Sijil penyertaan biasanya diberikan kepada para peserta yang menyertai sesuatu aktiviti atau program sebagai salah satu cara menghargai mereka atas masa dan keringat yang telah dicurahkan.
Walaupun pemberian sijil ini bukanlah satu kewajipan melainkan sudah dinyatakan sebelu bermulanya sesuatu program itu, ianya sudah menjadi amalan biasa di Malaysia.
Pengenalan
Pemberian sijil penyertaan adalah penting buat peserta bagi memudahkan mereka merekodkan aktiviti-aktiviti yang pernah disertai:
- Bagi pelajar sekolah rendah, sijil-sijil ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan ke sekolah asrama
- Bagi pelajar sekolah menengah, sijil-sijil ini sesijil-sijil ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke universiti
- Bagi pelajar universiti, sijil-sijil ini ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan kerja terutamanya bagi baru menamatkan pengajian
Artikel berkaitan: Contoh Kertas Kerja Program Di Pejabat / Sekolah
Jenis-jenis Sijil
Kebiasaannya, terdapat 2 jenis sijil yang perlu disediakan untuk sesebuah program atau acara:
- Sijil Penyertaan
- Sijil Penghargaan
Disebabkan terlalu ramai pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah program, maka kepada siapa sijil-sijil ini hendak diberikan?
Apakah perbezaan antara kedua jenis Sijil ini?
Baca lagi: Contoh Resume Terbaik Untuk Pencari Kerja & ‘Fresh Graduate’
Mungkin ada yang terkeliru antara kedua-dua jenis Sijil ini.
Secara umumnya, Sijil Penyertaan diberikan kepada smua peserta program.
Sijil Penghargaan pula biasanya diberikan kepada golongan-golongan berikut:
- Ahli Jawatankuasa program
- Penganjur bersama / stakeholder
- Perasmi program
- Penasihat program
- Sukarelawan
Rekabentuk Sijil Penyertaan
Kebiasaannya, Sijil Penyertaan dihasilkan dalam saiz kertas A4.
Anda bebas untuk menentukan sama ada hendak menghasilkan Sijil ini secara menegak atau melintang.
Daripada segi rekabentuk, ianya bebas sama ada mahu menggunakan rekabentuk sendiri atau membeli sahaja kertas di kedai-kedai buku yang sudah mempunyai corak Sijil.
Sekeping Sijil Penyertaan yang baik biasanya mengandungi maklumat-maklumat berikut:
- Logo penganjur utama
- Logo-logo penganjur bersama
- Logo Penaja
- Jenis sijil – Sijil Penyertaan / Penghargaan
- Nama
- Nama penerima
- No kad pengenalan penerima
- Peranan / sumbangan / sebab menerima sijil
- Nama program
- Tarikh program
- Lokasi program
- Tanda tangan pengesah sijil
Contoh Sijil Penyertaan
Berikut merupakan beberapa contoh Sijil Penyertaan yang boleh anda jadikan contoh:
Cara Buat Sijil Menggunakan Google Slides
Di bawah ni cara-cara untuk buat template sendiri menggunakan GOOGLE SLIDES.
- Save kan template sijil dalam bentuk PNG
- Pergi dekat Drive.
- Tekan Google Slides.
- Kemudian upload templat sijil yang kita buat.
- Boleh create isi-isi sijil, contohnya nak masuk tandatangan, cop dan sebagainya.
- Buka Google Form, pergi ke Add on certify > Enable certify > Turn ON
- Kemudian di Template tekan Use A Custom Template.
- Bolehlah buat soalan macam biasa.
NOTA: Untuk panduan bergambar boleh rujuk posting oleh Fatihah Manaf di pautan berikut https://www.facebook.com/100002442791345/posts/2828278133930252/?d=n&refid=56
Selamat mencuba kawan-kawan.
DOWNLOAD : 10 Contoh Templat Sijil PdPR
Di sini, kami kongsikan juga 10 Templat Sijil yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan contoh design sijil yang berlainan.