Advertisements

Rayuan UPUOnline 2022 / 2023 & Tarikh Semakan Keputusan

Advertisements

Hebahan Keputusan Rayuan UPU ONLINE Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2021/2022

Dimaklumkan bahawa tarikh semakan keputusan UPU Online lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2021/ 2022 adalah mulai 25 September (12.00 tengah hari).

Sila rujuk butiran di bawah untuk maklumat selanjutnya.

Permohonan Rayuan UPUOnline

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UpUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline.

Permohonan rayuan akan dibuka melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/ pada 25 September hingga 4 Oktober 2022 yang lalu.

Baca juga:

Tempoh Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline

Menurut infografik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, semakan keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada 25 Oktober 2022.

HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN UPUONLINE LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2022/2023

SEMAKAN BOLEH DIBUAT MULAI 25 OKTOBER 2022 (12:00 TENGAH HARI)
HINGGA 30 OKTOBER 2022 (5:00 PETANG)

TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN, TEMPOH SETUJU TERIMA TAWARAN ADALAH DARI 26 OKTOBER 2022 HINGGA 30 OKTOBER 2022

SEMAKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET
BOLEH DIMUAT TURUN DI PLAY STORE, APP STORE & HUAWEI APP GALLERY

semakan rayuan upu online tarikh penting

Sila alert dengan tarikh tersebut kerana calon perlu memberi respon dalam tempoh setuju terima tawaran yang ditetapkan.

Cara Semakan

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.
  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan.

Semakan Melalui Aplikasi UPU Pocket

Selain membuat semakan UPU online melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Baca juga : iBita: Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Seluruh Malaysia

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

  • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
  • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Baca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Makumbalas

Anda boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi aplikasi maklumbalas Semakan UPU Online rasmi di SINI.

Pihak Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) akan berusaha menjawab maklumbalas secepat yang mungkin.

Untuk menghubungi pihak BKPA, berikut adalah butirannya:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Talian Hotline UPU Online : 03-8870 8200
Faks : 03-8870 6864

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 1 / 5. Vote count: 2

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment