Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjalin kerjasama dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi melaksanakan Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA selari dengan wawasan untuk merealisasikan aspirasi Kerajaan “1 Keluarga 1 Rumah” dan hala tuju Keluarga Malaysia.

Selaras dengan Kempen Pemilikan Rumah, ‘Home Ownership Programme’ (HOPE) oleh KPKT Malaysia, kempen ini dilihat mampu memberikan sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mendapatkan pembiayaan.

Buat permulaan, Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA ditawarkan kepada pembeli Residensi Larkin Indah sebelum diperluaskan ke projek-projek PR1MA yang lain di seluruh negara.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang skim ini dan cara membuat permohonan.

Apakah Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA ?

Inisiatif antara SJKP dan PR1MA ini merupakan satu usaha yang mesra pembeli, di mana ia dapat membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai Keluarga Malaysia khususnya golongan muda dan berpendapatan pertengahan untuk memiliki rumah PR1MA tanpa bimbang tentang pembiayaan perumahan.

Tahukah anda, seseorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap masih boleh memiliki rumah melalui sebuah insiatif kerajaan yang digelar sebagai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Dalam Bajet 2022, Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap.

Skim Pinjaman Perumahan Inovatif PR1MA

Kriteria Kelayakan SJKP

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Tempoh Pembayaran Pembiayaan SJKP

Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.

Terma & Syarat Pembiayaan

  • Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
  • Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
  • Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
  • Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
  • MRTA / MRTT : Wajib
  • Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

Baca juga: Skim Rumah Pertamaku 2022 (SRP), Pinjaman 110% Tanpa Pendahuluan

Skim Pinjaman Inovatif PR1MA

Harga Rumah PR1MA

Kediaman PRIMA ini dipasarkan dengan harga di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit, secara purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran.

Dengan tawaran lingkungan harga ini, PR1MA berharap golongan pertengahan di Malaysia mampu memiliki kediaman impian masing-masing tanpa bebanan yang berlebihan

Projek Terkini Rumah PRIMA

Senarai Projek Terkini Rumah PRIMA seluruh negara boleh disemak di laman web berikut:

https://www.pr1ma.my/pr1ma-properties/hms/homes/bm

Cara Permohonan Skim Pinjaman Inovatif PR1MA

Pemilihan pemilik rumah yang berjaya dan peruntukan unit rumah PRIMA akan dilakukan melalui proses pengundian terbuka untuk pembangunan yang baru dilancarkan.

Untuk permohonan, sila rujuk pautan di bawah:

https://www.pr1ma.my/elh/eligibility-homes/bm#sectionstep

*Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah SJKP ini adalah seperti berikut:

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  3. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Maklumat Lanjut Skim Pinjaman Inovatif PR1MA

Institusi Yang Menyertai SJKP

Terdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang menyertai skim jaminan ini.

Anda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:

  • Affin Bank
  • Affin Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!