Program Bantuan Peralihan NGV – Permohonan & Semakan

Program Bantuan Peralihan NGV - Cara Mohon & Jenis Pakej Bantuan
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Bantuan Peralihan NGV adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV) untuk membantu pemilik kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) beralih kepada bahan api alternatif. 

Inisiatif ini diperkenalkan berikutan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pendaftaran atau pelesenan kenderaan NGV di Malaysia mulai 1 Julai 2025. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Permohonan STR 2025 – Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Apa Itu Program Bantuan Peralihan NGV?

Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV ini diperkenalkan oleh PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu pengguna kenderaan NGV dalam proses peralihan kepada kenderaan petrol, diesel atau lain-lain.

Program ini bertujuan untuk menyokong keputusan Kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai daripada penggunaan kenderaan NGV yang tidak memenuhi piawaian keselamatan semasa. 

PETRONAS NGV Sdn Bhd prihatin terhadap impak peralihan ini kepada pengguna, dan oleh itu, pakej bantuan ini disediakan untuk membantu meringankan beban kepada tiga kumpulan sasar yang layak.

Proses Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 4 November 2024. Semakan kelayakan dan permohonan boleh dilakukan melalui laman web www.peralihanngv.com mengikut pakej bantuan yang ingin dipohon. 

Pakej Bantuan Ditawarkan

Terdapat tiga pakej bantuan yang ditawarkan iaitu:

1. Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV

Pakej bantuan peralihan ini adalah khusus untuk pemandu teksi yang layak merangkumi pemberian e-baucar Setel bernilai RM3,000 secara one-off yang akan dikreditkan melalui aplikasi Setel.​

1.1 Tarikh tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2024.

1.2 Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:

  • Pemandu teksi NGV yang masih aktif
  • Pemegang Kad Pemandu teksi yang sah​ & Pemegang Permit Kenderaan yang sah (Seperti yang direkodkan dalam data APAD dari 1 Januari 2024 sehingga 30 September 2024)
  • Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024

1.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon

Hanya tiga langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV:​

Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligible)

>> Masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak kelayakan

Langkah 2: Mohon

>> Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pemandu
  • Salinan Permit Kenderaan

Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan.​

Langkah 3: Terima Bayaran​

>> Muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima pembayaran dalam tempoh 15 ke 30 hari bekerja melalui e-baucar Setel.

1.4 Panduan permohonan Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV

  1. Layari laman web  www.peralihanngv.com  dan klik pada Pakej 1.
  2. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
  1. Status permohonan anda akan dihantar melalui e-mel.
  2. Anda akan menerima e-mel pengesahan berkenaan status kelayakan. Sekiranya permohonan anda berjaya, sila muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima e-baucar bantuan.

1.5 Cara Semak Status Permohonan

  1. Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligible, dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah. 
  1. Masukkan no kad pengenalan anda, dan klik SEMAK. 

1.6 Muat Turun PDF

Muat turun PDF Syarat & Terma Kelayakan dan, Soalan Lazim untuk Pakej Bantuan 1:

2. Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV

Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan dwi-bahan api NGV (dual-fuel) yang layak untuk menanggalkan kit NGV secara percuma di Rakan Bengkel yang terpilih. Ini bagi memastikan kenderaan anda mematuhi tahap kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.

2.1 Tarikh tutup permohonan 

Permohonan perlu dibuat sebelum 30 April 2025

2.2 Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:

  • Kenderaan dwi-bahan api (NGV/petrol/diesel) yang masih aktif
  • Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) (Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024)
  • Hantar permohonan sebelum 30 April 2025

2.3 Langkah-Langkah Permohonan

Hanya tiga langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV:

Langkah Pertama: Semak Kelayakan. (Layari: https://www.pomen.peralihanngv.com/ )

>> Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:

  • Nama Penuh
  • Nombor Telefon
  • Alamat E-mel
  • Nombor Pendaftaran Kenderaan
  • Nombor Casis
program bantuan peralihan ngv

Langkah Kedua: Tempah Janji Temu.

>> Anda akan menerima e-mel, sila tekan pautan yang tertera. Untuk membuat janji temu, isikan borang tempahan dengan butiran dibawah:

  • Tetapkan lokasi pilihan
  • Tetapkan tarikh dan masa pilihan
  • Muat naik salinan Sijil Pemilikan Kenderaan atau cover-note insurans.
  • Muat naik gambar terkini kenderaan.
  • Anda akan menerima pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu melalui e-mel.

Langkah Ketiga: Menanggalkan Kit NGV

>> Sila bawa kenderaan anda ke bengkel yang telah ditetapkan seperti di Slip Janji Temu. Sila ambil maklum maklumat dibawah sebelum janji temu:

  • Pastikan paras gas NGV kenderaan rendah (penunjuk berwarna merah atau tekanan di bawah 500 psi).
  • Proses menanggalkan kit NGV mengambil masa kira-kira 4 jam. Anda diminta mengambil semula kenderaan pada hari yang sama.
  • Anda akan menerima Tiket Penyelesaian Kerja (JCT) melalui e-mel setelah selesai.
  • Jaminan selama 3 bulan akan diberikan bermula dari tarikh kit NGV ditanggalkan.

2.4 Panduan Permohonan untuk Menyemak Kelayakkan dan Tempah Janji Temu

program bantuan peralihan ngv
  1. Layari laman web  www.peralihanngv.com  dan klik pada Pakej 2.
  2. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
program bantuan peralihan ngv

3. Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel. Jika anda layak, sila klik butang Borang Tempahan.

4. Isi borang tersebut dan buat tempahan janji temu selepas mengklik butang tersebut.

program bantuan peralihan ngv

5. Pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu akan dihantar melalui emel. Pemohon yang telah memperoleh janji temu perlu ke langkah seterusnya seperti dinyatakan di emel tersebut.

    3. Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV

    Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan bahan api tunggal NGV yang layak untuk menerima pembayaran secara one-off. 

    program bantuan peralihan ngv

    3.1 Tarikh tutup permohonan

    Permohonan perlu dibuat sebelum 31 Disember 2024.

    3.2 Syarat Kelayakan

    Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan tawaran Pakej Bantuan Peralihan ini adalah seperti berikut:

    • Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV yang masih aktif
    • Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) – Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024
    • Membuat pembatalan pendaftaran JPJ dan melupuskan kenderaan melalui wakil berdaftar Authorised Automotive Treatment Facility (AATF)
    • Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024

    3.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon​

    Langkah-langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV:​

    Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel)

    >> Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:

    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Nombor Casis Kenderaan
    program bantuan peralihan ngv

    Langkah 2: Mohon

    >> Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:

    • Salinan pendaftaran syarikat (SSM)/Kad Pengenalan (IC)
    • Gambar kenderaan yang mengandungi jenama dan nombor pendaftaran yang jelas​
    • Salinan Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)
    • Salinan Sijil Milikan Kenderaan (Geran)
    • Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan.

    Langkah 3: Penilaian Kenderaan

    >> Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda.

    Langkah 4: Terima Bayaran​

    >> Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan dalam tempoh 3 ke 7 hari berkerja selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF.​

    3.4 Panduan Permohonan Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV

    program bantuan peralihan ngv
    1. Layari laman web  www.peralihanngv.com  dan klik pada Pakej 3.
    2. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
    program bantuan peralihan ngv
    1. Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel.
    2. Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda.
    3. Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF.

    3.5 Cara Semak Status Permohonan

    Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel , dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah. 

    Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor casis, klik SEMAK. 

    3.6 Muat Turun PDF

    Muat turun PDF Syarat & Terma Kelayakan dan, Soalan Lazim untuk Pakej Bantuan 3:

    BACA JUGA: SKAS – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari laman sesawang PETRONAS NGV Sdn Bhd (PNGV)

    Atau, hubungi: 

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut