PRN Johor 2022: Penamaan Calon, Tarikh Mengundi & Semakan SPR

prn johor
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor, dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN pada 22 Januari lalu.

PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14.

Menurut data SPR, 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tarikh penamaan calon, tarikh mengundi dan cara membuat semakan daftar pemilih bagi pengundi.

prn johor

TARIKH PENAMAAN CALON PRN JOHOR

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari 2022.

TARIKH MENGUNDI PRN JOHOR

  • Tarikh mengundi awal – 8 Mac 2022
  • Tarikh mengundi SPR – 12 Mac 2022

Semakan SPR

Bagi semakan secara online, semakan boleh dibuat dalam:-

(a) Daftar Pemilih Induk (bagi pemilih-pemilih yang telah disahkan pendaftaran / pertukaran alamat mereka pada tahun-tahun yang lepas. Semakan Sepanjang Tahun (Pemilih yang telah sah dalam DPI)

(b) Daftar-daftar Pemilih Tambahan (bagi pemilih-pemilih yang baru memohon pendaftaran / tukar alamat dalam tahun berkenaan) Semakan Rang DPT (Pemilih yang baru memohon / baru tukar alamat)

(c) Daftar Pemilih Pilihan Raya (disediakan khas untuk pilihan raya umum/kecil sahaja dan dengan itu hanya terdapat semasa pilihan raya sahaja)

Sila ke pautan berikut untuk semakan : https://mysprsemak.spr.gov.my/

Anda juga boleh merujuk panduan semakan melalui artikel berikut: MySPR Semak: Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022

PENGUNDI 18 TAHUN DAN PENDAFTARAN PEMILIH SECARA AUTOMATIK (PPSA)

Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan semalam dan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pewartaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca juga: ePrasekolah: Pendaftaran & Semakan Prasekolah Online Sesi 2023 / 2024

Pemilih baharu yang layak boleh menyemak maklumat pengundiaan selepas 16 Januari 2022 melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundispr.gov.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pautan berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut