Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75
Seperti yang kita semua maklum, keselamatan sosial adalah benteng pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup, terutamanya bagi golongan B40.
COVID-19 telah menyerlahkan lagi pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita. Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40, dan di dalam semangat #KeluargaMalaysia, subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.
Ini hanyalah langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022, dan sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. ⠀
Berikut dikongsikan antara manfaat, kelebihan, cara semakan kelayakan dan penebusan bagi penerima program ini.
Apakah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?
Program Baucar Perlindungan Tenang adalah skim bantuan kewangan di mana baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insuransa dan pengendali takaful berlesen.
Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak di negara ini.
NOTA: Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun depan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Bajet 2022.
Kriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang
Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀
Sebagai tambahan, baucar itu boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.
“Diharapkan dengan peluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutamanya yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya,” kata Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, di Dewan Rakyat.
Selain itu kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Rujuk kriteria Perlindungan Tenang di bawah:
Baca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:
- Layak untuk penerima BPR sahaja
- Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
- Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
- Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.
Cara Semakan Baucar Perlindungan Tenang
Bermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka di bawah program ini yang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.⠀
Semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:
- SEMAKAN MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful
- SEMAKAN ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my
Diharapkan agar mereka yang layak akan menggunakan insiatif ini sebaik mungkin untuk melindungi diri dan keluarga tercinta.
Baca juga: Maksud Kategori Miskin Tegar, B40, M40 & T20
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia