Residensi Wilayah: Permohonan Online & Semakan Kelayakan

rumah residensi wilayah 2020
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi membantu warga kota terutama dari golongan berpendapatan sederhana untuk membeli dan memiliki rumah sendiri, Program RESIDENSI WILAYAH diwujudkan untuk menyediakan rumah yang selesa, berkualiti serta mampu dimiliki oleh warga Wilayah Persekutuan.

Dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP, kini ia diberi nafas baru dengan tagline “Residensi Wilayah Residensiku”.

Apakah RESIDENSI WILAYAH ?

Ringkasnya, ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Secara lebih spesifiknya, RESIDENSI WILAYAH merujuk kepada Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan dengan harga jualan sehingga RM300,000 seunit.

Penetapan sasaran baru bagi tempoh sepuluh (10) tahun mulai 2019 – 2028 adalah sebanyak 80,000 unit selaras dengan sasaran Kerajaan untuk merealisasikan pembinaan sebanyak satu (1) juta rumah mampu milik di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun.

Ciri-ciri Utama Kediaman Yang Ditawarkan

Program rumah mampu milik ini hanya tertumpu di 3 kawasan Wilayah Persekutuan iaitu

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

*Bagi anda yang menetap di Selangor, anda boleh membuat permohonan Rumah Selangorku.

Dijangka sebanyak 80,000 unit kediaman dirancang untuk pembinaan yang akan datang di Wilayah Persekutuan dalam tempoh masa 10 tahun (2019 – 2028).

Jenis rumah yang ditawarkan di bawah Residensi Wilayah ini adalah seperti berikut:

  • mempunyai tiga (3) bilik tidur
  • dua (2) bilik air
  • dapur, ruang tamu, ruang makan dan yard
  • dalam bentuk rumah berstrata (rumah bertingkat, contohnya apartment / kondominium dll)

Antara Senarai Projek Residensi Wilayah termasuklah:

  1. Rumawip Setapak J
  2. Rumawip Bukit Jalil
  3. Rumawip Taman Miharja
  4. Residensi Max
  5. Residensi Laman Segar Hijau
  6. Residensi Alamanda
  7. Residensi MH Platinum 2 / Merdu


Untuk senarai penuh projek Residensi Wilayah boleh terus ke pautan berikut: https://residensiwilayah.jwp.gov.my/

Syarat Kelayakan Residensi Wilayah

Untuk menjadi pemohon, seseorang perlu memenuhi syarat kelayakan ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (berkahwin)

NOTA: Pendapatan isi rumah adalah pendapatan kasar (termasuk gaji, komisen dan elaun-elaun lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).

Garis Panduan Permohonan

1. Pemohon hendaklah mendaftar di portal RESIDENSI WILAYAH.

2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah melengkapkan profil peribadi mereka terlebih dahulu sebelum permohonan projek dibenarkan.

3. Pilih projek yang diminati

4. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

5. Muatnaik dokumen

6. Sahkan profil dan dokumen sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :

PERHATIAN

Pemohon perlu menyimpan dokumen permohonan “hard copy” sendiri untuk rujukan masa hadapan.

Cara Semakan Status Permohonan Residensi Wilayah

Pemohon boleh log masuk pautan https://residensiwilayah.jwp.gov.my/ untuk menyemak status permohonan semasa.

Tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuat naik dan status boleh disemak melalui akaun pemohon.

Baca juga : Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA

Info Tambahan Yang Perlu Anda Tahu

1. Sekiranya pemohon telah memiliki rumah di negeri lain, adalah pemohon masih layak untuk memiliki unit RESIDENSI WILAYAH?

Boleh, dengan syarat tidak memiliki sebarang hartanah/kediaman di Wilayah Persekutuan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

2. Adakah sebarang pembiayaan disediakan untuk pembelian unit ini?

Pembiayaan adalah urusan pemohon sendiri.

3. Adakah kediaman ini boleh disewakan?

Pembeli tidak dibenarkan menyewakan rumah kepada bukan warganegara Malaysia.

4. Bolehkah unit yang dibeli dan kemudiannya dijual?

RESIDENSI WILAYAH mensyaratkan sekatan penjualan selama 10 tahun dari tarikh pertama Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

5. Adakah pesara layak memohon untuk membeli unit kediaman ini?

Boleh. Tertakluk kepada syarat dan peraturan yang sedang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Baca juga: Skim Peduli Sihat: Semak Kelayakan & Permohonan Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan atau semakan, sila berhubung terus ke:

1. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH

Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

2. Urus Setia RESIDENSI WILAYAH DBKL

Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Tel : 03-26179154

Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

Faks: 03-8889 7640
Emel: [email protected]

Soalan Lazim Residensi Wilayah : https://residensiwilayah.jwp.gov.my/faq

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut