Rukun Islam : Lima Tiang Agama Islam

Sebagai umat Islam kita telah diajarkan berkenaan lima rukun Islam sejak kita masih kecil lagi. Rukun ini merupakan tiang atau dasar kepada agama Islam yang menegakkan agama Islam dengan sempurna​​​​.

Di dalam lima rukun ini, terdapat perkara-perkara asas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan dan memenuhi syarat sah ibadah tersebut.

Berikut kami kongsikan kepada anda lima rukun yang terdapat dalam rukun Islam dan penerangan berkenaan setiap rukun tersebut. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lagi.

Apa itu Rukun Islam?

Rukun Islam adalah lima perkara dasar dalam Islam, yang dianggap sebagai asas yang wajib bagi orang-orang beriman. Bertepatan dengan sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis yang menyatakan:

rukun islam
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI

Lima Rukun Islam

Di bawah merupakan senarai rukun Islam yang menjadi asas atau dasar dalam kehidupan umat Islam:

  1. Mengucapkan dua kalimah syahadah.
  2. Mendirikan solat fardhu lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadan.
  4. Menunaikan zakat.
  5. Mengerjakan haji bagi yang mampu.

1. Mengucap Dua Kalimah Shahadah

Syahadah adalah rukun pertama dalam Rukun Islam, yang merupakan pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Syahadah terdiri dari dua kalimah:

Syahadah-rukun-islam

Kalimah ini merupakan satu perisytiharan dan pengakuan seseorang individu kepada tauhid dan ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah s.w.t. dan RasulNya. Oleh itu, kalimah ini perlu dilafazkan apabila seseorang itu ingin memasuki agama Islam.

2. Mendirikan Solat Fardhu Lima Waktu

Menunaikan solat lima waktu sehari semalam (Solat Fardhu) merupakan rukun kedua dalam Islam yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam yang telah memenuhi syarat sah solat.

Solat lima waktu yang telah ditetapk

3. Berpuasa di Bulan Ramadan

Ibadah puasa di bulan Ramadan merupakan ibadah wajib yang terdapat di dalam salah satu rukun ini. Ia wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang telah memenuhi syarat wajib puasa selama 30 hari di bulan Ramadan.

Kewajiban berpuasa ini telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

4. Menunaikan Zakat

Rukun keempat adalah menunaikan zakat. Zakat ini dari segi syarak bermakna ibadah yang dilakukan dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Zakat ini merupakan satu ibadah fardhu ain bagi orang Islam yang memenuhi syarat-syarat wajib. Hukum melakukannya adalah wajib, dan tidak boleh ditinggalkan oleh orang Islam yang mampu.

Berikut merupakan jenis-jenis zakat yang perlu dibayar bagi yang mampu:

jenis-zakat-rukun-islam

5. Mengerjakan Ibadah Haji Bagi Yang Mampu

Sama seperti ibadah-ibadah yang lain, ibadah kelima ini juga merupakan salah satu ibadah dalam rukun Islam yang perlu dilaksanakan jika kita mampu dari segi kewangan dan fizikal sahaja.

Hal ini demikian kerana, untuk melaksanakan ibadah ini, kita perlu mengunjungi kota Mekah dan Madinah di Arab Saudi pada bulan Zulhijah untuk melaksanakannya. Oleh itu bagi anda yang tidak mampu dari segi kewangan hukum melaksanakan ibadah haji ini akan menjadi sunnah buat anda.

Tetapi, bagi anda yang tidak mampu secara fizikal, anda boleh menunaikan ibadah ini dengan bantuan orang lain iaitu dengan melakukan badal haji.

ibadah haji
Bantu kami share artikel ini: