Salam Nuzul Quran 2026/1447H.
Nuzul Quran ialah peristiwa penting dalam Islam yang memperingati turunnya wahyu pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril.
Tarikh Nuzul Quran 2026 di Malaysia jatuh pada 7 Mac 2026 (Sabtu) bersamaan 17 Ramadan 1447H dan merupakan cuti umum di kebanyakan negeri berdasarkan kalendar rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Peristiwa Nuzul Quran adalah antara detik paling penting dalam sejarah Islam kerana ia menandakan permulaan penurunan Al-Quran sebagai petunjuk hidup umat manusia.
Setiap tahun, umat Islam di Malaysia memperingatinya dengan pengisian rohani seperti tadarus, ceramah agama dan turut berkongsi ucapan Salam Nuzul Quran di media sosial.
Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai apa maksud Nuzul Quran, bila Nuzul Quran 2026, contoh ucapan Salam Nuzul Quran & contoh poster sempena Nuzul Quran.
Ringkasan Nuzul Al-Quran 2026
Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa agung turunnya ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW pada malam 17 Ramadan. Bagi tahun 2026, sambutan di Malaysia dijangka jatuh pada tarikh 7 MAC 2026 (Sabtu).
Trending sekarang
Apa itu Nuzul Quran?
Nuzul Quran bermaksud peristiwa turunnya wahyu pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Peristiwa ini menandakan bermulanya kerasulan Baginda SAW serta penyampaian risalah Islam kepada umat manusia.
Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, pengertian Nuzul Quran boleh dilihat dari dua sudut utama:
1. Dari Segi Bahasa:
- Asal Perkataan: Berasal daripada perkataan Arab ‘nazala’ (نزل) yang membawa maksud “dia telah turun” atau “dia menjadi tetamu”.
- Definisi Literal: Menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi.
- Kekerapan dalam Al-Quran: Istilah “Nuzul” (dalam pelbagai bentuk kata nama atau perbuatan) digunakan sebanyak kira-kira 290 kali di dalam Al-Quran.
2. Dari Segi Istilah & Simbolik (Majaz)
- Perkataan nuzul dalam pelbagai bentuk sama ada kata nama atau kata kerja disebut dalam al-Quran sebanyak kira-kira 290 kali.
- Namun, penggunaan istilah “Nuzul al-Quran” adalah secara majaz (simbolik), iaitu merujuk kepada pemberitahuan atau penyampaian wahyu kepada Nabi Muhammad SAW.
- Ia bukan bermaksud al-Quran turun secara fizikal seperti objek, tetapi bagi menunjukkan ketinggian dan kemuliaan al-Quran sebagai kalam Allah.
Secara keseluruhannya, Nuzul Quran bermaksud penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.

Bila Al-Quran Diturunkan?
Al-Quran mula diturunkan pada 17 Ramadan (malam Jumaat) ketika Nabi Muhammad SAW berusia 40 tahun, di Gua Hira yang terletak di Jabal Nur, Makkah. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai Nuzul Quran dan menandakan permulaan penurunan wahyu kepada Baginda SAW.
Berbeza dengan kitab Taurat, Zabur, dan Injil yang diturunkan sekaligus, Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW secara berperingkat selama kira-kira 23 tahun.
Peristiwa Nuzul Quran – Wahyu Pertama di Gua Hira
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Gua Hira, yang terletak di Jabal Nur (Gunung Cahaya), Mekah. Pada saat itu, Malaikat Jibril a.s. mendatangi Baginda SAW dan menyampaikan lima ayat pertama daripada Surah Al-’Alaq.
Teks Al-Quran (Surah Al-’Alaq, 96:1-5):
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ. خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ. ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ. ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ. عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Maksud: “Bacalah (wahai Nabi), dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) melalui pena, Dia mengajar manusia apa yang tidak mereka ketahui.”
Kepentingan Nuzul Quran dalam Islam
Al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca, malah sebagai Al-Furqan (pembeza antara benar dan salah) dan petunjuk mutlak bagi manusia.
Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al Baqrah, ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Bagi menghargai kebesaran peristiwa ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut Nuzul Quran dengan penuh penghayatan dan rasa cinta kepada Al Quran.

BACA JUGA: Doa Lailatul Qadar & Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan
Bila Tarikh Nuzul Quran 2026 di Malaysia?
Tarikh Nuzul Quran 2026 di Malaysia ialah pada 7 Mac 2026 (Sabtu), bersamaan 17 Ramadan 1447H.
Berikut ialah maklumat ringkas sambutan Nuzul Quran 2026:
- Tarikh: 7 Mac 2026 (17 Ramadan 1447H)
- Hari: Sabtu
Status Cuti Umum Nuzul Quran 2026
Di Malaysia, Nuzul Quran merupakan Hari Kelepasan Am (Public Holiday) bagi hampir semua negeri, kecuali beberapa negeri tertentu.
Negeri yang Cuti Umum:
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
- Selangor
- Perak
- Pulau Pinang
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Perlis
Negeri yang TIDAK Cuti Umum:
- Johor
- Kedah
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Sabah
- Sarawak
Memandangkan 7 Mac 2026 jatuh pada hari Sabtu, bagi negeri yang bekerja pada hari Sabtu, hari tersebut adalah cuti.
Walau bagaimanapun, bagi negeri yang mengamalkan hujung minggu Sabtu-Ahad, tiada cuti gantian secara automatik pada hari Isnin kecuali diumumkan khas oleh kerajaan negeri masing-masing.
NOTA: Status cuti ini adalah berdasarkan kalendar rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan tertakluk kepada perubahan semasa.
70+ Ucapan Salam Nuzul Quran & Quotes Menarik
Sempena sambutan Nuzul Quran 2026, berikut dikongsikan lebih 50 contoh ucapan Salam Nuzul Quran yang boleh digunakan untuk kad ucapan, poster Nuzul Quran, status WhatsApp, kapsyen media sosial atau teks rasmi majlis.
1. Ucapan Salam Nuzul Quran (Umum & Ringkas)
- “Salam Nuzul Quran 1447H. Semoga Al-Quran sentiasa menjadi peneman setia di kala sunyi.”
- “Selamat menyambut Nuzul Quran 2026. Mari kita tingkatkan tadabbur dan amalan.”
- “Nuzul Quran, malam penuh cahaya. Semoga hidup kita diterangi nur wahyu. Salam 17 Ramadan!”
- “Malam 17 Ramadan yang mulia. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam.”
- “Semoga keberkatan Al-Quran melimpah dalam setiap titip doa kita hari ini.”
- “Salam Nuzul Quran 1447H. Semoga hati kita sentiasa dekat dengan Al-Quran.”
- “Salam 17 Ramadan. Hari turunnya cahaya petunjuk. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dengan Al-Quran.”
- “Selamat memperingati Nuzul Quran 1447H. Hayati, fahami dan amalkan.”
- “Salam Nuzul Quran 2026. Semoga Al-Quran terus menjadi cahaya dalam hidup kita.”
- “Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi dihayati. Salam Nuzul Quran 2026/1447H.”
2. Ucapan Nuzul Quran Berbentuk Doa & Harapan
- “Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk hati kami dan cahaya di kubur kami kelak. Salam Nuzul Quran.”
- “Di hari Nuzul Quran ini, moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk istiqamah membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Amin.”
- “Salam Nuzul Quran 2026. Semoga mukjizat agung ini membawa kita lebih dekat kepada pencipta-Nya.”
- “Selamat menyambut hari Nuzul Quran. Moga setiap ayat yang dibaca menjadi syafaat buat kita di akhirat.”
- “Moga sinar Al-Quran membasuh segala duka dan keresahan jiwa kita. Salam Nuzul Quran 1447H.”
- “Selamat menyambut Hari Nuzul Quran. Bacalah Al Quran dengan hati dan fahamilah dengan jiwa. Semoga setiap helaian yang dibaca membawa rahmat Allah.”
- “Salam Nuzul Quran kepada saudara/saudari sekalian! Semoga sinar Al-Quran menerangi setiap langkah hidup dan memberi petunjuk yang jelas dalam kehidupan kita.”
- “Nuzul Quran mengingatkan kita akan anugerah terbesar Allah kepada umat manusia. Mari pelajari Al Quran dengan lebih mendalam dan penuh penghayatan. Salam Nuzul Quran.”
- “Al-Quran, kitab suci yang penuh hikmah dan petunjuk. Semoga kita sentiasa diberikan kesempatan untuk membaca dan mempelajarinya. Selamat Menyambut Nuzul Quran!”
- “Sempena hari Nuzul Quran ini, marilah kita merenungkan betapa besar kasih sayang Allah yang menganugerahkan kita dengan kitab suci ini sebagai petunjuk hidup. Semoga kita menjadi hambaNya yang taat dan bertakwa.”
3. Ucapan Rasmi Sempena Nuzul Quran Untuk Majlis / Organisasi
- “Salam Nuzul Quran 1447H. Semoga sambutan ini meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.”
- “Selamat menyambut Nuzul Quran 2026. Semoga Al-Quran menjadi panduan utama dalam pentadbiran dan kehidupan seharian.”
- “Semoga peristiwa Nuzul Quran ini menyemarakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan kita semua.”
- “Semoga sambutan Nuzul Quran membawa keberkatan kepada seluruh warga organisasi.”
- “Selamat menyambut hari Nuzul Quran. Marilah jadikan Al-Quran asas dalam membina ummah yang cemerlang.”
- “Kehadiran Al-Quran membawa cahaya kepada hati yang gelap. Mari kita jadikan setiap ayatnya sebagai sumber inspirasi dan kekuatan. Salam Nuzul Quran 2026/1447H.”
- “Salam Nuzul Quran! Di malam yang penuh berkat ini, mari kita perbaharui komitmen untuk mendalami dan menghayati setiap ayat Al-Quran dalam kehidupan kita. InshaAllah.”
- “Selamat menyambut hari Nuzul Quran. Dalam malam penuh berkat ini, mari kita merenungkan betapa agungnya rahmat Allah yang mengurniakan kepada umat manusia sebuah kitab suci sebagai petunjuk hidup.”
- “Dalam setiap lembaran Al-Quran terkandung rahmat dan kebaikan. Selamat menyambut Nuzul Quran, mari kita banyakkan membaca Al Quran dan istiqamah mengamalkan ajarannya.”
- “Selamat menyambut Nuzul Quran, semoga setiap ayatnya menyentuh hati kita.”
4. Quotes Nuzul Quran Untuk Poster & Media Sosial
- “Bacalah dengan nama Tuhanmu.” – Permulaan cahaya untuk seluruh manusia.
- Al-Quran: Cahaya di dunia, penyelamat di akhirat.
- 17 Ramadan — Hari turunnya petunjuk buat seluruh alam.
- Nuzul Quran: Dari Gua Hira, menyinari seluruh dunia.
- Al-Quran bukan sekadar kitab, tetapi kompas kehidupan.
- Cahaya wahyu menerangi kegelapan jiwa.
- Ramadan dan Al-Quran tidak pernah terpisah.
- Bacalah, kerana di situlah bermulanya perubahan.
- Jadikan Al-Quran suara hati dalam setiap keputusan.
- Kalam Allah, panduan sepanjang masa.
5. Ucapan Salam Nuzul Quran Santai & Mesra
- “Salam Nuzul Quran semua! Jom tambah bacaan hari ini.”
- “17 Ramadan dah tiba, jangan lupa luangkan masa dengan Al-Quran ya.”
- “Semoga hati kita lembut dengan ayat-ayat suci-Nya.”
- “Hari istimewa, peringatan penuh makna. Salam Nuzul Quran.”
- “Salam Nuzul Quran. Semoga setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran berlipat kali ganda.”
- “Selamat Hari Nuzul Quran. Jom jadikan Al-Quran rutin, bukan bermusim. Semoga kita istiqamah selepas Ramadan juga.”
- “Salam Nuzul Quran 2026 buat kalian dan keluarga tersayang.”
- “Selamat Menyambut Nuzul Quran 1447h buat semua umat Islam.”
- “Salam 17 Ramadan. Rajin-rajin baca quran dan bertadabur ya!”
- “Sempena 17 Ramadan ini, mari kita berazam agar selalu rajin baca quran, khatamkan dan fahamkan.”
6. Quotes & Kata-Kata Hikmah Tokoh/Ulama
- “Al-Quran adalah ubat bagi hati yang sakit.” – Imam Ibn Qayyim.
- “Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat.” – (Hadis Riwayat Muslim).
- “Hati yang tidak mempunyai Al-Quran di dalamnya ibarat rumah yang runtuh.”
- “Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tapi untuk dirasai dengan jiwa.”
- “Jangan biarkan Al-Quran berhabuk di rak, biarlah ia bercahaya di dalam hati.”
- Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA: “Tiada kebaikan dalam ibadah yang tidak ada ilmu di dalamnya, dan tiada kebaikan dalam bacaan (Al-Quran) yang tidak ada tadabbur (penghayatan) di dalamnya.”
- Imam Al-Ghazali: “Apabila kamu membaca Al-Quran, anggaplah seolah-olah kamu sedang mendengar Allah SWT sedang berbicara denganmu, kerana Al-Quran itu adalah kalam-Nya.”
- Uthman bin Affan RA: “Sekiranya hati kita benar-benar bersih, nescaya kita tidak akan pernah merasa kenyang (bosan) daripada membaca kalam Tuhan kita (Al-Quran).”
- Abdullah bin Mas’ud RA: “Barangsiapa yang mencintai Al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
Al-Hasan al-Basri: “Orang-orang terdahulu melihat Al-Quran sebagai surat-surat daripada Tuhan mereka. Mereka merenungkannya pada waktu malam dan mengamalkannya pada waktu siang.”
7. Ucapan Salam Nuzul Quran Versi Panjang
- “Al-Quran adalah teman setia dalam kesendirian, penawar dalam kesedihan, dan cahaya dalam kegelapan. Selamat menyambut Nuzul Quran, mari kita manfaatkan kehadirannya dengan sebaik-baiknya.”
- “Al-Quran adalah petunjuk yang abadi dalam kehidupan ini dan kehidupan akhirat. Mari kita teruskan perjuangan kita dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. Salam Nuzul Quran. “
- “Nuzul Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi juga panduan hidup yang membawa keberkatan dan petunjuk.”
- “Sambutan Nuzul Quran mengajak kita untuk merenung dan menghayati setiap kata, setiap ayat, setiap kisah yang terkandung di dalamnya. Ia mengingatkan kita untuk tidak sekadar membaca, tetapi juga memahami, menghayati, dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Salam Nuzul Quran. “
- “Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Marilah kita sambut kedatangan malam penuh berkah ini dengan hati yang terbuka, tekad yang teguh, dan keinginan yang besar untuk terus memperdalam penghayatan dan pengamalan ajaran Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan kita. Semoga kita semua diberkati dengan hidayah, rahmat, dan keberkatan dari-Nya.”
- “Malam Nuzul Quran menghadirkan kepada kita momen berharga untuk merenungkan keindahan dan keajaiban wahyu Ilahi yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran adalah panduan hidup yang memberi makna dan menunjuk arah kepada setiap langkah kita di dunia ini. Salam Nuzul Quran.”
- “Sambutan Nuzul Quran menjadi titik tolak untuk kita semua untuk kembali kepada ajaran Allah SWT dengan hati yang tulus dan tekad yang kuat. Mari kita manfaatkan setiap momen yang diberikan kepada kita untuk memperdalam hubungan kita dengan Al-Quran dan untuk mengambil hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan.”
- “Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga malam yang penuh berkat ini menguatkan iman kita, menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya, dan membawa kita lebih dekat kepada-Nya.”
- “Sambutan Nuzul Quran adalah saat yang tepat untuk kita semua merenungkan kembali hubungan kita dengan Al-Quran. Mari kita buka hati dan jiwa kita untuk menerima petunjuk-Nya dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Salam Nuzul Quran.”
- “”Selamat menyambut hari Nuzul Quran 2026/1447H yang merupakan detik agung penurunan wahyu pertama daripada Allah SWT sebagai kompas dan cahaya kebenaran bagi seluruh umat manusia. Di hari yang penuh barakah ini, marilah kita memperbaharui azam untuk tidak sekadar membaca lembarannya, malah berusaha mendalami setiap bait maknanya agar dapat diamalkan dalam akhlak dan kehidupan seharian. Semoga mukjizat Al-Quran sentiasa menjadi penyuluh hati kita, memberikan ketenangan di kala resah, serta membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya hingga ke akhirat kelak.”
8. Ucapan Salam Nuzul Quran dalam Bahasa Inggeris
- “Wishing you a blessed Nuzul Al-Quran. May the guidance of the Holy Quran lead us to the right path.”
- “Salam Nuzul Quran 2026. Let’s make the Quran our lifelong companion.”
- “May the light of the Quran illuminate your heart and soul. Have a blessed Nuzul Quran.”
- “Reflecting on the divine revelation this 17th of Ramadan. Salam Nuzul Quran to all.”
- “The Quran is a mercy for mankind. Let’s embrace its teachings today and always.”
- “On this sacred day of Nuzul Al-Quran, may the divine wisdom of the revelation guide your heart towards peace, clarity, and steadfast faith. Have a blessed 17th of Ramadan.”
- “Salam Nuzul Al-Quran 2026. Let us honor the miracle of the Quran by not only reciting its verses but also by embodying its values of compassion, justice, and mercy in our daily lives.”
- “May the light of the Holy Quran brighten your path and bring tranquility to your soul. Wishing you and your family a meaningful and reflective Nuzul Quran.”
- “As we commemorate the night the Quran was first revealed, may we find the answers we seek within its pages and the strength we need within its prayers. Salam Nuzul Quran 1447H.”
- “The Quran is the ultimate roadmap for success in this world and the hereafter. May this Nuzul Quran be a turning point for us to return to its guidance. Have a blessed day!”
BACA JUGA: Selamat Bersahur – 50+ Contoh Ucapan Sahur & Poster
Idea Poster Nuzul Quran 2026
Sempena sambutan Nuzul Quran 2026/1447H, ramai yang mencari idea poster untuk dikongsikan di media sosial, sekolah, pejabat atau masjid. Berikut beberapa konsep poster Salam Nuzul Quran yang boleh dijadikan inspirasi.
1. Poster Minimalis Elegan
Konsep: Latar belakang gelap (hitam atau biru malam) dengan elemen bulan sabit dan siluet masjid.
Teks cadangan:
Salam Nuzul Quran 1447H
17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.”
Sesuai untuk:
✔ Media sosial rasmi
✔ Organisasi kerajaan
✔ Sekolah & universiti
2. Poster Ayat Al-Quran (Surah Al-‘Alaq 1-5)
Konsep: Paparkan potongan ayat pertama Surah Al-‘Alaq dalam tulisan khat.
Teks utama:
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Letakkan terjemahan ringkas di bawah.
Sesuai untuk:
✔ Masjid
✔ Surau
✔ Program keagamaan
3. Poster Tema Hijau & Ramadan
Konsep: Elemen ketupat, lampu pelita dan corak islami.
Teks cadangan:
17 Ramadan — Hari Turunnya Wahyu
Salam Nuzul Quran 2026
Jadikan Al-Quran Panduan Sepanjang Hayat
Sesuai untuk:
✔ Poster sekolah rendah
✔ Tadika
✔ Komuniti setempa
4. Poster Formal Korporat
Konsep: Rekaan bersih, logo organisasi di bahagian atas.
Teks cadangan:
Selamat Menyambut Nuzul Quran 1447H
Semoga Al-Quran Menjadi Panduan Dalam Setiap Tindakan
Sesuai untuk:
✔ Jabatan kerajaan
✔ Syarikat swasta
✔ NGO
5. Poster Quotes Inspirasi
Konsep: Fokus pada satu ayat yang kuat dan mudah viral.
Contoh teks:
Al-Quran: Cahaya di dunia, penyelamat di akhirat.
Salam Nuzul Quran 2026
Sesuai untuk:
✔ Instagram
✔ Facebook
✔ WhatsApp status
6. Poster Kreatif Untuk Kanak-Kanak
Konsep: Ilustrasi buku Al-Quran, bintang dan warna ceria.
Teks cadangan:
Jom Cintai Al-Quran!
Salam Nuzul Quran 1447H
Sesuai untuk:
✔ Sekolah agama
✔ Tadika Islam
✔ Aktiviti kelas Ramadan
TIPS:
Untuk memastikan poster anda tampak profesional dan bermakna, pastikan ada elemen berikut:
- Tajuk Utama: “Salam Nuzul Quran 1447H / 2026”.
- Tarikh Penting: “17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026”.
- Ayat Pilihan: Masukkan petikan ringkas dari Surah Al-Alaq (ayat 1) atau Surah Al-Baqarah (ayat 185).
- Logo Organisasi: Jika untuk tujuan korporat, letakkan logo di bahagian sudut atas atau bawah.
Tips Pantas: Pastikan saiz poster anda mengikut nisbah 1:1 untuk Instagram/Facebook Feed, dan 9:16 untuk Instagram Story atau TikTok agar kualiti gambar tidak terjejas (pecah).
Contoh Poster Nuzul Quran









Maklumat Lanjut
Untuk sebarang persoalan mengenai Nuzul Quran, sila rujuk:
- Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa mempelajari dan menghayati maksud serta nilai-nilai yang terkandung dalam Al-Quran. Semoga ucapan dan quotes di atas memberikan inspirasi dan penghayatan yang mendalam dalam menyambut Nuzul Quran.
Soalan Lazim Salam Nuzul Quran
Nuzul Quran 2026 di Malaysia jatuh pada 7 Mac 2026 (Sabtu), bersamaan 17 Ramadan 1447H. Ia merupakan cuti umum di kebanyakan negeri.
Nuzul Quran bermaksud peristiwa turunnya wahyu pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril di Gua Hira pada 17 Ramadan.
Tarikh 17 Ramadan dikaitkan dengan peristiwa turunnya lima ayat pertama Surah Al-‘Alaq kepada Nabi Muhammad SAW, yang menandakan permulaan penurunan al-Quran.
Tidak. Nuzul Quran merupakan cuti umum di kebanyakan negeri di Malaysia, namun terdapat beberapa negeri seperti Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak yang tidak menjadikannya sebagai cuti umum.
Antara amalan yang digalakkan ialah membaca al-Quran, bertadarus, menghadiri ceramah agama, bermuhasabah diri serta memperbanyakkan doa dan zikir.
Ayat pertama yang diturunkan ialah lima ayat awal Surah Al-‘Alaq (96:1–5) yang bermula dengan perkataan “Iqra’” yang bermaksud “Bacalah”.
Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun bagi memudahkan umat Islam memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya secara beransur-ansur.




