Mulai 5 Disember 2022, CIMB Bank melancarkan pengukuhan keselamatan terbaharu iaitu SecureTAC mandatori menerusi aplikasi CIMB Clicks bagi urus niaga bernilai RM 100 ke atas.
Menurut Ketua Pegawai Ekskutif Kumpulan CIMB Datuk Abdul Rahman Ahmad, pelanggan tidak lagi akan menerima TAC SMS bagi urus niaga ini dan sebaliknya mereka perlu memuat naik aplikasi CIMB Clicks dan meluluskan urus niaga menerusi SecureTAC.
Di samping itu, pelanggan yang ingin log masuk aplikasi pertama juga akan melalui pengesahan panggilan pelanggan bermula 26 Disember 2022.
Proses ini diperkenalkan bagi memastikan pemegang akaun itu sendiri memulakan sebarang percubaan log masuk kali pertama atau pertukaran peranti.
Langkah-langkah keselamatan baharu ini perlu diperkenalkan bagi mewujudkan persekitaran perbankan yang lebih selamat.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai sistem keselamatan yang baru diperkenalkan ini.
Baca Juga : Cara Tukar Kad CIMB Expired Secara Online
Bagaimana Pula Dengan Proses Transaksi RM 100 ke Bawah?
Untuk transaksi atas talian bernilai kurang daripada RM 100, anda mempunyai pilihan untuk mohon TAC melalui SMS selepas 50 saat.
Sila ambil maklum bahawa proses pengesahan SecureTAC adalah tidak sah selepas pengguna meminta TAC menerusi SMS.
Cara Aktifkan SecureTAC CIMB Bank
Untuk mula gunakan Secure TAC, pengguna bank perlu muat turun aplikasi CIMB Clicks di sini :
Nota : Untuk menggunakan Aplikasi CIMB Clicks, peranti mudah alih anda perlulah sekurang-kurangnya menggunakan sistem operasi:
- iPhone : iOS 12 dan ke atas
- Android: Android 9 dan ke atas
Cara Luluskan Transaksi Menggunakan SecureTAC
Langkah-langkah untuk luluskan transaksi menggunakan SecureTAC adalah seperti berikut :
Untuk Transaksi di Aplikasi Telefon
Langkah 1 : Sahkan butiran transaksi pada laman pengesahan. Pastikan semua butiran tepat dan betul sebelum ke langkah seterusnya.
Langkah 2 : Skrol ke bawah dan tekan butang ‘Approve’ untuk sahkan transaksi.
Untuk Transaksi Perbankan Atas Talian
Langkah 1 : Hantarkan permintaan bagi transaksi
Langkah 2 : Buka aplikasi CIMB Clicks dan buka notifikasi SecureTAC
Langkah 3 : Sahkan transaksi dengan menekan butang ‘Approve’.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai penggunaan SecureTAC CIMB, sila semak Soalan Lazim yang dikongsikan oleh pihak CIMB di laman web mereka :
Anda juga boleh hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan untuk sebarang bantuan atau pertanyaan :
Consumer Contact Centre (24 jam) : +603 6204 7788