Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memasuki sekolah menengah bakal mendapat Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) setelah mereka tamat belajar.
Sijil ini penting bagi mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya selepas tamat alam persekolahan.
Mengenai Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM)
SASM merupakan sijil yang dikeluarkan bagi MBPK hasil daripada pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM).
Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan PASM bagi mentaksir kebolehan dan membangunkan potensi MBPK selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu peningkatan akses dan ekuiti pendidikan bagi MBPK.
PASM merupakan satu bentuk pentaksiran khusus untuk mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK diperingkat sekolah menengah.
PASM dilaksanakan sepanjang tempoh MBPK berada di peringkat sekolah menengah menggunakan Environment-based Assessment Instrument dan Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif.
Tujuan SASM
SASM diwujudkan untuk mengiktiraf kebolehan dan keupayaan MBPK dengan penganugerahan sijil tersebut.
Dalam erti kata yang lain, sijil ini akan memaparkan kebolehan sebenar MBPK berdasarkan standard kebolehan bagi 53 outcome yang dinyatakan dalam DSPA.
Outcome yang dimaksudkan dalam DSPA adalah seperti berikut:
Penganugerahan SASM merupakan cerminan agenda pendidikan manusiawi KPM yang memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.
Kepentingan SASM
Kepentingan sijil ini adalah ianya boleh digunakan oleh MBPK untuk menceburi bidang latihan dan kerjaya yang sesuai dengan tahap kebolehan bagi meneruskan kehidupan bermasyarakat dan berdikari.
Ini bermakna mereka yang mempunyai sijil ini boleh melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat sekolah menengah.
Syarat Pendaftaran
Syarat pendaftaran PASM bagi melayakkan mendapat SASM adalah seperti berikut:
- MBPK yang berada di sekolah KPM atau sekolah bantuan kerajaan atau sekolah di bawah Agensi Kerajaan atau sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.
- Mengikuti Kurikulum Pendidikan Khas yang merangkumi:
– Kurikulum Kebangsaan
– Kurikulum Kebangsaan yang diubah suai oleh Ketua Pendaftar
– Kurikulum yang dibina khusus oleh Ketua Pendaftar; atau
– Apa-apa Kurikulum latihan kemahiran yang pada pendapat Ketua Pendaftar sesuai dan bermanfaat bagi MBK. - Mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga secara bertulis untuk mendaftar PASM.
Semakan SASM 2024
MBPK yang telah menjalani PASM boleh membuat semakan keputusan SASM 2024 yang mula dikeluarkan pada 26 Februari 2024.
Ini selepas PSAM selesai dilaksanakan di seluruh negara pada 7 Januari 2025.
Semakan dan keputusan pentaksiran tersebut boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi.
Untuk tahun 2024, seramai 4,886 MBPK dari 841 sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2024/2025 dan layak menerima SASM.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai SASM, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan iaitu http://lp.moe.gov.my/.