TARIKH & CARA SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS (SBP / SMKA) SESI 2025
Ibu bapa / penjaga murid sila ambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan kemasukan bagi ambilan kemasukan ke SBP dan SMKA bagi sesi 2025.
Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke Sekolah Khusus / SBP 2025
Semakan SBP 2025 boleh dibuat secara online melalui URL berikut bermula 31 Januari 2025.
𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗦𝗘𝗞𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗨𝗦𝗨𝗦 (𝗦𝗕𝗣, 𝗦𝗠𝗞𝗔) 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮5
Ibu bapa dan pelajar boleh membuat semakan menerusi pautan berikut :
- Untuk Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
- Untuk Tingkatan 4/Tahun 1 SVM: https://spskt4.moe.gov.my/
Sila rujuk tarikh pendaftaran kemasukan ke sekolah khusus @ SBP pada butiran surat tawaran yang dilampirkan.
Berikut merupakan contoh butiran yang disediakan :
Sila ambil maklum bahawa tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 5 hari dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.
PAKEJ YANG DITAWARKAN DI SBP / SMKA
1) Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)
Objektif pelaksanaan pakej ini di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Di SBP murid akan didedahkan untuk meneroka persekitaran melalui inkuiri dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal berdasarkan kurikulum sedia ada.
Pakej ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Bagi mata pelajaran elektif, murid wajib untuk mengikuti mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Di samping itu, mata pelajaran wajib yang perlu diikuti ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
SBP yang melaksanakan pakej ini adalah bertujuan untuk memberi penekanan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing di peringkat global. Pelaksanaan pakej ini dapat memberi peluang kepada murid yang berminat dan layak untuk menyambung pelajaran pada peringkat program asasi, program matrikulasi dan pengajian Tingkatan 6 dalam bidang sains, perubatan dan kesihatan, kejuruteraan, bioteknologi dan sebagainya. Kurikulum ini juga akan memberi pendedahan kepada murid untuk sentiasa membawa diri ke arah pemantapan iman, pemikiran logik, dan pembentukan disiplin diri yang terpuji. Semua murid juga diharap mampu membina akal dan fikiran ke tahap Mujadalah Wa Mubahasah.
Pakej ini menawarkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. Bagi mata pelajaran elektif pula, murid diwajibkan mengikuti Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Di samping itu, murid akan mengikuti mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
PAKEJ STEM – ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN), ELEKTIF BAHASA DAN ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM (MATA PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (KBT))
Pelaksanaan Kurikulum Model Ulul Albab (TMUA) di SBP diharap dapat melahirkan modal insan yang:
i. menghafaz 30 juzuk Al-Quran;
ii. profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah, berketerampilan, berwibawa dan berkepimpinan;
iii. memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan
iv. boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Taala, sesama manusia dengan kejadian alam berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Pakej TMUA ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Bahasa Arab, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi , Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran.
2) SMKA
PAKEJ MATA PELAJARAN SMKA
MATA PELAJARAN | PAKEJ STEM | PAKEJ SASTERA DAN KEMANUSIAAN |
---|---|---|
Teras | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah |
Elektif Pengajian Islam | Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah | Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah |
Elektif Bahasa | Bahasa Arab | Bahasa Arab |
Elektif Sains Tulen dan Matematik Tambahan | Fizik Kimia Biologi Matematik Tambahan | |
Elektif Sains Gunaan dan Teknologi | Sains Komputer Grafik Komunikasi Teknikal | |
Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas | Prinsip Perakaunan Perniagaan Ekonomi Geografi |
ENDEKATAN TMUA
Pendekatan TMUA terbahagi kepada tiga (3) aspek iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik:
i. Quranik – Murid menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta memahami kandungan berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar (BIFFAS). Murid akan mempelajari serta mengikuti mata pembelajaran Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran;
ii. Ensiklopedik – Menyediakan kaedah asas kepada murid untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk pada masa akan datang; dan
iii. Ijtihadik – Menyediakan murid yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif.
Pendekatan ketiga-tiga elemen akan dilaksanakan secara bersepadu melalui pengintegrasian antara kurikulum dan kokurikulum.
PAKEJ MATA PELAJARAN TMUA (TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB)
MATA PELAJARAN | PAKEJ STEM TMUA (Sains) |
---|---|
Teras | Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sejarah Pendidikan Islam |
Elektif Sains Tulen dan Matematik Tambahan | Fizik Kimia Biologi Matematik Tambahan |
Elektif Pengajian Islam | Hifz Al-Quran Maharat Al-Quran |
Elektif Bahasa | Bahasa Arab |
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
Baca juga: