Semakan Keputusan STAM 2024 (Sijil Tinggi Agama Malaysia) Online

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac 2024 ini (Selasa), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang keputusan bagi calon STAM 2023 dan cara membuat semakan secara online.

Apakah STAM?

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.

STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Keputusan stam 2023 2024

Senarai Mata Pelajaran STAM

Senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

BIDANGMATA PELAJARAN
Bahasa Arab1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

PERINGKATTAKRIF
MumtazCemerlang
Jayyid JiddanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
RasibGagal

Cara Semakan Keputusan STAM

Berikut dikongsikan 3 kaedah semakan keputusan STAM yang akan diumumkan mulai 26 Mac 2024 (Selasa), mulai jam 10.00 pagi.

keputusan stam 2023 2024

I) SEMAKAN DI SEKOLAH

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

II) SEMAKAN ONLINE

Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2023 mulai pukul 10 pagi pada 26 Mac 2024.

III) SEMAKAN SMS

Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2022 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 26 Mac 2024.

Semakan Semula Keputusan STAM 2023

Bagi calon yang ingin membuat semakan semula, tarikh penyemakan semula akan dibuka pada satu tarikh yang akan diumumkan.

Untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan STAM 2023, calon boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Muat turun borang melalui laman web http://lp.moe.gov.my
  2. Menghantar melalui pos atau serahan tangan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  3. Keputusan akan dimaklumkan melalui pos.

NOTA:

  • Tempoh permohonan semakan semula akan dibuka 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.
  • Caj RM100 bagi setiap mata pelajaran dikenakan.

Keputusan melalui pos:

  • Kekal : Slip keputusan sedia ada
  • Berubah: Calon sekolah perlu menghubungi sekolah asal, manakala calon persendirian perlu menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.
semakan Keputusan stam

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’, dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis, melaksanakan Ujian Lisan STAM dan Kerja Kursus STAM tahun semasa bagi mata pelajaran yang berkaitan.
semakan Keputusan stam 2022

Untuk maklumat lanjut berkaitan penyemakan semula keputusan STAM 2021, sila hubungi:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mengajukan sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!