ProMIS: Fungsi, Kelebihan & Panduan Login

promis
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah atau Property Management Information System (ProMIS) merupakan sistem yang menggantikan Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah (SBBPH).

Untuk makluman, sebelum ini SBBPH merupakan sistem tempahan rumah peranginan dan pelbagai fasiliti kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai ProMIS

Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah atau Property Management Information System adalah sistem baharu yang dibangunkan Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (BPH JPM).

Ia juga dibangunkan dengan kerjasama 20 agensi kerajaan dan dua syarikat swasta, menggantikan sistem terdahulu iaitu SBBPH.

Sistem ini merupakan sistem digital baharu yang dijangka merevolusikan pengurusan kuarters, bangunan kerajaan dan rumah peranginan Persekutuan.

Ia telah dilancarkan pada 26 Jun 2025 untuk menggantikan SBBPH yang akan mula ditutup pada 3 Julai 2025 (Khamis) jam 11.30 malam dan akan digantikan dengan ProMIS bermula 7 Julai (Isnin), jam 12.00 tengah hari.

Oleh kerana itu, semua perkhidmatan atas talian BPH yang selama ini dapat dicapai melalui SBBPH akan terhenti sehingga ProMIS mengambil alih.

Fungsi ProMIS

Antara fungsi sistem ini adalah seperti berikut:

  • Menyemak dan memproses permohonan: Digunakan untuk menyemak dan memproses permohonan menduduki hartanah, seperti kuarters.
  • Mengagihkan hartanah: Pengagihan hartanah kepada pemohon yang layak, berdasarkan lokasi dan kriteria lain.
  • Menguruskan dokumen: Pengurusan dokumen berkaitan seperti surat tawaran dan kunci kuarters.
  • Mengemaskini rekod: Memastikan rekod penghuni dan hartanah sentiasa dikemaskini.
  • Penyimpanan dan akses maklumat: Tempat penyimpanan maklumat hartanah yang terpusat dan mudah diakses oleh pihak yang berkenaan.
  • Penilaian dan pelaporan: Digunakan untuk menjana laporan dan penilaian berkaitan pengurusan hartanah.

Kelebihan ProMIS

Kelebihan sistem ini adalah seperti berikut:

  • Memudahkan urusan dan lebih teratur.
  • Direka untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja pengguna.
  • Semua data penting akan dipindahkan ke sistem ini dan tidak hilang.
  • Sistem ini menggunakan sambungan selamat (https) dan semua data disimpan secara sulit.

Kategori Pengguna

Kategori pengguna yang boleh login sistem ini adalah seperti berikut:

  • Individu
    – Penjawat Awam (Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun / ATM / PDRM)
    – Penjawat Awam Kontrak
    – Hakim
    – Pesara Awam Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun / ATM / PDRM)
    – Pesara Hakim
    – Pengguna Awam
  • Syarikat/Pertubuhan

Panduan Login

Terdapat 2 pengguna yang boleh login sistem ini iaitu:

    i- Panduan Login Individu

    ii- Panduan Login Syarikat/Pertubuhan

    Soalan Lazim

    Adakah sistem ini lebih mudah digunakan berbanding SBBPH?

    Ya, ProMIS lebih senang digunakan. Paparan antaramuka lebih jelas dan setiap proses disusun langkah demi langkah supaya tidak mengelirukan.

    Adakah semua maklumat dari sistem SBBPH akan sama 100% dengan sistem ini?

    Secara umumnya, semua data penting akan dipindahkan ke sistem ini. Pihak teknikal akan memastikan maklumat pengguna, permohonan dan rekod terdahulu tidak hilang.

    Kenapa perlu daftar dan bagaimana maklumat saya disahkan?

    Pendaftaran penting untuk memastikan hanya pengguna yang sah boleh mengakses dan menggunakan sistem. Maklumat asas seperti nama, jawatan dan agensi akan disemak secara automatik melalui integrasi dengan sistem agensi berkaitan.

    Adakah semua maklumat saya dalam SBBPH akan sama dan tidak berubah? Contohnya No. Giliran Tawaran Kuarters dan Permohonan Rumah Peranginan.

    Ya. Sistem ini menggunakan sambungan selamat (https) dan semua data disimpan secara sulit dan terlindung menggunakan teknologi penyulitan (encryption). Setiap tindakan pengguna juga direkodkan sepenuhnya untuk tujuan pemantauan dan keselamatan.

    Bagaimanakah sekiranya, e- mel untuk ID & Kata Laluan sementara yang telah ditetapkan semula tidak diterima?

    Sekiranya e-mel untuk ID & Kata Laluan sementara yang telah ditetapkan semula tidak diterima, sila ikuti langkah- langkah berikut:
    – Semak e-mel di peti masuk SPAM/Junk Mail
    – Semak semula alamat e-mel dan kemas kini sekiranya perlu.

    Info Lanjut

    Info lanjut mengenai sistem ProMIS, sila layari laman web https://promis.bph.gov.my/.

    Baca juga: Sewa SST 8%: Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa atau Pemilik

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut

    Artikel berkaitan: