Selamat bersahur kepada semua umat Islam yang sedang menjalani ibadah berpuasa di Bulan Ramadan tahun 2026/1447H ini. Sahur ialah waktu digalakkan makan & minum sebelum masuknya waktu subuh pada bulan Ramadan.
Ia bukan sahaja memberikan tenaga untuk menunaikan ibadah puasa sepanjang hari, tetapi juga menjadi amalan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala.
Seperti hadis yang dikongsikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM);
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dengan bersahur itu ada keberkatan.” – (Muttafaqun ‘Alayhi, riwayat al-Bukhari, no. 1923, Muslim, no. 1095, at-Tirmizi, no. 708, an-Nasaie, no. 2144, hadith lafaz Muslim)
Bagi yang ingin memeriahkan dan berkongsi ucapan selamat bersahur kepada ibu bapa, keluarga, pasangan dan rakan-rakan, anda boleh rujuk contoh ucapan Selamat Bersahur yang ringkas tetapi bermakna di bawah.
Apa Itu Sahur & Kelebihan Bersahur?
Sahur merujuk kepada perbuatan makan atau minum pada waktu awal pagi (sebelum fajar) bagi individu yang berniat untuk menunaikan ibadah puasa.
Dari sudut syarak, sahur bukanlah sekadar pengalas perut, malah ia merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam.
Antara kelebihan bersahur termasuk:
- Mendapat Keberkatan: Rasulullah SAW menegaskan bahawa dalam sahur itu terdapat keberkatan yang tidak seharusnya kita lepaskan walaupun hanya dengan seteguk air.
- Bekalan Tenaga Fizikal: Makan sahur membantu menstabilkan paras gula dalam darah, sekaligus memberi tenaga untuk kita kekal cergas melakukan aktiviti harian sepanjang berpuasa.
- Mencegah Dehidrasi: Waktu sahur adalah peluang terakhir untuk menghidratkan badan bagi mengelakkan rasa pening atau kelesuan melampau di siang hari.
- Waktu Mustajab Berdoa: Waktu sahur jatuh pada sepertiga malam terakhir, iaitu waktu yang paling afdal untuk memohon keampunan dan berdoa kepada Allah SWT.
- Puasa Umat Islam: Sahur menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani).
Oleh itu, mari kita usaha untuk tidak tinggalkan sahur walau hanya seteguk air dan sebiji kurma kerana pada waktu yang sunyi itulah, Allah SWT titipkan keberkatan.
Dalam sebuah perkongsian JAKIM, keberkatan sahur meliputi kekuatan tubuh untuk beribadah, ketenangan jiwa dalam menghadapi hari, serta peluang untuk memperbanyakkan doa dan istighfar pada waktu yang mustajab.

Contoh Ucapan Selamat Bersahur
Bagi anda yang ingin berkongsi ucapan sahur, berikut dikongsikan lebih 50 contoh ucapan sahur yang boleh anda gunakan untuk hantaran di WhatsApp, Facebook, Instagram, atau TikTok:
1. Ucapan Selamat Bersahur Untuk Sahabat & Rakan Sekerja
- “Selamat bersahur semua! Semoga puasa hari ini lebih baik dari semalam dan diberkati Allah SWT.”
- “Bangun, bangun! Dah masuk waktu sahur. Jangan lupa niat puasa ya kawan-kawan.”
- “Salam sahur! Semoga hidangan pagi ini memberi tenaga yang cukup untuk kita beribadah hari ini.”
- “Selamat bersahur semua! Jom bangun isi tenaga. Semoga puasa kita hari ini lebih produktif dan diberkati Allah SWT.”
- “Salam sahur buat team hebat! Jangan lupa minum air kosong secukupnya supaya tak ‘lembik’ masa meeting nanti. Selamat berpuasa!”
- “Bangun, bangun! Dah masuk waktu sahur. Semoga setiap suapan pagi ini jadi asbab kekuatan kita untuk bekerja sambil beribadah hari ini.”
- “Selamat bersahur sahabat! Walaupun menu sekadar kurma dan air, janji sunnah Nabi SAW kita jaga. Moga dipermudahkan urusan kerja hari ini.”
- “Salam sahur kawan-kawan! Jom niat puasa siap-siap. Semoga hari ini kita dijauhkan daripada rasa mengantuk yang amat sangat di pejabat!”
- “Selamat bersahur rakan sekerja tersayang. Terima kasih sebab sentiasa saling mengingatkan. Semoga ukhuwah kita diredhai-Nya.”
- “Jangan lupa sahur ya semua! Ingat, sahur itu keberkatan. Semoga hari kerja kita hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.”
- “Selamat bersahur! Semoga semangat kita untuk bangun sahur sama kuat dengan semangat kita nak siapkan tugasan sebelum deadline.”
- “Salam sahur kawan-kawan. Jom kita buru pahala hari ini bermula dari meja makan sahur sampai ke waktu berbuka nanti. Stay strong!“
- “Selamat bersahur dan selamat berpuasa! Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua untuk terus berbakti hari ini.”
2. Ucapan Sahur Romantik Untuk Pasangan & Keluarga
- “Selamat bersahur sayang. Terima kasih kerana sudi bangun siapkan juadah. Semoga setiap suapan ini menjadi pahala buatmu.”
- “Buat mak dan ayah di kampung, selamat bersahur. Walaupun jauh di mata, doa anakanda sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.”
- “Selamat bersahur anak-anak ayah. Makan sikit pun tak apa, janji kita ikut sunnah Nabi SAW.”
- “Selamat bersahur sayang. Terima kasih kerana sentiasa menjadi ‘jam loceng’ terbaik dalam hidup saya. Semoga Allah merahmati setiap penat lelahmu menyediakan juadah.”
- “Buat bidadari syurgaku, selamat bersahur. Semoga puasa hari ini membawa kita setapak lagi menghampiri jannah bersama-sama.”
- “Salam sahur untuk isteri tersayang. Maafkan abang jika hanya mampu membantu sedia air, tapi doa abang sentiasa penuh untuk kesejahteraanmu.”
- “Selamat bersahur suamiku. Kekuatanmu mencari rezeki buat keluarga adalah inspirasi kami. Semoga Allah permudahkan urusan kerjamu sepanjang berpuasa.”
- “Buat Mak dan Ayah yang dirindui, selamat bersahur. Walaupun kita berjauhan, kenangan bersahur bersama kalian sentiasa segar di ingatan. Jaga kesihatan ya!”
- “Selamat bersahur anak-anak kesayangan Papa. Jom bangun kita kejar sunnah. Semoga kamu membesar menjadi insan yang soleh dan taat perintah Allah.”
- “Salam sahur buat seluruh ahli keluarga. Semoga meja makan kita pagi ini penuh dengan keberkatan dan lisan kita basah dengan zikir.”
- “Selamat bersahur buat penyejuk hatiku. Walaupun sekadar segelas susu dan sebiji kurma, janji kita nikmati bersama dengan penuh rasa syukur.”
- “Kepada adik-beradikku, selamat bersahur! Jangan liat bangun pagi ya. Semoga puasa kita tahun ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya.”
- “Selamat bersahur sayang. Semoga kasih sayang kita mekar seindah keberkatan bulan Ramadan ini. Jumpa waktu berbuka nanti!”
3. Ucapan Selamat Sahur Berunsur Islamik
- “Rasulullah SAW bersabda: ‘Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada keberkatan.’ (HR Bukhari & Muslim). Selamat bersahur!”
- “Selamat bersahur. Semoga Allah menerima setiap butir nasi yang kita makan sebagai bekalan kekuatan untuk beribadah hari ini.”
- “Salam Subuh dan selamat bersahur. Semoga doa-doa kita di waktu mustajab ini dimakbulkan oleh-Nya.”
- “Selamat bersahur. Ingatlah pesanan Baginda Nabi SAW, ‘Makan sahurlah kalian, kerana di dalam sahur ada keberkatan.’ (HR. Bukhari). Semoga keberkatan itu milik kita hari ini.”
- “Salam sahur. Semoga setiap suapan nasi dan tegukan air kita pagi ini menjadi saksi ketaatan kita kepada perintah Allah SWT. Selamat berpuasa!”
- “Selamat bersahur buat semua mukmin. Jangan lupa selitkan doa di waktu mustajab ini, kerana doa orang yang bersahur itu sangat hampir dengan ijabah Allah.”
- “Salam Subuh dan selamat bersahur. Semoga Allah menguatkan fizikal dan batin kita untuk menjalankan amanah ibadah puasa dengan sempurna hari ini.”
- “Selamat bersahur. Mari kita mulakan pagi ini dengan Bismillah dan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala. Moga puasa kita diterima-Nya.”
- “Sahur itu bukan sekadar kenyang, tapi ia adalah ketaatan. Selamat bersahur buat sahabat syurgaku. Semoga kita dipertemukan di pintu Ar-Rayyan kelak.”
- “Selamat bersahur. Rebutlah peluang beristighfar di waktu sahur ini sebagaimana firman Allah: ‘Dan pada waktu sahur mereka memohon ampun.’ (Surah Adz-Dzariyat: 18).”
- “Salam sahur. Semoga Allah SWT memberikan kita kesabaran yang tinggi dan lisan yang basah dengan zikir sepanjang menahan lapar dan dahaga hari ini.”
- “Selamat bersahur. Ambillah walaupun sebiji kurma, kerana ia adalah sebaik-baik hidangan sahur bagi orang mukmin. Semoga beroleh pahala sunnah!”
- “Salam sahur penuh barakah. Semoga setiap butir rezeki yang kita nikmati pagi ini memberikan kekuatan untuk kita sujud lebih lama dan berzikir lebih banyak.”
4. Ucapan Selamat Bersahur Kreatif & Lucu
- “Selamat bersahur! Ingat, bantal itu bukan makanan. Jom bangun, nanti menyesal bila dengar bunyi siren Imsak!”
- “Tips sahur: Jangan makan sambil pejam mata, nanti nasi masuk hidung. Selamat bersahur kawan-kawan!”
- “Matikan ‘Alarm’ memang senang, tapi tahan lapar 13 jam itu yang ‘patah hati’. Jom bangun sahur sekarang!”
- “Kepada peminat tegar ‘sambung tidur 5 minit’, sila bangun sekarang sebelum 5 minit anda bertukar jadi waktu Syuruk. Selamat bersahur!”
- “Sahur itu sunnah, tidur balik itu hobi. Tapi kalau tak sahur nanti perut berbunyi macam konsert rock. Jom makan!”
- “Tahukah anda? Memandang lauk sahur tidak mengenyangkan. Sila pegang sudu dan mula menyuap. Selamat bersahur!”
- “Selamat bersahur buat pejuang ‘mata panda’. Semoga kopi sahur anda tidak membuatkan anda ‘high’ sampai ke pejabat!”
- “Jangan jadi ‘sleeping beauty’ sangat pagi ni. Nanti Imsak tiba, barulah nak cari kurma bawah bantal. Bangun sahur!”
- “Relationship status: Sedang bercinta dengan nasi goreng waktu sahur. Jangan kacau! Selamat bersahur semua.”
- “Dugaan paling besar bulan Ramadan bukan masa kerja, tapi masa nak tolak selimut waktu sahur. Stay strong geng!”
- “Selamat bersahur! Semoga semangat anda makan sahur sama kuat dengan semangat anda masa nak beratur beli boba.”
- “Jangan cakap abang tak payung… ni abang payung ucapan selamat bersahur. Cepat makan, jangan sampai tercekik bila dengar azan.”
- “Siren Imsak bukan lagu ‘berululah’. Itu tanda ‘game over’ untuk makan. Jom pecut sahur!”
- “Selamat bersahur untuk anda yang masih setia menunggu nasi masak. Sabar itu separuh daripada iman, lapar itu separuh daripada cobaan.”
- “Pesanan khidmat masyarakat: Sahur tanpa niat puasa itu namanya ‘breakfast’ awal pagi. Jangan lupa niat ya!”
5. Contoh Ucapan Sahur Dalam Bentuk Pantun
- Anak puyuh di dalam raga, Makan mari bersama-sama; Waktu sahur sudahpun tiba, Jomlah bangun isi tenaga.
- Pergi ke pekan membeli kurma, Kurma dimakan di awal pagi; Sunnah Nabi kita terima, Sahur diberkati segarkan diri.
- Kain pelikat baru ditenun, Dipakai mari si anak muda; Wahai sahabat lekaslah bangun, Juadah sahur sudah tersedia
- Bunga melati di dalam taman, Cantik dipandang di hari raya; Minumlah air wahai teman, Agar puasa kekal bertenaga.
- Masak kicap ikan sembilang, Makan bersama di atas talam; Rasa mengantuk teruslah hilang, Indah bersahur di akhir malam.
- Pohon ara di tepi kuala, Tempat berteduh si burung nuri; Sahur itu pembuka pahala, Bekalan kita sepanjang hari.
- Ikan patin masak tempoyak, Bau harum menusuk jiwa; Janganlah tidur nyenyak terbuai, Nanti imsak menangis hiba.
- Burung merpati terbang melayang, Singgah sebentar di pohon rhu; Selamat bersahur semua tersayang, Semoga ibadah diredhai selalu.
- Tumbuh melata pokok pegaga, Dijual orang di pasar tani; Syukur nikmat tidak terhingga, Dapat bersahur di pagi ini.
- Hujan turun rintik-rintik, Basah baju di tengah laman; Gunakan waktu dengan baik, Moga puasa penuh keimanan.
Contoh Poster Ucapan Selamat Bersahur
Selain menghantar mesej teks, anda juga boleh menceriakan suasana sahur dengan poster ucapan selamat bersahur.
Poster ini sesuai dikongsi di media sosial seperti Facebook, Instagram, atau WhatsApp status dan boleh memuatkan mesej ringkas, doa, atau motivasi untuk bangun sahur.








Bila Waktu Sahur?
Menurut perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, waktu sahur bermula daripada akhir malam sebelum waktu subuh sehingga terbit fajar al-sadiq.
Sunnah untuk kita melewatkan waktu sahur sehingga hampir kepada waktu subuh sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:
تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً
Maksudnya: “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat.” – Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)
Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut: “Maknanya, jarak antara kedua waktu tersebut adalah kadar bacaan 50 ayat al-Quran serta padanya galakan untuk melewatkan sahur sehingga sebelum waktu fajar”. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/208-209)
Hukum Bersahur
Hukum bersahur adalah sunat yang sangat dituntut berdasarkan nas-nas yang banyak yang menggalakkannya.
Disamping itu, ia juga merupakan perbezaan antara puasa orang islam dan juga puasa ahli kitab sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh “Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur. – Riwayat Muslim (1096)
Kesimpulan
Menghantar ucapan selamat bersahur adalah antara cara mudah yang dapat mengeratkan silaturahim sesama kita di bulan Ramadan ini.
Sama ada melalui ucapan romantik, lucu, atau berbentuk pantun, yang paling penting adalah niat kita untuk saling mengingatkan tentang keberkatan bulan Ramadan.
Sebelum mengakhiri waktu sahur anda, pastikan anda telah melafazkan niat puasa: “Nawaitu sauma ghadin ‘an ada’i fardhi syahri Ramadhana hazihis sanati lillahi ta’ala.”
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.
Semoga perkongsian contoh ucapan sahur ini bermanfaat untuk anda semua. Selamat berpuasa dan moga amalan kita diterima-Nya.
Maklumat lanjut mengenai kelebihan bersahur, hadis dan persoalan, sila rujuk:
Soalan Lazim Selamat Bersahur
Sahur ialah waktu makan sebelum masuk waktu subuh yang digalakkan dalam Islam. Ia membantu memberikan tenaga untuk menunaikan ibadah puasa sepanjang hari dan membawa keberkatan.
Bersahur bukanlah wajib, tetapi ia sangat dianjurkan dan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Mereka yang bersahur akan mendapat pahala serta keberkatan.
Waktu terbaik untuk bersahur adalah dengan melewatkannya, iaitu kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum masuknya waktu Subuh (waktu Imsak). Ini selari dengan sunnah Rasulullah SAW untuk memberi tenaga maksimum sepanjang hari.
Ya, puasa seseorang itu tetap sah walaupun dia tidak bangun bersahur. Asalkan dia sudah berniat puasa.
Boleh. Walaupun anda tidak selera untuk makan berat, anda digalakkan untuk bersahur sekurang-kurangnya dengan seteguk air atau sebiji kurma bagi memenuhi tuntutan sunnah dan mendapat keberkatan sahur.
Waktu Imsak adalah waktu berjaga-jaga sebelum masuk waktu Subuh. Ia berfungsi sebagai ‘lampu kuning’ atau amaran untuk kita berhenti makan/minum sebelum azan berkumandang.




