Semakan SPR : Pengundi & Daftar Pemilih Tambahan 2024

MySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi Baru & Semakan DPT BLN7/2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

SPR Semakan: Tempoh Semakan Daftar Pemilih Tambahan & Kaedah Semakan

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih.

Hal ini adalah supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan tanpa gagal.

Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang tahun sejak 16 Julai 2002.

Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih.

Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.

SPR menjalankan dua (2) jenis daftar pemilih :

1. Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.

2. Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi: SPR juga menerima permohonan pemilih berdaftar yang memohon untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Ia dikaitkan dengan pertukaran alamat Pusat Mengundi kerana secara lazimnya, sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru, maka, Pusat Mengundinya akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat tempat barunya itu.

Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:

1. Pemilih Biasa: Pemilih biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat mengundi semasa pilihan raya.

2. Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.

Syarat-syarat

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UNTUK DAFTAR SPR SEBAGAI PEMILIH ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. Seorang warganegara Malaysia;
  2. Telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas;
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
  4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa;

MAKLUMAT TAMBAHAN SEMASA PENDAFTARAN SPR (MySPR DAFTAR)

  1. No. Perkhidmatan Polis / Tentera (Jika Berkenaan);
  2. Nombor Telefon Bimbit yang sah;
  3. E-mel yang sah;
  4. Alamat Seperti Dalam Kad Pengenalan / Tempat Bertugas
  5. Gambar depan Kad Pengenalan* (MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis)
  6. Gambar swafoto (selfie) bersama MyKad / MyTentera / Kad Kuasa Polis;

NOTA: (Format dibenarkan – JPG, JFIF, PNG)

Cara Daftar SPR Online

Untuk daftar SPR online bagi permohonan akaun baharu, sila ikuti langkah berikut:

cara daftar spr

PERMOHONAN AKAUN BAHARU

  1. Layari portal rasmi SPR di pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my.
  2. Skrin Log Masuk Akaun MySPR Daftar akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [PERMOHONAN AKAUN BAHARU].
  4. . Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.
  6. Masukkan No. Kad Pengenalan 12 digit.
  7. Bagi pemohon berstatus Polis atau Tentera, masukkan No. Perkhidmatan pada medan yang disediakan.
  8. Masukkan No. Telefon Bimbit.
  9. Masukkan E-mel.
  10. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  11. Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.
  12. Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan.
  13. Sila muat naik [GAMBAR DEPAN MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA] dan [GAMBAR SWAFOTO (SELFIE) BERSAMA MYKAD / KAD KUASA POLIS / MyTENTERA]
  14. Masukkan CAPTCHA.
  15. Tandakan di bahagian deklarasi ‘Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.’ sebagai tanda persetujuan dengan syarat-syarat kelayakan pendaftaran sebagai pemilih.
  16. Klik pada butang [DAFTAR] untuk menghantar borang pemohonan akaun pengguna.
  17. Sistem akan membuat verifikasi dan memaparkan mesej permohonan diterima.
  18. Klik pada butang [KEMBALI] dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan semula.
  19. Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
  20. Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu e-mel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan mengikut waktu yang telah ditetapkan.
    • Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.
    • Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
    • Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.

PENGAKTIFAN AKAUN PENGGUNA MySPR

  1. Pegawai SPR akan membuat pengesahan sekiranya maklumat yang telah dihantar tiada masalah.
  2. Setelah Pegawai SPR membuat pengesahan, pemohon akan menerima e-mel pengaktifan ATAU pemohon menerima e-mel peringatan pengaktifan.
  3. Klik pada pautan pengaktifan berwarna biru di dalam e-mel pengaktifan akaun pengguna. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  5. Klik pada butang [MOHON NO. TAC]. Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar No. TAC melalui SMS ke telefon bimbit dan e-mel pengguna.
  6. Pemohon akan menerima satu notifikasi e-mel dan SMS peringatan Permohonan No. TAC yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
  7. Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR]
  8. Sistem akan membuat verifikasi dan skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.

LOG MASUK & KEMASKINI PROFIL

  1. Masukkan No. Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA untuk log masuk akaun pengguna dan klik pada butang [LOG MASUK].
  2. Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Dashboard Pengguna akan dipaparkan.
  3. Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Kemas Kini Profil.
  4. Pilih menu PROFIL SAYA dan klik pada menu Tukar Kata Laluan.

PERMOHONAN PENDAFTARAN

  1. Pilih menu PENDAFTARAN dan klik pada menu Status Saya.
  2. Sistem akan memaparkan skrin Dashboard – Halaman Utama dan klik pada butang [BORANG A] untuk membuat PENDAFTARAN BAHARU.
  3. Skrin Borang A (Pendaftaran Baharu) akan dipaparkan.
  4. Pilih kategori pemilih.
  5. Lengkapkan alamat seperti dalam kad pengenalan.
  6. Pilih Jantina.
  7. Pilih Bangsa
  8. Pilih Agama.
  9. Tandakan (/) di bahagian deklarasi ‘Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu ialah pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi ……’ sebagai tanda persetujuan.
  10. Klik pada butang [HANTAR] untuk menghantar borang A.
  11. Ruangan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan akan dipaparkan. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan pemohon yang telah didaftarkan dan klik pada butang [MOHON NO. TAC].
  12. Satu notifikasi SMS dan e-mel Permohonan No. TAC akan dihantar ke no. telefon bimbit dan e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.
  13. Ruangan input No. TAC akan dipaparkan. Masukkan No. TAC dan klik pada butang [HANTAR].
  14. Sistem akan membuat verifikasi dan satu notifikasi flash menyatakan ‘Permohonan Pendaftaran Pemilih telah diterima dan sedang diproses. Sila cetak borang A untuk simpanan tuan/puan. Satu notifikasi telah dihantar …….’ akan dipaparkan.
  15. Pendaftaran Borang A yang telah berjaya dihantar akan menerima satu notifikasi e-mel Pendaftaran Borang A. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam spam.

Sila rujuk manual lengkap melalui pautan di bawah:

Cara Daftar SPR Secara Manual

UNTUK PEMILIH BIASA

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

  1. Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
  2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  1. Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
  2. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  3. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  4. Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  1. Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
  2. Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

  1. Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
  2. Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
  3. Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
  4. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
  5. Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
  6. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

  1. Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).
  2. Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
  3. Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

Semakan Pendaftaran Undi 18 SPR Secara Automatik

Tahukah anda?

Malaysia telah melakar sejarah apabila RUU Undi 18 telah diluluskan.

Pada tahun 2019, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan Perkara 47 perenggan (b), penurunan umur ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta Perkara 119 perenggan (a) fasal 1 Perlembagaan Persekutuan iaitu penurunan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan pendaftaran pemilih adalah secara automatik.

Rang Undang-Undang Perlembagaan ini telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.

Dengan pelaksanaan ini, golongan belia diharap lebih celik dan cakna mengenai sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18.

Pemilih Malaysia yang baharu, sila buat semakan butir peribadi melalui 4 kaedah berikut:

  1. Web SPR: https://mysprsemak.spr.gov.my atau https://www.spr.gov.my
  2. Aplikasi:MySPR Semak
  3. Web Pejabat Pilihan Raya Negeri: http://ppn.spr.gov.my
  4. Hotline SPR: 03-88927018

Semakan Daftar Pemilih Tambahan

[TERKINI] – PELAKSANAAN URUSAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SPR BULAN JULAI TAHUN 2024 (DPT BLN7/2024)

Daftar Pemilih Tambahan BLN7/2024 telah dibuka untuk semakan selama 30 hari berdasarkan tempoh yang ditetapkan.

Oleh itu sila lakukan semakan bagi dua kategori individu yang dinyatakan di bawah.

Perhatian kepada:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Julai 2024 sehingga 31 Julai 2024.
  • Pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status pada 1 Julai 2024 sehingga 31 Julai 2024.

NOTA: Sekiranya mendapati tiada nama dalam senarai semakan, anda boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang C melalui aplikasi dalam talian, atau hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.

Tempoh Semakan Daftar Pemilih Tambahan SPR

Tempoh semakan daftar pemilih tambahan SPR adalah pada 21 Ogos 2024 sehingga 19 September 2024.

Kaedah Semakan SPR

Semakan daftar pemilih tambahan SPR boleh dilakukan melalui 4 laman web berikut:

Selain itu, semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi MySPR Semak atau talian hotline 0388927218.

SPR Semakan: Tempoh Semakan Daftar Pemilih Tambahan & Kaedah Semakan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang semakan SPR, sila hubungi talian Hotline: 0388927218. Atau, layari portal rasmi SPR: https://www.spr.gov.my/

Ikuti media sosial rasmi SPR di: sprgovmy

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut