Adakah anda sering alami sakit kepala sebelah kanan? Dalam kebanyakan kes, ia boleh hilang sendiri dan ditangani dengan mudah.
Namun, ia juga boleh menjadi simptom kepada beberapa masalah kesihatan.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
6 Punca Sakit Kepala Sebelah Kanan
Migrain
Selain tertumpu di bahagian kanan kepala, migrain juga boleh terjadi di semua bahagian kepala.
Ia turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti aktiviti fizikal berintensiti tinggi serta pendedahan kepada cahaya atau bunyi yang terlalu kuat.
Antara gejala migrain adalah sakit kepala di satu bahagian, rasa kepala berdenyut sehingga mengganggu aktiviti harian, sensitif terhadap cahaya dan suara serta rasa loya.
Pengambilan Ubat
Sakit kepala di bahagian kanan juga boleh terjadi akibat pengambilan ubat tahan sakit tanpa preskripsi seperti aspirin, asetaminofen dan ibuprofen.
Gejala sakit kepala akibat penggunaan ubat berlebihan ini juga lebih ketara saat bangun tidur.
Stres
Stres juga boleh menyebabkan seseorang mudah alami rasa sakit kepala di bahagian kanan.
Ketika seseorang tertekan, hormon seperti adrenalin, kortisol, norepinefrin boleh terembes dengan banyak dan menyebabkan pening kepala.
Sekiranya stres tidak ditangani, ia boleh berlarutan selama 30 minit ke 7 hari.
Penyakit Saraf Otak
Gangguan pada saraf otak seperti trigeminal neuralgia, occipital neuralgia, dan temporal arteritis juga boleh mengakibatkan seseorang alami pening kepala di bahagian kanan.
Ia biasanya melibatkan gangguan pada sistem imun pada sel otak atau sistem saraf tertentu pada otak.
Masalah Alahan
Antara punca sakit kepala di bahagian kanan yang jarang orang tahu adalah masalah masalah alahan sinus (sinusitis) atau jangkitan pada rongga nasal.
Sakit Kepala Cluster
Sakit kepala Cluster sering digambarkan dengan rasa panas atau mencucuk di salah satu bahagian kepala dan di sekitar mata.
Ia boleh berpunca pelbagai perkara seperti pengambilan minuman keras atau merokok, aktiviti berat atau suhu persekitaran yang panas.
Sakit kepala ini lebih kerap terjadi dalam kalangan lelaki dewasa dan boleh menunjukkan beberapa gejala seperti :
- Hidung berair atau tersumbat
- Wajah berpeluh
- Kelopak mata bengkak atau sedikit jatuh
- Anak mata atau pupil mengecil
Tips Mencegah Pening Kepala di Sebelah Kanan
Berikut dikongsikan beberapa tips untuk mencegah terjadinya sakit kepala sebelah kanan :
- Dapatkan tidur yang mencukupi dan elakkan habit tidur siang
- Jauhi lampu terang, bau yang terlalu menyengat dan bunyi yang kuat
- Elakkan perkara yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau aroma tertentu.
- Minum air putih mencukupi bagi mencegah dehidrasi
- Amalkan pemakanan yang seimbang dan kaya nutrisi
- Amalkan senaman secara rutin iaitu 20 hingga 30 minit sehari.
- Elakkan pengambilan ubat pereda sakit kepala secara terlalu kerap
- Tangani stres dengan baik dengan aktiviti seperti meditasi, senaman pernafasan atau yoga.
Sakit kepala sebelah kanan biasanya boleh hilang dengan sendirinya tanpa rawatan khusus, namun ia juga boleh berlarutan pada tempoh yang lama.
Sekiranya anda merasakan sakit kepala tersebut berlaku secara tiba-tiba, tidak berkurang dan disertai dengan demam, leher tegang, gangguan penglihatan dan sukar menggerakan anggota badan, dapatkan rawatan daripada doktor segera.
Sumber : Hellodoktor, Alodokter, Hallodoc
Baca Juga : Sakit Kepala Sebelah Kiri : Punca & Simptom Yang Perlu Anda Tahu