INFO: PEMAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan sukacitanya mempelawa calon yang berkelayakan daripada kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta lepasan Program Matrikulasi untuk memohon kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025.
Program ini ditawarkan kepada individu yang berpotensi dan berminat untuk mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah seliaan KPM.
Calon yang berminat disarankan untuk merujuk aktiviti serta tarikh-tarikh penting yang akan diumumkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran proses permohonan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan semakan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan tarikh semakan keputusan.
Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?
Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).
Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.
IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.
Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.
Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengambilan 2025
Sukacita dimaklumkan Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan bagi Latihan Praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk Lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Tahun 2025.
Tarikh permohonan bermula mulai 14 hingga 23 Mei 2025.
- Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Program ini dikhususkan untuk lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Kolej Vokasional KPM Ambilan Diploma Sesi 2023 bagi mengikuti pengajian di IPG dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) untuk keperluan di institusi pendidikan KPM.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PISMP selama empat tahun (12 semester) di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
- PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- LULUS Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SVM.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SVM;
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran bahasa Inggeris bagi setiap semester di peringkat SVM;
- LULUS Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari Kolej Vokasional KPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5.
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam mana-mana tiga mata pelajaran pada peringkat diploma.
- BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
- Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Untuk maklumat lanjut sila layari https://pismp.moe.gov.my/pakk
Semakan Keputusan PISMP 2025
Permohonan PISMP telah dibuka mulai 24 Februari 2025 sehingga 16 Mac 2025 pada pukul 11.59 malam.
Pemohon boleh membuat kemaskini mulai 24 April hingga 30 April 2025.
- Apa yang boleh dikemaskini?
- Maklumat peribadi (kecuali no KP)
- Bidang pengkhususan yang dimohon. (Pastikan bidang yang dimohon memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan & Buku Panduan Permohonan PISMP 2025)
Sistem semakan calon layak Temu Duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) tahun 2025 akan dibuka pada 14 Mei 2025 (selepas pukul 2 petang) melalui pautan https://pismp.moe.gov.my/.
Untuk sebarang maklumat terkini sila rujuk laman sesawang PISMP di pautan berikut : https://pismp.moe.gov.my
Baca juga : e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia
Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG
Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:
e-UKCG
- e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
- Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
TEMU DUGA
- Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
- Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
- Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
- Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.
UKF
- Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
- Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
- Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
- Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
- Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.
PEMILIHAN
- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
- Semua keputusan adalah muktamad.
PENAWARAN
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
- Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
Tarikh-Tarikh Penting PISMP 2025
Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2025 adalah seperti berikut:
CATATAN :
- Sila cetak tarikh-tarikh penting ini untuk simpanan dan rujukan anda.
- Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
TARIKH-TARIKH PENTING PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BIDANG PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK UNTUK LEPASAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DARI KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2025
Cara Permohonan
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my.
Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM.
Hebahan Iklan PISMP 2025
Buku Panduan Permohonan
PANDUAN PERMOHONAN PISMP 2025 – LALUAN PERDANA
PANDUAN PERMOHONAN PISMP 2025 – LALUAN KHAS DAN AMBILAN KHAS
PANDUAN PERMOHONAN PISMP 2025 – LEPASAN STPM / STAM DAN MATRIKULASI
PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA (PPC) 2025
Soalan Lazim
Berikut adalah soalan Lazim PISMP 2025 yang terkini:
Baca juga: SPLKPM : Cara Login & Kemaskini Modul splkpm.moe.goy.my
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG dan semakan PISMP online ini, sila rujuk maklumat berikut:
Anda juga boleh hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 /6768 /6693 (Isnin-Jumaat : Jam 8.00 pagi. – 5.00 petang.)
Jangan ketinggalan membuat semakan PISMP dan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.