Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) menyediakan Skim Agihan Permulaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk pelajar dalam mahupun di luar negara dan permohonan boleh dipohon menerusi pautan https://pendidikan.mainpp.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai skim ini.


Mengenai Skim Agihan Permulaan Ke IPT
Skim Agihan Permulaan Ke IPT merupakan satu inisiatif bagi membantu pelajar serta ibu bapa menampung kos awal pendaftaran ke IPT.
Skim in telah diperkenalkan sejak tahun 2007 dan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan kerelevanan serta keupayaannya memenuhi keperluan semasa pelajar.
Namun kini, pelaksanaannya diperluaskan secara menyeluruh merangkumi pelajar dari peringkat Tingkatan 6 hingga ke Ijazah Sarjana Muda, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Malah, bermula tahun 2024, skim in turut diperluaskan kepada pelajar politeknik sebagai sebahagian usaha memperluas akses bantuan pendidikan.
Skim in merupakan bantuan secara sekali bayar (one-off) yang diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Skim ini bertujuan meringankan beban kewangan pada peringkat awal pengajian serta membantu pelajar membuat persediaan menghadapi sesi akademik baharu dengan lebih yakin dan teratur.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
- Sijil / Matrikulasi / Tingkatan 6: RM800
- Diploma Vokasional : RM900
- Diploma : RM1,000
- Ijazah Sarjana Muda : RM1,200
- Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara) : RM2,500
Bantuan Tambahan: Pelajar yang mendapat tawaran IPT dalam negara penempatan di Sabah
atau Sarawak layak menerima tambahan sebanyak RM200.00 bagi setiap kategori di atas.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 12 bulan.
- Tidak menerima bantuan zakat dari negeri-negeri lain.
- Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali Pertama sahaja bagi setiap peringkat pengajian.
- Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh pendaftaran
- Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
- Tempoh pengajian mestilah setahun dan ke atas.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan https://pendidikan.mainpp.gov.my/.
- Daftar dan lengkapkan maklumat peribadi.
- Semak status permohonan melalui portal yang sama.
- Muat naik dokumen lampiran yang diperlukan
- Hantar permohonan secara digital.
Soalan Lazim
Skim Agihan Permulaan Ke IPT merupakan satu inisiatif bagi membantu pelajar serta ibu bapa menampung kos awal pendaftaran ke IPT untuk pelajar dalam mahupun di luar negara.
– Sijil / Matrikulasi / Tingkatan 6: RM800
– Diploma Vokasional : RM900
– Diploma : RM1,000
– Ijazah Sarjana Muda : RM1,200
– Ijazah Sarjana Muda (Luar Negara) : RM2,500
Tidak. Pemohon mestilah bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 12 bulan.
Pemohon boleh memohon menerusi pautan https://pendidikan.mainpp.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Skim Agihan Permulaan Ke IPT, sila layari laman web https://zakat.mainpp.gov.my.
Baca juga: HPIPT 2026 – Permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi




