWS hanya diterima secara atas talian (online) sahaja.

2) Setelah selesai mendaftar, pemohon perlu menghantar dokumen sokongan ke pejabat YAWAS atau secara emel di [email protected]

3) Dokumen sokongan yang perlu dihantar ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Borang permohonan online
  • (jika bukan kelahiran Negeri Selangor PERLU dapatkan pengesahan mastautin)
  • Salinan semakan daftar pemilih (SPR) pemohon

Baca juga: BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Senarai Hospital Panel

Di manakah mammogram akan dilakukan?

Mammogram boleh dilakukan di hospital panel di bawah YAWAS berdekatan tempat anda:

1. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (KLANG)

2. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (CHERAS)

3. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (PUCHONG)

4. COLUMBIA ASIA HOSPITAL (SETAPAK)

5. KPJ KLANG SPECIALIST HOSPITAL

6. KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL (SHAH ALAM)

7. MAKNA

8. BEACON HOSPITAL SDN BHD

9. AURELIUS HOSPITAL NILAI

10. SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL (KLANG)

11. KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE (KPMC)

Maklumat Lanjut

Nak tahu lebih lanjut? Boleh klik link yang tertera di bawah ini

https://skw.yawas.my/web/

ATAU

Sila hubungi saluran berikut:

  • Telefon : 03 5481 8839 / 03 5481 8835
  • E-mel : pendaftaranskws@admin
  • Alamat:
    Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor.

Baca juga: Pencen PENAKAT PERKESO: Ini Yang Kaum Wanita Perlu Tahu

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!