Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (30 Mac 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 30 Mac 2026.

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya kenaikan bantuan BUDI Diesel, STR Fasa 2, HDRAS (Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak), dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Kenaikan Bantuan BUDI Diesel

Kerajaan MADANI menaikkan bantuan tunai Budi Diesel kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim. Tambahan RM100 telah dibayar mulai 17 Mac 2026. 

Budi Madani Diesel adalah sebahagian daripada inisiatif BUDI MADANI yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah penyasaran semula subsidi bahan api khususnya diesel. Semak kelayakan dan tarikh bayaran bulanan subsidi diesel di portal rasmi, https://budidiesel.gov.my/.

budi madani diesel

2. Penyelarasan BUDI95 Kepada 200L Sebulan

Kuota BUDI95 dikurangkan kepada 200L sebulan akibat konflik geopolitik bermula 1 April 2026.

Penerima BUDI95 akan menerima kelayakan sebanyak 200L RON95 sebulan berbanding 300L sebulan pada harga bersubsidi. Pemandu e-hailing pula kekal menikmati had siling 800L sebulan.

Rakyat Malaysia boleh membuat semakan baki kuota RON95 dan juga sejarah transaksi secara online pada bila-bila masa saja di laman web rasmi BUDI 95 iaitu https://www.budi95.gov.my/.

3. Had Pengisian Diesel Di Sabah, Sarawak & Labuan

Sementara itu, pengisian diesel secara sementara di Sabah dan Sarawak turut ditetapkan bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan.

Penetapan dikuatkuasakan bermula 1 April 2026 seperti berikut:

  • Kenderaan ringan pengangkutan darat awam barangan dan persendirian: maksimum 50 liter setiap pembelian
  • Kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi 3 tan : maksimum 100 liter setiap pembelian
  • Kenderaan melebihi 3 tan: maksimum 150 liter setiap pembelian

4. STR Fasa 2 – Bayaran Untuk Penerima Baru & Rayuan Bermula 30 Mac 2026

Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa bayaran STR Fasa 2 bagi tahun 2026 bermula pada 10 Mac 2026 (Selasa) untuk penerima sedia ada. Bagi penerima baharu dan rayuan, bayaran akan diterima mulai 30 Mac 2026.

5. Dividen Tabung Haji Diumum Pada 3.5%

Mungkin ada yang tak perasan, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (dividen) pada 18 Mac 2026, iaitu 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Jumlah tersebut merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh 8 tahun, meningkat daripada 3.25 peratus pada 2024. Prestasi kukuh ini didorong oleh pelaburan strategik dan ekonomi domestik yang stabil.

Dividen yang diumumkan adalah sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025. Agihan keuntungan telahpun dikreditkan ke akaun TH mulai 19 Mac 2026.

Bagi sesiapa yang mungkin terlepas atau terlupa nak check sebab sibuk dengan Hari Raya tempoh hari, bolehlah buat semakan secara online melalui THiJARI!

Untuk info lanjut, sila rujuk artikel berikut: Dividen Tabung Haji 2026 3.5%, Ini Cara Semak Akaun TH

6. Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS 1)

Skim Kredit Mikro Sarawak ialah skim pinjaman mikro Kerajaan Sarawak yang diwujudkan untuk membantu usahawan golongan B40 mengembangkan perniagaan kecil mereka.

Skim ini terbuka untuk orang Sarawak (bumiputera dan bukan bumiputera) yang menetap dan mengendalikan perniagaan mereka di Sarawak dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Bantuan kewangan ini hanya boleh tertakluk dalam pembiayaan dari segi modal kerja, pengubahsuaian premis perniagaan dan pembelian mesin dan peralatan.

Program ini diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak dengan kerjasama agensi pelaksana utama seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

skim kredit mikro sarawak

Siapa Layak Memohon?

Permohonan ini terbuka kepada mana-mana individu yang menepati syarat berikut:

  • Terbuka kepada semua sektor perniagaan kecuali pertanian
  • Warga Sarawak (Bumiputera atau Bukan Bumiputera)
  • Menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak
  • Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan

Layari portal rasmi SDEC Sarawak untuk permohonan di pautan berikut: https://sedc.com.my/ms/skim-kredit-mikro-sarawak-skms-1/

7. Kerajaan Sarawak Bakal Umum Bantuan Ekoran Kenaikan Harga Barang

Satu lagi berita baik untuk orang Sarawak! Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah membuat kenyataan terkini bahawa Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan susulan kenaikan harga barang dan bahan api ketika ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), inisiatif tersebut sedang diperhalusi di peringkat Kabinet bagi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar memberi impak kepada rakyat yang terkesan.

Premier Sarawak menambah, pengumuman rasmi mengenai bentuk dan mekanisme bantuan itu akan diumum sebaik sahaja perkara berkenaan dimuktamadkan.

Sumber: Facebook Rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

8. Skim Agihan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2026

Skim Agihan Permulaan Ke IPT merupakan satu inisiatif bagi membantu pelajar serta ibu bapa menampung kos awal pendaftaran ke IPT.

Skim ini bertujuan meringankan beban kewangan pada peringkat awal pengajian serta membantu pelajar membuat persediaan menghadapi sesi akademik baharu dengan lebih yakin dan teratur.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Sijil / Matrikulasi / Tingkatan 6: RM800
  2. Diploma Vokasional : RM900
  3. Diploma : RM1,000
  4. Ijazah Sarjana Muda : RM1,200
  5. Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara) : RM2,500

Bantuan Tambahan: Pelajar yang mendapat tawaran IPT dalam negara penempatan di Sabah
atau Sarawak layak menerima tambahan sebanyak RM200.00 bagi setiap kategori di atas.

skim agihan permulaan ke ipt

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel : https://ecentral.my/skim-permulaan-ke-ipt/

9. Keputusan HLP, Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan HLPS

Keputusan temu duga bagi Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Ambilan Tahun 2026 boleh disemak bermula 30 Mac 2026 (Isnin), Jam 10.00 pagi.

Layari URL berikut https://epenawaran.moe.gov.my/ atau imbas kod QR yang tertera untuk membuat semakan.

10. Keputusan SPM Diumum 31 Mac 2026

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa).

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula 31 Mac 2026 (Selasa) pukul 10:00 pagi sehingga 6 April 2026 (Isnin), pukul 6:00 petang.

KEPUTUSAN SPM

Manakala calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar bagi mendapatkan keputusan peperiksaan.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dibuat melaluiSistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip
<SPMNoKPAngkaGiliran>
dan hantar ke <15888>

semakan keputusan SPM 2025
KEPUTUSAN SPM 2025
KEPUTUSAN SPM 2025

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut