MAKLUMAN TERKINI : Semakan keputusan tawaran Penajaan Dermasiswa B40 JPA 2024 bermula 18 Oktober (Jumaat) sehingga 21 Oktober 2024
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Biasiswa JPA dan cara membuat semakan keputusan tawaran.
Pengenalan Biasiswa JPA
Biasiswa JPA – Program Penajaan Yang Disediakan Oleh JPA Kepada Pelajar. Kemudahan penajaan dan pinjaman JPA bagi pelajar yang perlu anda tahu.
Program Penajaan Nasional 2024 (PPN)
Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2024 merupakan penajaan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.
Program Penajaan Nasional (PPN) 2024 merupakan penajaan kepada 20 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.
Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang.
Senarai 20 universiti ini melibatkan empat buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Singapura.
Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024 (LSPM)
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) merupakan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada 200 orang pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Calon-calon akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan hingga ke Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Government Linked Universities (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang dikenal pasti, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU)
Program Khas Jepun, Korea Perancis dan Jerman 2024 (JKPJ)
JPA menawarkan penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri.
Maka program penajaan ke negara-negara tersebut akan memberi peluang kepada negara dalam menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.
Program Dermasiswa B40
Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.
Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.
Bagi tahun 2024, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA)dan Politeknik yang dikenal pasti.
Tarikh & Pautan Semakan
Semakan keputusan tawaran Penajaan Dermasiswa B40 JPA 2024 bermula 18 Oktober (Jumaat) sehingga 21 Oktober 2024
Pautan Semakan : https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/
Maklumat Lanjut
Sila layari Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.jpa.gov.my atau https://bmipenajaan.jpa.gov.my
Atau, hubungi Pusat Panggilan di talian 03-8885 3297 atau emel ke [email protected].
BACA JUGA: