Penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA bakal melahirkan generasi berdaya saing di peringkat dunia.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia boleh dicapai menerusi 14 elemen Sekolahku Sejahtera yang diketengahkan kementerian.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang konsep Sekolahku SEJAHTERA, 14 elemen nilai murni yang diumumkan oleh KPM, serta lagu dan lirik rasmi.
Apakah Konsep Sekolahku Sejahtera?
Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.
Konsep Sekolahku Sejahtera digagaskan sebagai satu kerangka yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program sedia ada KPM berteraskan penerapan nilai murni.
Baca juga:
- Tema Hari Guru 2022 : Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
- ‘Kami Guru Malaysia’ : Lirik Lagu & Video Rasmi KPM
14 Elemen Nilai Murni
Sekolahku SEJAHTERA adalah satu konsep yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murni yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah, khususnya murid.
14 elemen tersebut adalah:
S – Selamat, Seronok dan Sihat
E – Etika dan Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T – Tekun, Teliti dan Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi
Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia.
Konsep ini bukanlah satu mata pelajaran baharu atau sisipan mata pelajaran sedia ada.
Malah konsep ini tidak akan menambah beban tugas guru termasuk pelaporan tentang pelaksanaannya.
Apa yang penting adalah untuk guru serta masyarakat bersama-sama menerapkan konsep ini dalam diri generasi pewaris negara supaya nilai murni tersebut sentiasa tersemat di hati mereka.
Lagu & Lirik
Berikut dikongsikan lagu dan lirik yang dicipta khas bagi mendukung konsep ini.
Sekolahku SEJAHTERA
Penyanyi: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Dr Radzi Jidin
Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K. & Anas Damian
Terbitan & Rakaman: Iqie Hugh & Omar K
Susunan Muzik: Iqie Hugh
Adunan: Audi Mok
Penyanyi Latar: Firdaus Rahmat & Haqiem Rusli
Lirik:
Verse
Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta
Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA
Pre Chorus 1
Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni
Chorus
Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia
Post Chorus
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama
Pre Chorus 2
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
EduwebTV : Laman web rasmi : http://eduwebtv.moe.edu.my
Muat turun video: