Kenapa sakit perut sebelah kiri? Jika anda sering mengalaminya, anda ‘wajib’ baca artikel ini.
Jangan buat remeh kerana penyebab perut sebelah kiri sakit mungkin petanda anda mengalami penyakit serius, yang memerlukan rawatan segera!
Rasa ketidakselesaan atau sakit bawah perut sebelah kiri boleh berlaku atas pelbagai sebab.
Kadang-kadang, sakit ini boleh menjadi tidak nyata, sementara pada masa lain, ia mungkin cukup teruk sehingga mengganggu rutin harian anda.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai punca dan cara hilangkan sakit perut sebelah kiri.
Baca juga: Tanda & Kesan Strok Haba
Penyebab sakit perut sebelah kiri
Banyak organ dalam tubuh kita yang berada dalam kawasan ini, termasuk usus besar dan buah pinggang sebelah kiri.
Kerosakan atau masalah dengan mana-mana organ ini boleh menyebabkan sakit di bahagian bawah perut kiri.
Berikut beberapa punca sakit perut sebelah kiri bawah yang perlu diketahui:
1. Masalah pencernaan
Penyebab sakit perut bawah belah kiri yang paling lazim adalah disebabkan masalah pencernaan, seperti sembelit atau gas dalam usus.
Di sisi lain, sakit perut ini juga disebabkan keadaan yang lebih serius, seperti batu karang atau divertikulitis.
Sembelit adalah keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran atau kegagalan untuk membuang air besar secara berkala.
Gas pula biasanya disebabkan oleh penyerapan udara semasa makan atau minum, atau melalui proses pencernaan makanan oleh bakteria dalam usus besar.
Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan sakit dan ketidakselesaan di perut sebelah kiri.
Sementara itu, penyakit batu karang adalah batu kecil yang terbentuk dalam buah pinggang dan boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat.
Divertikulitis pula adalah keadaan di mana kantung kecil (divertikula) dalam dinding usus besar menjadi meradang atau berjangkit.
2. Ovulasi
Rasa sakit atau kram di bahagian perut ketika proses ovulasi adalah fenomena normal yang biasa berlaku kepada kaum wanita.
Ovulasi yang biasa terjadi 14 hari sebelum hari keluar haid memungkinkan kaum wanita mengalami rasa sakit bawah perut sebelah kiri.
3. Gastritis
Masalah lain yang menjadi penyebab sakit perut sebelah kiri adalah gastritis.
Gastritis merupakan keradangan pada lapisan perut yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa.
Hal ini terjadi ketika lapisan perut mengalami keradangan, atau pengikisan hingga menimbulkan rasa sakit.
Antara punca utamanya termasuk merokok dan alkohol, pengambilan makanan secara berlebihan, kekurangan vitamin B12, serta beberapa faktor lain.
Punca sakit perut sebelah kiri #4. Penyakit buah pinggang
Di samping itu, penyakit yang melibatkan buah pinggang seperti jangkitan buah pinggang dan batu karang adalah salah satu faktor yang menjadi punca masalah sakit perut bahagian kiri.
Gejala penyakit batu karang adalah anda akan rasa sakit bermula di kawasan perut dan berterusan ke bahagian belakang tubuh.
Mereka yang mengalami masalah berkaitan buah pinggang biasanya akan mengalami simptom seperti air kencing bertukar warna lain dan berbau, muntah, sakit ketika membuang air kecil dan menggigil.
Jika anda mengalami sakit perut beserta gejala seperti di atas, segera dapatkan rawatan, ya!
5. Radang pankreas
Ramai tidak peka, terdapat organ penting lain yang berada di sisi kiri perut setiap orang iaitu pankreas.
Apabila berlaku gangguan pada organ tersebut, maka akan timbul rasa sakit pada perut di bahagian kiri atas hingga ke punggung.
6. Radang usus besar
Radang usus besar juga merupakan penyebab terjadinya masalah sakit perut sebelah kiri.
Penyakit ini terjadi disebabkan dinding saluran pencernaan kita mengalami keradangan.
Rawatan atau Cara Mengatasi Sakit Perut Sebelah Kiri
Rawatan untuk sakit bawah perut bergantung kepada penyebabnya.
- Sembelit: Rawatan biasanya melibatkan perubahan diet dan mengambil banyak air. Jika sakit disebabkan gas dalam perut, sila kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan gas.
- Batu karang: Biasanya memerlukan rawatan perubatan, seperti penggunaan ubat-ubatan untuk membantu melarutkan batu atau, dalam kes yang lebih serius, pembedahan untuk mengeluarkannya.
- Divertikulitis: Mungkin memerlukan rawatan dengan antibiotik, dan dalam kes yang lebih serius, pembedahan mungkin diperlukan.
- Cyst ovarium dan ectopic pregnancy: Memerlukan rawatan perubatan segera. Dalam kes cyst ovarium, pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkan cyst.
Apabila anda mengalami sakit di bahagian bawah perut kiri, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Ini kerana gejala boleh berubah dari tidak serius hingga berbahaya, dan rawatan yang betul sangat penting untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin ada.
Selain itu, jika anda mengalami sakit yang tiba-tiba dan teruk, atau jika sakit disertai dengan gejala lain seperti demam, muntah, atau pendarahan, anda harus mendapatkan rawatan kecemasan segera.
Sekiranya anda merasakan sakit yang berterusan atau bertambah teruk di bahagian bawah perut sebelah kiri, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor juga.
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mungkin akan menjalankan ujian tambahan, seperti ultrasound atau CT scan, untuk menentukan penyebab penyakit.
Kesimpulan
Sakit di bahagian bawah perut kiri boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dari masalah pencernaan hingga keadaan perubatan yang lebih serius.
Memahami gejala dan menyedari bila perlu mendapatkan bantuan perubatan boleh membantu anda mencegah komplikasi dan memastikan anda mendapatkan rawatan yang sesuai.
Rujukan:
- Artikel asal diterbitkan di MySihat
- What Causes Pain In The Lower Left Abdomen? Medical News Today
- What’s Causing Pain in My Lower Left Abdomen? Healthline